Syakirah Noble mulakan bisnes cinnamon rolls

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Baru-baru ini, Naib Juara Anugerah 2017, Syakirah Noble, telah pun memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah – Kiki’s Cinnarolls!

(Kalau nak promo code, baca sampai habis!)

Ya Allah… terliuq!

Takkan lah korang tak tahu synonym cinnamon rolls tu apa? Pada mereka yang tak pernah dengar, ia macam roti/pastry lembut yang agak manis dan berperisa!

Ada banyak perisa yang boleh anda dapatkan daripada Kiki’s Cinnarolls! Antaranya adalah Oreo, Nutella, Lotus, Peanut Butter dan banyak lagi!

Apabila ditanya mengapa beliau memulakan perniagaan online ini, Syakirah menjawab bahawa beliau terkesima apabila membaca artikel tentang sebuah keluarga yang hanya diberi $200 untuk 3 minggu, dan hanya mempunyai mi segera, nasi dan sos cili di rumah mereka. Ini membuat Syakirah tergerak hati untuk menderma, namun beliau tidak ingin meminta wang daripada ayahnya. Tambahan pula, kakaknya di KL menyarankan untuk mulakan perniagaan cinnamon rolls ini.

Lagipun, penuntut tahun kedua di Royal Northern College of Music baru saja pulang ke Singapura (Mac lalu) dari United Kingdom dek wabak Covid-19.

Bagi setiap kotak yang dibeli, $1 daripada hasil jualan akan didermakan. Antara badan-badan yang telah menerima derma daripada jualan cinnamon rolls ini adalah Beyong Social Services dan TAA. Bulan ini, Syakirah akan menderma kepada AWARE Singapore pula.

“Saya melakukan ini kerana saya percaya dalam membantu mereka-mereka yang lebih memerlukan daripada saya. Allah telah berikan saya kemahiran, oleh itu ia bergantung kepada diri saya untuk menggunakannya agar dapat memberi faedah kepada orang lain.

Kalau saya boleh membuat orang tersenyum dengan nyanyian saya di pentas, saya boleh lakukan yang sama dengan rolls ini,” jelas Syakirah.

Jadi, secara tidak langsung, korang yang beli cinnamon rolls daripada Syakirah Noble pun beribadah! Tak ke gitu?

Apabila ditanya bila minatnya untuk membuat cinnamon rolls tercetus, beliau menjawab itu semua daripada United Kingdom!

“Saya belajar membuat cinnamon rolls di UK kerana saya ambil kelas baking pada hujung minggu untuk suka-suka! Saya bawa balik resipi itu ke Singapura, dan membuatnya untuk keluarga dan mereka suka sekali.”

So apa tunggu lagi? Kalau korang dah mengidam cinnamon rolls tu, cepat-cepat lah order daripada Kiki’s Cinnarolls! Slide ke DM mereka atau WhatsApp 90667156.

“Apabila situasi Covid semakin pulih, saya akan sambung pengajian saya di UK,” tambahnya.

Kami harap perniagaannya akan terus maju dan beliau boleh pulang ke UK untuk tamatkan pengajiannya apabila keadaan Covid-19 sudah reda.

Nikmati diskaun 10% apabila anda membuat pesanan dari Kiki’s Cinnarolls dengan promo code*: SANDIWARA10

*promo code is valid till 30th June

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Instagram @syakirahnobleofficial dan @kikicinnarolls)

Ikuti kami di Telegram!

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s