Singapore Theatre Festival: Hotel

Cak! Haaaaa, terkejut tak you alls baca tajuk blog post ini? Dengan secara tiba-tiba saya tulis pasal Singapore Theatre Festival lagi, kan? Nak cakap pasal Hotel lagi. Padahal dalam entri sebelumnya saya tulis ni:

sugarmummy

wink

Saya amat excitez untuk menonton Hotel dan sepanjang perjalanan saya ke sana, saya mainkan lagu ini on repeat.

Lagu yang menggalakkan zina dan juga threesome, foursome dan selanjutnya. Sungguh troublesome. Tapi ok la, lagu yang agak rancak, boleh buat saya lupakan kepenatan kerana terpaksa berdiri di dalam MRT sepanjang perjalanan sebab PEAK HOURS.

Hotel dipentaskan di Singapore Airlines Theatre, LASALLE tapi bila tiba di sana, saya terpinga-pinga sebab MANA KAPAL TERBANGNYA? Saya juga agak ~kecewa~ kerana saya sangkakan ia sebuah panggung yang besar (cos the name) yang mampu muatkan kapal terbang tapi tak ah.

Ok, taknak berceloteh lagi, nak cakap pasal Hotel ni.

Amaran: reviu yang agak panjang lebar sebab it’s a ~4 hour show. Mengalahkan filem Hindustan.


Apa yang saya tahu tentang Hotel is ia sebuah pementasan sempena tahun lepas ah. Dan oleh kerana responsnya yang amat memberangsangkan sekali, ia dikembalikan pada tahun ini. Dan saya rasa amat beruntung sekali kerana dapat menontonnya tahun ini!

hotel_wr_450x637_2
photo from W!ld Rice website

Namun, cerita Hotel ni tidak bermula dari 1965 sebab ini bukan persembahan Hari Kebangsaan. Kisah-kisah bermula dari tahun 1915 sampailah ke tahun 2015. Jadi keseluruhannya, kita akan dicampak balik ke belakang seabad yang lalu. Saya rasa nenek kau pun belum dilahirkan pada 1915. Kalau dah dilahirkan mungkin dah arwah dah. Kalau belum arwah, saya nak tanya. Bomoh boyan, eh?

Hotel mengajak penonton ke 11 era yang berbeza. Setiap dekad mempunyai kisah yang tersendiri. Antaranya jajahan jepun, era kegemilangan filem Melayu dan sebagainya. Pendek kata, penonton dapat melihat 11 babak berbeza dan juga merasai pembangunan negara Singapura menerusi peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bilik hotel 308 ini.

Kali ini saya akan kupaskan setiap babak/dekad dan kongsikan pendapat serta isu-isu yang timbul dalam lakonan itu.

Namun sebelum itu, I just wanna say I LOIKE the entrance or whatever di mana semua pelakon-pelakon membawa bagasi dan berjalan-jalan berpusing-pusang cos wow macam ingatkan balik my SYF piece? I can already feel the connection.

1915: Siapa pergi Singapore untuk bermulan madu sak? Ok maybe pada tahun 1915 orang puteh gila kuasa nak datang Singapore ah tapi kalau pada zaman ni kau datang Singapore untuk bermulan madu, aku rasa kau pergi sarang lebah lagi mulia.

Sepasang pengantin baru, Henry dan Margeret Comber ke Singapura untuk berbulan madu tapi alangkah terkejutnya Margeret apabila suaminya mengajaknya melihat hukuman tembak (idk the correct istilah). Pihak berkuasa telah menjatuhkan hukuman kepada sekumpulan orang/kaum kerana telah membuat salah (duh). So, si Margeret ni macam ala-ala rights activist ah kata setiap nyawa berharga dan hukuman ini tidak sepatutnya diadakan dan tidak patut dilihat oleh orang awam.

Babak pertama je saya dah wow sebab isu-isu yang timbul kekal relevan hingga ke sekarang. Apa yang saya maksudkan adalah hukuman gantung yang masih dipraktikkan di Singapura. Lihat persamaannya? Secara kebetulan, saya telah menulis pendapat saya mengenai hukuman gantung ini di reviu Apprentice, so klik sahaja ya. Babak ini juga sentuh isu curfew arak tu ah but itu tidak akan menjejas pembaca saya kerana kita tidak meminum air alkohol ya. InsyaAllah.

d374ce9a106a58ff4b2da30130c938ab

1925: Isu yang masih relevan dan akan kekal relevan kedua ini mengenai tukang gaji. Ia mengisahkan Ah Ying, seorang tukang gaji yang bekerja untuk majikannya. Sepupunya, Loy Dai, yang bekerja di dobi mendapat tahu bahawa Ah Ying berada di bilik 308 dan menjenguk Ah Ying. Mereka pun berbual dan Loy Dai mamakai baju cheongsam milik majikan Ah Ying dan berforeplay.

Ketika mereka seronok foreplay, ada sister datang untuk menyiasat sesuatu perkara. Ini kerana terdapat kes-kes dera terhadap tukang gaji kebelakangan ini. Sister tu ingin tahu sama ada Ah Ying merupakan mangsa penderaan. Loy Dai terpaksa berlakon menjadi majikan Ah Ying dan menjawab segala soalan sister dan meyakinkan bahawa Ah Ying dilayan dengan baik. Setelah sister itu keluar dari bilik, barulah si Loy Dai mendapat tahu bahawa Ah Ying didera oleh majikannya.

leticia

Must I say how relevant this is today? Cuma plot twist sikit, sekarang tukang gaji dera majikan sampai bunuh ah. Isu anak angkat aka child trafficking juga timbul dalam sketsa ini.

1935: Babak ini pasal hantu pulak. Tapi in short, saya rasa ini pasal #WITEPPL yang asyik fikir mereka superior race ah. Ini kerana watak Cecil Parker tidak percaya bahawa Professor Rao, seorang spritualist (bomoh yang ada sijil ah lel) boleh memanggil roh/spirits. Sebab orang Asia kan kolot bukan macam #WITEPPL. Pengajaran yang boleh diambil oleh sketsa ini adalah jangan memperkecilkan budaya kaum lain.

Akhirnya, roh ayah Parker merasuk badan rakan-rakannya dan memberi amaran mengenai perang yang bakal melanda negara Singapura.

1945: Sememangnya saya tidak begitu mahir tentang sejarah but askar-askar Jepun (yang berpangkat tinggi) dulu menginap di hotel eh?

Kapten Matsuda telah berkahwin (kahwin not nikah) dengan seorang wanita tempatan bernama Sharifah. Dia kutip Sharifah dari tempat pelacur tu ah dan tuptup jatuh cinta kerana dia gentleman yadayada. Mereka mempunyai seorang cahaya mata bersama. Matsuda ingin Sharifah ke Jepun agar anak mereka dapat ke sekolah Jepun. Kasihannya, kapal yang ke Jepun hanya akan menampung warga Jepun. Ini menyebabkan pemisahan antara Sharifah dan Matsuda!!

Saya menitiskan airmata kerana dialog antara Sharifah dan Matsuda seolah-olah mereka menikam satu sama lain lah!! Sharifah gunakan sebilah keris manakala Matsuda gunakan katana gitu loe. Robek hatiku sebab mereka menyentuh isu-isu cinta, khianat, ketaatan dll. I really like how bila mereka bertengkar, Sharifah berbahasa Melayu sahaja dan Matsuda pula berbahasa Jepun. Ini melambangkan cinta mereka terhadap negara sendiri dan ini menunjukkan bahawa mereka lebih mencintai tanah air mereka. Walaupun mereka boleh tetap bersama tapi mereka tahu bahawa jika perhubungan mereka terbongkar, pasti mereka akan diseksa dan dilabel sebagai pengkhianat negara. Jadi, mereka mengorbankan cinta dan kebahagiaan mereka kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan dan cinta akan negara mereka masing-masing.

(Watak Sharifah berbual macam biasa je orang Melayu berbual sekarang. Shouldn’t it be baku ala-ala Bunga Tanjong or what?)

1955: Oh yes, you knows it. Zaman kegemilangan filem Melayu. Encik Shaw, P.Ramlee dan seorang pengarah dari India berada di dalam bilik hotel untuk berbincang tentang filem yang bakal diarah oleh P.Ramlee sendiri, Penarik Beca. P.Ramlee ingin sangat sebuah filem yang mempunyai identiti Melayu aka tanpa sebarang lagu. Tetapi ini menimbulkan kemarahan dalam salah seorang peminatnya bernama Azizah (yang muncul dalam bilik hotel secara mendadak).

Mereka pun joget-joget dan happy ending ah. Saya agak kecewa apabila lagu Joget Pahang dimainkan and nobody like danced????? Entahlah eh, kalau panggung tu penuh dengan makcik-makcik yang selalu bergosip semasa jemputan, dah jadi mini zouk halal.

Secara peribadi, saya berpendapat bahawa persoalan yang timbul dari babak ini adalah apakah identiti Melayu? I mean, adat dan tradisi kita semuanya dipengaruh oleh kaum/agama yang lain, kan? Selain itu, ia juga mengajar saya bahawa setiap kaum mempunyai peranan penting dalam negara ini dan sebagai negara yang majmuk, kita seharusnya bekerjasama untuk meraih kejayaan. (very the NE)

1965: Babak ini saya akan bagi tema “Independence”.

Oi Leng, seorang independent woman (room-service manager di hotel) yang berpendapat bahawa dia boleh memikat Edward (repairman) kerana dia wanita yang berjaya dan berkerjaya. Pada masa yang sama, Oi Leng jual mahal so Edward macam putus asa ah duh. Pendek kata, sketsa ni pasal kompleksiti wanita hahaha.

Di babak ini juga kita lihat bahawa Singapura sudah bebas dari Malaysia dan watak yang dimainkan oleh Siti K mewakili Melayu-melayu yang rasa khuatir akan perubahan yang bakal berlaku kepada Singapura di bawah pimpinan orang bukan Melayu.

Tambahan, ada babak di mana seorang pekerja disuruh menukar bendera. Gantikan Jalur Gemilang dengan bendera Singapura. Dawood, pekerja hotel tersebut juga menceritakan tentang bendera-bendera yang telah menghiasi hotel ini kepada tukang tukar bendera tu. FYI, Dawood juga muncul pada babak pertama (1915).

Saya totally get the chills bila lagu kebangsaan dimainkan ya dan juga rasa agak sebak.


And that was Part 1. Keesokan harinya, saya ke LASALLE sekali lagi untuk menonton bahagian kedua. So kirakan macam intermission sehari suntuk ah. Saya rasa kasihan untuk mereka-mereka yang ajak date mereka ke persembahan ini sebab kenek pakai baju lawa 2 kali. And makan luar 2 kali wth.


1975: Oleh kerana ini teater pasal SG50, isu 50-50 timbul. Steve, seorang ang moh dari US, telah mengajak 2 orang mak nyah ke bilih hotelnya. Tanpa pengetahuan Bridget, dia telah di-drugged dan dia mula berhalusinasi. Dia teringin sangat buat sex change tapi tup tup taknak pulak. Dia nak payu dara dan konek. Sebab dia suka setengah-setengah. Best of both worlds katakan.

qrj0k

1985: Cuba teka apa. Yes, it’s the year bila semua orang tengah gila Jepun and… kesinambungan kisah Matsuda dan Sharifah! AAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.

Sesungguhnya saya belum bersedia untuk sinetron yang bakal saya tonton!!!

Natsuo, anak Matsuda dan Sharifah telah ke Singapura untuk mencari ibunya. Cucu Sharifah telah membawa Sharifah berjumpa dengan Natsuo di bilik hotel. Sharifah tidak sedikit pun syak bahawa lelaki Jepun yang sedang mereka temui itu anaknya. Setelah mendapat tahu tujuan sebenar Natsuo, Sharifah amat marah dan meluahkan rasa bencinya terhadap orang Jepun.

Secara peribadi, saya amat feel babak ini kerana dahulunya arwah atuk saya juga sering meluahkan rasa bencinya terhadap orang Jepun/Cina kerana beliau sendiri melihat bapanya digantung oleh askar-askar Jepun. Sobbles.

Sharifah mula berbahasa Jepun dengan anaknya dan Natsuo pun meminta maaf.

I cried so much la!!!!

1995: Ini pula pasal interracial-marriage. Ibu si pengantin wanita (Cina) tidak mahu anaknya memakai sari kerana it’s “too Indian”. Dua-dua pihak bertengkar di dalam bilik hotel. Akhirnya, pengantin wanita berkata bahawa perkahwinan ini tidak akan menukar bangsanya kerana tak boleh tukar warna kulit la. Unless kau Michael Jackson.

Masih ada lagi tak tension antara pihak wanita dan lelaki dalam interracial marriage yang berlaku pada zaman sekarang?

2005: Masih ingat lagi Azizah? Dia kini kembali ke bilik hotel 308 bersama anaknya dan cucunya untuk bercuti di Singapura. Namun percutian mereka bukan seperti percutian biasa kerana pihak berkuasa meningkatkan sekuriti di kawasan hotel tersebut. Dan oleh kerana mereka Muslim, polis menerjah bilik mereka dan memeriksa bagasi mereka. Password untuk kunci Azizah adalah… 0911 HAHAHA WHOT. I think I heard that ah sebab watak Azizah berbisik. Akhirnya, anak Azizah diberkas polis tanpa sebab-sebab kukuh. Azizah amat terkejut kerana macam berada di set filem bersama P.Ramlee, cuma ini realiti.

Malang sekali, this is how Muslims are treated in the world. ;(

2015: Finally, dah 2015.

Secara jujurnya, 2015 is my least fav scene. Ia mengisahkan Henry Yao yang sakit tenat tapi ingin menginap di bilik hotel. Melalui babak ini juga kita dapat lihat the rise of FTs ah lol. Walauapapun, saya amat suka pengajaran babak ini iaitu semuanya di dunia ini hanya sementara. Kehidupan kita di sini, kekayaan, kerja semuanya sementara. Dan oleh kerana itu, Henry ingin sangat menamatkan hari-hari terakhirnya di hotel kerana hotel juga sementara.


Secara keseluruhan, saya amat suka cinta akan Hotel!!! Isu-isu yang disentuh dekat dengan jiwa penonton tak kira apa jua latar belakang penonton. Pasti ada sahaja yang boleh penonton relate. Lakonan yang amat MANTAP sekali. Saya amat kagum kerana mereka sungguh menjiwai watak!! KUDOS!! It’s so good la. Setelah ia tamat, hati saya amat keliru kerana terlalu banyak perasaan yang berada di dalam diri saya. Tak pasti nak rasa apa. Rasa patriotisme, amarah, sebak, gembira, bangga, pilu, rindu dll.

Saya amat suka setnya yang agak minimal. Dengan warna dinding yang berbeza pada setiap dekad, kita dapat meneka perisitwa itu berlaku pada tahun apa.

hotelset3
artistique tak?

Saya juga suka akan transisi pada satu babak ke satu babak di mana watak-watak akan menyanyikan lagu yang melambangkan dekad tersebut. Sebagai contoh, lagu God Save the King/Queen, Negaraku dan Mari Kita Majulah Singapura.

Ribuan terima kasih saya ingin ucapkan kepada Alfian Sa’at dan W!ld Rice kerana memberi peluang untuk saya menulis reviu ini!!

Jika anda semua ingin menonton Hotel yang ditulis oleh Alfian Sa’at & Marcia Vanderstraaten dan diarah oleh Ivan Heng & Glen Goei ini anda boleh klik di sini! Terdapat juga beberapa pementasan lain yang sedang berlangsung di Singapore Theatre Festival. Antaranya adalah Geng Rebut Cabinet!! Saya telah menontonnya tahun lepas, sila baca reviu saya di sini. Jika nak beli tiket, klik di sini. (Ok, I just went Sistic and seems like SOLD OUT)

Sekali lagi, syabas kepada barisan pelakon yang menjayakan Hotel!! Sebenarnya saya nak petik gambar mereka tapi saya cuma nak tepuk tangan sampai berdarah kalau boleh. Syabas Ben Cutler, Brendon Fernandez, Ghafir Akbar, Sharda Harrison, Ivan Heng, Jo Kukathas, Dwayne Lau, Lee Chee Keng, Moo Siew Keh, Pam Oei, Siti Khalijah Zainal, Julie Wee, Yap Yi Kai dan Lina Yu!!

Jadi, berapa bintang saya bagi?

 

 

Hotel 81/5!!!!

Pengkritik Sandiwara 


EKSTRA

Saya tak sabar nak menonton monodrama Rosnah yang akan berlangsung Ogos ini. Apparently, I have an extra ticket sebab ada orang tu tanak pergi so kalau awak nak pergi dengan saya, hubungi saya la eh. Twitter, fb, email however you can reach me. I’ll pick the best person who can convince me to give this extra ticket to you then we can become friends ah.

Entah ada orang nak jadi kawan saya ke tak. Entah-entah lepas tengok Rosnah terus kau tengok aku jadi Rosak ala-ala Rosmah hahahaha badjoke.

So ya, it’s on the 5th of August, 8pm @ Esplanade. Kita boleh duduk sama-sama.

 

Advertisement

4 comments

  1. […] Apabila membaca tajuk pementasan ini, saya fikirkan bahawa ia sebuah cerita yang bakal mengisahkan peristiwa-peristiwa yang berlaku apabila seseorang menginap di rumah sewa tersebut. Kononnya ada beberapa watak yang akan mengongsi kisah hidup mereka serta mengapa mereka tinggal di rumah sewa itu dan sebagainya. Macam ala-ala Alfian Sa’at’s Hotel. […]

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s