Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Bulan depan, Singapura bakal menyambut Hari Kebangsaan kita yang ke-55! Dan untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan, wadah penstriman gergasi, Netflix, telah mengumumkan beberapa rancangan popular dan ikonik setempat yang akan ditayangkan di wadah tersebut!
Sumber: Facebook Netflix
Terdapat banyak rancangan – daripada filem, drama dan sitkom, boleh ditonton di Netflix! Sesungguhnya, beberapa tajuk ini amat sinonim dengan Singapura dan mengingatkan kembali zaman dulu-dulu!
Dendam Pontianak atau Revenge of the Pontianak sudah boleh ditonton di wadah Netflix! Mulai 1 Ogos, filem Banting oleh Papahan Films, dan Sayang Disayang yang memasuki kategori Filem Asing Terbaik Oscar boleh ditonton!
Drama perempuan joget Bunga Tanjong pula akan diadakan pada minggu seterusnya, 8 Ogos. Drama popular dan kegemaran ramai, Aduh…Bibikku! siri satu dan dua juga akan ditayangkan di Netflix. Namun, ia di bawah tarikh ‘soon’. Agak-agak bila eh?
Mungkin korang boleh kata, rancangan Banting, Aduh!…Bibikku dan Bunga Tanjong boleh ditonton di MeWATCH, so… why bother? Well… wadah/aplikasi Netflix kan lebih merecikz berbanding MeWATCH! Loading pun cepat. Boleh rewind dan fast forward dengan senang lagi!
Antara rancangan lain yang boleh anda tonton di Netflix sempena Hari Kebangsaan adalah Phua Chu Kang, The Noose, Leap Years dan banyak lagi!
Rancangan manakah yang anda tak sabar nak tonton?
Kalau mereka sertakan Anak Metropolitan siri satu dan dua, Nora Wedding Concepts, Jeritan Sepi, Kids United, Ubin Boy dan rancangan ikonik lain-lain kan best!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: YouTube dan Facebook Banting)