Uri: The Surgical Strike

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Beberapa jam yang lalu saya telah pun menonton filem bollywood bertajuk Uri: The Surgical Strike. Bukan uri = placenta, ya. Itu benda lain! Itu merupakan organ yang amat penting buat bayi kerana di situlah datangnya khasiat untuk bayi dan orang Cina membuat uri-uri menjadi sop… Uri yang dimaksudkan dalam filem ini merupakan sebuah lokasi di Kashmir.

Filem Uri yang dibintangi Vicky Kaushal, Paresh Rawal, Yami Gautam mungkin kelihatan seperti filem Paskal yang ditayangkan beberapa bulan kemudian. Kisah perang-perang gitew.

Tapi, kededua filem ini bukanlah isu perang antara dua negara pun. Dua-dua filem ini sebenarnya mengisahkan tentang pengganasan yang berlaku di dalam negara masing-masing. Dalam filem Paskal, rancangan/aktiviti pengganasan berlaku di laut manakala untuk Uri, pengganas dari negara musuh telah menceroboh kem India (di Uri) dan membunuh askar-askar tidak bersenjata.

Oleh kerana itu, pihak berkuasa ingin menghentikan segala pengganasan dari Pakistan. Namun, pada masa yang sama, mereka tidak ingin berperang dengan negara jiran mereka. Untuk mengelakkan ketegangan, mereka menghantar komando-komando mereka untuk hanya membunuh pengganas di Pakistan tanpa pengetahuan pihak berkuasa Pakistan.

Mereka cuba sedaya upaya agar askar-askar Pakistan yang menjaga sempadan wilayah Pakistan di Kashmir tidak sedar bahawa askar-askar India telah memasuki tanah Pakistan untuk melakukan tugas mereka. TBH, saya rasa ia sesuatu yang bijak tapi amat berisiko! Tapi semuanya berbaloi sebab berjaya!

Apa yang saya bimbangkan adalah… adakah ini sesuatu perkara yang beretika dan bermoral? Untuk membalas dendam senyap-senyap? Hmm… Ini kerana orang yang mengetuai misi ini merupakan adik mangsa kepada pembunuhan di Uri.

Tahukah anda bahawa dalam filem ini terdapat 3 orang askar beragama Islam berpangkat komando yang rela berperang untuk India di Pakistan (sebuah negara Islam). Just saying. Also, in this house, we do not acknowledge Jack Neo’s Ah Boys To Men franchise.

Saya suka filem ini kerana ia penuh aksi, patriotisme dan cinta kepada negara. Buat pertama kalinya, saya telah menonton filem Bollywood yang tidak ada unsur cinta antara dua orang! Bestnye! Ia juga setakat 2 jam sebab takde music video/adegan menari! Apa yang saya kurang suka adalah apabila filem ini menunjukkan watak-watak orang Pakistan. Seperti polis/ahli politik mereka, semuanya macam setakat. Saya tahulah itu musuh mereka tapi tak payah lah nak letak polis buruk + gemuk sebagai polis Pakistan…

Kepada anda yang tidak ada apa-apa hujung minggu ini, saya sarankan anda tonton filem ini. Terutama sekali jika anda suka Paskal, this is for you!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s