Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Aiman Haikal (atau lebih dikenali sebagai Aiman OMG) telah meninggalkan syarikat hiburan Night Owl Cinematics (NOC).
Menurut catatan Instagramnya, Aiman telah bersama NOC selama dua tahun.
Semasa di bawah naungan NOC, Aiman berkongsi bahawa dirinya sudah mengacara, melakukan iklan dan membuat penonton ketawa.
Aiman turut berterima kasih kepada peminatnya dan berjanji ini bukanlah kali terakhir penonton akan melihatnya.
Pempengaruh itu akan teruskan mengejar cita-citanya. Apa saja yang dilontarkan kepadanya, biarpun lakonan atau makeup, Aiman akan sahut!
Semoga kerjaya solo Aiman yang akan dirinya ceburi penuh kejayaan, amin!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: IG Aiman OMG)