Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
‘150k subscribers’.
Itulah yang tertera di saluran YouTube Sezairi.
Pemenang Singapore Idol 3 itu telah menjangkau 150,000 pelanggan di saluran YouTubenya.
Baru-baru ini penyanyi Singapura itu telah mengongsi gambar di mana dirinya memegang pingat perak ‘YouTube Play Button’.
Anugerah Creator YouTube itu diberi kepada saluran YouTube yang mencecah 100,000 pelanggan ke atas.
Terdapat beberapa tahap berbeza apabila sesebuah saluran YouTube menjangkau jumlah pelanggan.
Emas – 1,000,000 pelanggan
Intan – 10,000,000 pelanggan
Intan Merah – 100,000,000 pelanggan
Dalam IGnya, penyanyi Fool itu berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam pencapaiannya ini.
Sebelum ini, lagu It’s You pernah menduduki carta Spotify Viral 50.
Sezairi juga meraih Platinum bagi lagu yang sama di Singapura dan Indonesia, dan Gold di Malaysia.
Kami turut berasa bangga dengan kejayaan Sezairi dan mendoakan kerjayanya akan terus makmur, amin!
Selain Sezairi, antara YouTuber Melayu Singapura yang mempunyai pingat YouTube Perak atau cecah 100,000 pelanggan adalah Malam Seram, True Horror Stories POV dan UXM.
Jadi persoalannya sekarang, korang dah subscribe belum?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: IG Sezairi)
[…] YouTube Play Button Perak itu menambah bahawa menulis muzik telah membuatnya sedar akan kehancurannya sendiri. Dan validation […]
LikeLike
[…] Antara pereka kandungan Melayu yang turut meraih pengiktirafan ini adalah KC (Malam Seram), True Horror Stories POV dan Sezairi. […]
LikeLike
[…] asal Singapura, Sezairi, kini di Jakarta untuk beberapa […]
LikeLike