Wild Rice umum 3 persembahan menarik 2023

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Syarikat teater setempat, Wild Rice, telah mengumumkan tiga persembahan yang akan membuka tirai pada 2023.

Dan seperti biasa, pementasan yang disajikan oleh Wild Rice sememangnya menarik dan akan membuat anda tidak sabar untuk ke panggung mereka untuk alami sendiri persembahan tersebut.

Tiga pementasan itu adalah An Inspector Calls, The Butterfly Lovers dan Hotel.

An Inspector Calls

Diarah oleh Glen Goei, An Inspector Calls sepatutnya dipersembahkan pada 2020 tetapi pandemik menyebabkan ia tertunda hingga ke tahun depan.

Karya J.B. Priestley ini mengajak penonton ke dunia sebuah keluarga kelas tengah yang bahagia tetapi semuanya menjadi tanda tanya tatkala seorang inspektor muncul dengan berita tentang kematian seorang wanita.

gambar: Wild Rice

Ditulis pada 1945, ia merupakan thriller psikologi klasik Priestley yang telah dikaji oleh bergenerasi pelajar di sekolah di merata dunia.

Berlangsung dari 2 Mac, An Inspector Calls bakal dihidupkan oleh Ghafir Akbar, Serene Chen, Benjamin Chow, Siobhan Covey, Dennis Sofian, Lim Kay Siu dan Yap Yi Kai.

The Butterfly Lovers

Pada bulan lima pula, anda boleh saksikan The Butterfly Lovers, sebuah opera yang diadaptasikan ke bahasa Inggeris!

Penerbitan ini juga merupakan kerjasama antarabangsa pertama antara Wild Rice dan Victorian Opera.

The Butterfly Lovers merupakan kisah dongeng Cina yang mengisahkan watak Zhu Yingtai yang rasa terperangkap dalam masyarakat patriarki.

gambar: Wild Rice

Watak tersebut menyamar sebagai seorang jejaka untuk meneruskan pelajarannya dan perhubungan bersama rakannya berputik menjadi cinta. Tapi apabila Yingtai pulang ke kampung, dia telah dijodohkan dengan seorang pemuda kaya.

Dibintangi Cathy-Di Zhang, Meili Li dan Haotian Qi, persembahan ini akan bermula pada 3-6 Mei 2023.

HOTEL

Akhir sekali, HOTEL akan ke panggung The Ngee Ann Kongsi Theatre di Funan!

Pementasan hampir lima jam yang ditulis oleh Alfian Sa’at dan Marcia Vanderstraaten ini dipersembahkan dalam sembilan bahasa!

HOTEL pertama kali dipersembahkan pada 2015. Ia memenangi Penerbitan Tahunan, Arahan Terbaik, Skrip Original Terbaik dan Ensemble Terbaik bagi Straits Times Life Theatre Awards.

gambar: Wild Rice

HOTEL menjenguk sejarah Singapura menerusi tetamu serta pekerja yang menghidupkan hotel tersebut. Ia akan berlangsung dari 8 Jun hingga 8 Julai 2023.

Kali ini, HOTEL akan menampilkan Munah Bagharib, Rebecca Das, Brendon Fernandez, Ghafir Akbar, Ivan Heng,
André Jewson, Jo Kukathas, Dwayne Lau, Lee Chee Keng, Moo Siew Keh, Pam Oei, Oon Shu An, Siti Khalijah Zainal dan Yap Yi Kai.

Anda boleh nikmati diskaun Early Bird sebanyak 15% bagi kategori 1 dan 2 apabila tiket mula dijual pada 19 Disember 2022. Promosi ini akan tamat pada 18 Januari.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Wild Rice)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s