Odyssey: 6 filem tarian pendek oleh ATG

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Bertajuk Odyssey – The Online Series, kumpulan tarian setempat, Artistari Gentari, bakal adakan enam filem tarian pendek yang akan diadakan di lelaman YouTube mereka Khamis (30 Julai) ini.

Filem tarian pendek ini akan menampilkan 3 orang pereka tari muda – Farahizyani Asilah , Muhd Danial dan Haziq Zuhairi, dengan bimbingan pereka tari Soultari Amin Farid dan Lun Hanis.


Ini merupakan terbitan tarian filem ATG buat julung-julung kalinya yang dipersembahkan melalui wadah digital! Selama lima bulan, Julai hingga November, sebanyak 6 filem pendek yang akan ditayang di YouTube ATG.

Melalui filem pendek ini, Odyssey mempersembahkan siri tafsiran ‘perjalanan’ dalam kehidupan seseorang melalui pergerakan dan cinematography. Siri ini menampilkan karya lama dan baru ATG, di mana mereka mencari naratif jalan cerita melalui filem.

Setiap episod akan memberi bayangan bagi episod seterusnya. Episod-episod yang boleh anda nanti-nantikan adalah seperti berikut:

Episod 1 – Reka tari oleh Farahizyani Asilah
Tajuk: Layar Battuta
Bila: 30 Julai

Episod 2 – Reka tari oleh Muhd Danial
Tajuk: Djong! (Khas Hari Kebangsaan)
Bila: 8 Ogos

Episod 3 – Reka tari oleh Haziq Zuhairi
Tajuk: Ulek
Bila: 4 September

Episod 4 – Reka tari oleh Bada Hassan
Tajuk: Hatinya Tak Tahan
Bila: 25 September

Episod 5 – Reka tari oleh Soultari Amin
Tajuk: Untitled
Bila: 30 Oktober

Episod 6 – Reka tari oleh Lyn Hanis
Tajuk: Return
Bila: 27 November

Setiap episod dalam anggaran sepanjang 7 minit dan hanya akan ditayangkan selama 10 hari. Anda boleh tonton mulai jam 8 malam pada tarikh-tarikh tersebut!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s