Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Lagu SWIPE bukan saja popular dalam kalangan anak muda di Malaysia mahupun Singapura, tapi kehangatan nyanyian Alyph itu turut dirasakan di Indonesia!
Alyph membuat penampilan di rancangan Pagi Pagi Ambyar, sebuah rancangan bual bicara di saluran Trans TV.
Dalam video dikongsi Alyph dan Pagi Pagi Ambyar, kelihatan Dewi Persik menari seolah-olah menjadi penari latar belakang Alyph.
Video persembahan lagu itu boleh juga ditonton di YouTube Trans TV.
Di YouTube, muzik video SWIPE telah mencecah 5 juta tontonan manakala di ia telah dimainkan lebih 3 juta kali di Spotify.
Sebelum ini, seorang lagi penyanyi Singapura juga pernah muncul dalam rancangan yang sama.
Singapore Idol 3, Sezairi, turut ke Pagi Pagi Ambyar setelah lagunya For You tular di Indonesia. Beliau juga membuat penampilan di beberapa rancangan dan persembahan yang lain di Indonesia.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: YouTube Trans TV)
[…] SWIPE amatlah serasi buat iklan ini kerana liriknya yang sehingga kini terpaut dalam fikiran warganet […]
LikeLike
[…] tular dengan lagu SWIPE sehingga menebus pasaran Indonesia serta menjadi iklan McDonald’s Malaysia, rezeki Alyph seperti tidak […]
LikeLike