Joget

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Malam tadi saya telah pun menonton persembahan bertajuk Joget oleh Esplanade Presents dan Pentas di Esplanade.

Joget mengemukakan 4 buah tarian yang direka oleh 4 orang pereka tari muda. Bersama dramaturg, Susan Sentler, keempat-empat pereka tari ini menjayakan Joget! Apa yang saya tak sangkakan adalah para penonton disuruh berduduk di lantai. Saya tak kisah lah, cuma kalau boleh letak disclaimer kat poster ke… Saya cuma difahamkan bahawa para penonton mungkin terlibat dalam persembahan. Tu je.

Yang pertama, bertajuk “What If?” yang direka oleh Badarudin Hassan yang menonjolkan 5 genre asas tarian Melayu. Iaitu asli, inang, joget, zapin dan silat. Dipersembahkan oleh Muhammad Danial, segmen ini seolah-olah memecah belahkan unsur-unsur pergerakan bagi setiap genre. Dapatkah penonton mengenal pasti setiap genre walaupun pergerakannya ia dipecahbelahkan? Pada pendapat saya, ia seperti reconstructed birth bagi setiap genre tari.

Persembahan kedua pula bertajuk Nak Dara dan direka oleh Hasyimah Harith. Dipersembahkan oleh Sonia Kwek, Caroline Chin, Atikah Hasimen dan pereka tarinya sendiri. 4 orang wanita ini sungguhnya amat menawan, anggun, seksi dan terserlah kewanitaannya. Dalam segmen ini juga para penonton yang mempunyai pelekat (sticker) diajak untuk berduduk di pentas. Kenapa eh? Nak tahu, tontonlah!

Apa yang boleh saya tafsirkan daripada tarian ini adalah status wanita pada zaman abad ke-21 ini. Tidak kisahlah seberapa berjaya atau moden seorang wanita, mereka tetap menjadi subjek atau objek nafsu apabila sudah pulang ke rumah. Mereka juga mempunyai tanggungjawab sebagai seorang suri rumah dan mungkin akan rasa tertekan apabila harus menangani kerja-kerja rumah di atas tugasan di kerja. Oleh itu, mereka mempunyai support group antara wanita-wanita sendiri untuk saling menolong satu sama lain.

Seterusnya, persembahan “Permission To Carry On” yang direka Norisahm Osman dipersembahkan oleh Nazmi Asmuni, Xenres Chi Ji Hong, Amir Ariffin, Yamin Yusof, Adly Azizi Azamin dan Zhein Mu’adhib. Daripada  tajuknya sendiri, pasti anda dapat agak bahawa ia sebuah tarian yang menerapkan unsur-unsur tentera aka footdrills. Pada pendapat saya, ia seperti menonton big boys yang mempunyai pemikiran kanak-kanak melakukan foot drills. Apa yang saya suka adalah apabila para penari ini menggabungkan dua genre tarian Melayu menjadi satu.

Dan yang terakhir sekali, “The Wrong Geng” yang direka dan dipersembahkan oleh Norhaizad Adam. Sekali lagi, penonton diajak untuk duduk di atas pentas. Persembahan ini yang ala-ala busking ini agak bermakna bagi saya. Ini kerana setelah setiap persembahan mini, penonton akan diminta untuk meletakkan duit syiling ke dalam kain penari tersebut. Semakin lama, ia boleh dilihat bahawa mutu tarian semakin menambah (juga menerusi pemakainnya) tetapi orang awam masih tidak mahu membayar penggiat seni. So kirakan macam struggles of arts practitioner gitew.

Saya rasa Joget adalah satu persembahan yang menarik dan lain daripada yang lain. Para pereka tari menonjolkan persembahan yang kurang konvensyional dan pushing the boundaries. Ia juga membuat para penonton uncomfortable kadang-kala tapi it’s a good type of uncomfortableness lah.

Jika anda berminat untuk menonton Joget, dapatkan tiket-tiketnya di sini! Ia akan berlangsung di Esplanade dari 22-24 Mac!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s