Artistari Gentari kembali dengan Odyssey 2

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Setelah kejayaan siri dalam talian Odyssey tahun lalu, kumpulan tarian setempat, Artistari Gentari kini akan mempersembahkan kesinambungannya melalui Odyssey 2.

Berlangsung pada seluruh bulan 7, Odyssey 2 mengajak penonton ke ambang memori setelah terciptanya karya-karya mereka pada 2020.

Persembahan tarian dalam talian ini meneroka kisah yang berbeza dalam 5 episod yang masing-masing meluahkan pandangan dan perasaan berbeza.

Melalui lagu-lagu ‘popular’ yang digabungkan dengan suara-suara tradisional, setiap episod bakal teroka cara baru menggunakan pencetus kontemporari untuk mencipta sebuah kisah berdasarkan memori seseorang.

Siri dalam talian ini juga satu wadah bagi anak seni muda untuk memperkayakan seni mereka dan memupuk serta mendidik mereka sebagai seorang pereka tari.

Bukan itu saja, ia juga satu cara untuk Artistari Gentari mendekati wadah digital bagi seni mereka agar dapat terus berinteraksi dengan penonton di rumah.

Nantikan Odyssey 2 di saluran YouTube Artistari Gentari mulai 2 Julai nanti.

Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s