Syakirah Noble lancar album pertama berjudul Timbres

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Naib Juara Anugerah 2017, Syakirah Noble telah pun melancarkan albumnya semalam.

Diberi judul ‘Timbres’, Syakirah menjelaskan bahawa ia sebuah istilah dalam muzik yang menerangkan warna-warna bunyi yang dihasil. Setiap bunyi mempunyai warna yang berbeza.

“Growing up, I’ve always wanted to find and solidify my sound, and find “one sound” that makes me Syakirah. It took me awhile to then realise sounds and genres that I write, are what makes my sound, uniquely me.”

Dan disebabkan itulah, gadis ayu itu menamakan albumnya Timbres untuk meluahkan variasi tona dan warna suaranya itu. Dia juga menambah bahawa album 4 lagu ini juga sebuah eksperimen akan bunyi-bunyi dalam terbitan ini, dan bukan saja tentang lirik atau topik lagu-lagu tersebut.

Syakirah turut berkongsi bahawa proses menulis album ini mengambil sekitar 4-5 bulan, mulai Disember lepas. Syakirah menulis Look At Me Now diikuti dengan Jangan, Alone Zone dan Standby.

“Jangan risau, lebih banyak lagu akan datang dalam masa depan, saya sedang berusaha sekarang 😉”

Terdapat 2 single dalam album Timbres ini iaitu Jangan dan Standby. Alone Zone menampilkan penulis bersama Ashidy Ridwan yang turut bekerjasama dengannya untuk menghasilkan album ini.

.

Menurutnya lagi, terdapat pelbagai cabaran apabila menghasilkan karyanya ini. Antaranya adalah untuk menentukan keperincian struktur lagu-lagu, terutama bagi Jangan dan Standby.

“Ia mengambil kami beberapa semakan sebelum betul-betul tentukan bagaimana kami ingin strukturkan lagunya dari segi muziknya, sebagai contoh berapa kerap rangkap harus diulangi,” tambah Syakirah.

Bukan saja itu, oleh kerana pemilik Kiki’s Cinarolls seorang perfectionist, beliau selalu ingin menambahkan sesuatu dari sudut terbitan.

“Saya membesar dengan mendengar banyak lagu klasik, oleh itu saya benar-benar ingin memperkayakan “kepenuhan” setiap lagu. Dan mendengar setiap lagu, saya rasa seolah-olah perlu ada lebih dalam setiap lagu. Saya mula sedar bahawa pa yang saya ada sudah cukup hebat dan saya sebenarnya sedang duduk di gold mine of music,” katanya lagi.

Syakirah juga tidak terlepas daripada rasa ragu-ragu dan gementar, maklumlah album pertama, kan? Dia berkongsi bahawa dia rasa tertekan untuk hanya menerbitkan muzik yang terbaik oleh kerana ini album pertamanya. Dia juga rasa teragak-agak untuk menyatukan lagu ini semua dalam satu album.

Mujur, dengan dorongan ahli keluarga dan Ashidy, Syakirah akhirnya mendapat semangat untuk mengongsi secebis jiwanya!

Kepada korang yang nak tengok MV Syakirah Noble, Jangan akan keluar tak lama lagi di YouTube… so tunggu je lah!

Also, Jangan lupa follow Syakirah di Instagram sebab dia ada digital showcase Rabu depan! So, Standby je depan phone. Eksaitingnya!

Tahniah Syakirah atas pelancaran albumnya! Letak kat TikTok pls mana tau tular macam Sezairi keeeee…

Min sekarang dengar Timbres on loop di Spotify, dah sangkut!

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Syakirah Noble)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s