An Inspector Calls tonjol tabiat munafik

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Apa sekiranya akan anda rasa tatkala seorang penyelidik ke rumah anda untuk bersoal siasat, dan memberitahu anda bahawa anda sudah secara tidak langsung menyebabkan seseorang untuk membunuh diri?

Mungkin kebanyakan kita akan merasakan kesal, takut, gelisah, bersalah dan perasaan yang lain yang sewaktu dengannya. Pada masa yang sama, segelintir juga mungkin tidak akan merasakan apa-apa kerana mereka tidak menyebabkan kematian tersebut secara langsung.

Itulah antara perdebatan yang diperbualkan dalam An Inspector Calls yang kini dipentaskan di Panggung Ngee Ann Kongsi anjuran Wild Rice.

Keluarga Ling menyambut acara pertungangan
Gambar: Ruey Loon

Karya J.B. Priestley yang ditulis pada 1945 ini mencetus ketegangan dalam sambutan pertunangan antara Sheila Ling (Yap Yi Kai) dan Gerald Kuok (Benjamin Chow) apabila Inspektor Goole (Ghafir Akbar) muncul di pintu rumah secara tiba-tiba, tanpa sebarang undangan.

Apabila mengenalkan dirinya kepada keluarga Sheila, Inspektor Goole mengatakan bahawa dia sedang menyiasat kes bunuh diri yang melibatkan bapa Sheila, Arthur Ling (Lim Kay Siu).

Secara perlahan-lahan, mereka yang berada di rumah keluarga Ling itu mengaku bahawa mereka pernah bersua muka dengan gadis yang telah mati itu.

Arthur Ling telah memecatnya setelah gadis itu merayu gaji yang lebih tinggi. Sheila pernah mengadu tentang khidmatnya di kedai baju menyebabkan gadis itu dibuang kerja. Gerald pula pernah membantu gadis itu dan kemudian mengadakan hubungan intim bersamanya. Isteri Arthur, Sybil Ling (Serene Chen) pernah menolak permintaan gadis itu apabila dia meminta bantuan. Dan Eric Ling (Dennis Sofian) pula bapa kepada anak dalam kandungan gadis tersebut.

Setiap peristiwa ini telah sedikit sebanyak mengakibatkan gadis itu membunuh diri. Mereka semua mula rasa bersalah walaupun tidak menyebabkan kematian itu secara langsung.

Namun, kemusykilan mula terasa apabila Gerald membuat siasatan sendiri dan mendapat tahu bahawa tiada seorang pun yang bernama Inspektor Goole dalam senarai polis. Mereka semua mula merasa ragu-ragu dan membuktikan bahawa kisah yang dikongsikan Goole mungkin tidak benar kerana mereka semua tidak melihat bukti yang sama. Iaitu gambar gadis tersebut yang dikongsi oleh Goole mungkin bukan gambar yang sama dan nama samaran gadis itu juga berlainan. Bukan itu saja, mereka juga telah menghubungi pihak hospital dan mendapati bahawa tiada gadis yang mati akibat bunuh diri.

Inspektor Goole tiba secara mengejut
Gambar: Ruey Loon

Pada masa Gerald, Sybil dan Arthur bersuka ria bahawa mereka tidak terlibat dalam kes bunuh (yang tidak wujud), Sheila dan Eric rasa teramatlah bersalah kerana mereka telah melakukan perkara yang kejam terhadap seorang individu.

Ini menunjukkan kemunafikan watak-watak Gerald, Sybil dan Arthur yang pada mulanya rasa takut dan kemudian teruja kerana tidak lagi merasakan kesan kelakuan mereka. Pada mereka, asalkan perbuatan mereka tidak mendatangkan implikasi negatif terhadap diri mereka – ia tidak mengapa.

Tapi sekiranya kelakuan mereka memburukkan nama mereka, mereka seharusnya bertindak cepat untuk menutup segala aib. Ia juga mencerminkan bagaimana orang-orang berada betapa mementingkan air muka, gelaran dan harta. Mereka juga akan terlibat dalam acara-acara dermawan tetapi pada hakikatnya, mereka tidak begitu peduli dengan orang yang memerlukan. Ia hanya dilakukan untuk gelaran.

Manakala watak Sheila dan Eric pula terperangkap dalam hasutan, di mana prinsipnya diuji. Mereka rasa bersalah dan ingin membuka mata orang lain, tetapi bolehkah mereka lakukannya?

Namun, semuanya menjadi tanda tanya besar tatkala telefon berdering dan mengatakan bahawa seorang gadis telah bunuh diri dan dikejarkan ke hospital dan seorang inspektor akan ke rumah mereka untuk menyoal siasat… JENG JENG JENG!

Secara keseluruhan, An Inspector Calls sebuah kisah yang agak menghiburkan dengan unsur humornya. Pada masa itu, penonton akan pulang dengan berbagai isu sosial yang boleh mereka bincangkan dengan diri mereka. Yang penting, siapakah dan apakah niat Inspektor Goole?

Min amat terpegun melihat lakonan Serene Chen. Begitu memukau dan meyakinkan sekali! Beliau membawa watak Sybil dengan begitu bagus sekali, mukanya yang bengis, mempunyai aura wanita berlagak yang akan anda benci. Ha gitew.

Set dan busana yang dipakai kru dalam pementasan ini juga berjaya menyuntik suasana misteri. Bukan itu saja, set “jendela” yang ditarik ke atas apabila mulanya pementasan ini seolah-olah penghadang antara penonton (orang awam) dan orang berada (barisan pelakon) – metafora vibes.

An Inspector Calls akan berlangsung hingga 25 Mac, anda boleh dapatkan tiket anda di sini.

-Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Ruey Loon)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s