Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pabila terdengar ‘Hantu Jepun’, pasti ramai yang terfikir akan roh-roh askar Jepun yang berkeliaran di beberapa sudut di Singapura.
Namun, filem Konpaku yang sedang ditayangkan di pawagam Filmgarde Cineplexes ini bukanlah tentang arwah askar Jepun.
Sekiranya anda sudah tonton Not My Mother’s Baking, tema filem Konpaku seakan dengan tema filem sebelumnya yang diarah oleh pengarah yang sama, Remi M Sali.
Filem Konpaku menampilkan beberapa barisan pelakon Melayu seperti Junaidi M. Sali, Kamariah Osman, Fir Rahman, Najib Aziz dan Haizad Imram. Turut dibintangi Lizzie V.
Dalam filem Studio59 Concepts ini, seorang jejaka Melayu, Haqim, bercinta dengan wanita Jepun, Midori, yang sebenarnya… seekor succubus, iaitu sejenis hantu betina yang melakukan hubungan intim dengan jejaka dan lambat laun akan melemahkan semangat mangsanya!
Amboi, apakah kata Tan Boon Lee bagi perhubungan seperti ini? Boleh ke?
Kalau ingin tahu apakah kesudahan filem seram ini, cepat-cepatlah tempah tiket anda! Ia akan ditayangkan hingga minggu depan hanya di Filmgarde.
Lungsuri lelaman Konpaku untuk ketahui lebih tentang filem ini.
– Pengkritik Sandiwara