Kisah Tok Kadi 2: Episod 12

Salam Jumaat dan salam Rejab, para pembaca setiaku!

Episod ke-12 #KisahTokKadi2 agak lain dari pada yang lain, ya. Penghujung episod ini tidak mempunyai penghabisan yang sama seperti mana pasangan-pasangan di episod-episod yang lalu alami. Pada masa yang sama juga, Shahrul dan Mai cuba mengatasi masalah perhubungan mereka.

Dapatkah Mai dan Shahrul mencari jalan penyelesaian kepada konflik yang sedang mereka hadapi?

IMG_1935

Mat Kental ini ke kedai gunting rambut untuk gunting rambut (duh) dan ingin meminang (cara Barat aka propose) kepada gfnya pada hari jadinya. So kirakan, dia nak berikan hadiah hari jadi kepada dirinya dengan proposing kepada makwenya.

Tweet di atas menjelaskan kebodohan adegan ini hahahahha. Merepek kan???

IMG_1936

Dia sepatutnya gunting rambut tapi masih sama je?? Abeh terus dia propose dan beri sebentuk cincin kepada makwenya. Rakan-rakan makwenya macam suka la. Tapi macam weird sebab mereka ni macam remaja baru nak upz.

IMG_1937

Shahrul dan Mai cuba membincangkan masalah mereka. Tapi seperti tiada jalan penyelesaian. Tentang perjumpaan Mai dan Riyan di bawah blok yang dilihat Isa. Isu maruah semua keluar.

IMG_1938

Makwe agak kurang setuju akan perkahwinan ini kerana terlalu cepat/awal dan juga ibu bapa makwe tidak tahu akan perhubungan mereka…

IMG_1940

Isa cuba menasihati Shahrul lagi. Kata kasi penumbuk sebiji. Seriously, eh. Shahrul ikut kata-kata Isa ni semakin ROSAQUE perhubungan dia dengan Mai. Dengarlah kata isi hati dan bukan Isa.

IMG_1941

Isa “terbilang” ibu Shahrul bahawa Isa ada masalah. Oops…

Sesi bermentelan. Ustaz Kamil “terbeli” sehelai tudung untuk Ainah. Ye la tu eh. Disuruh pakai untuk kegiatan e-skuter amal segala.

Secara terus terang, saya nak tahu. Jika Ustaz Kamil tak ternampak Ainah menjadi model untuk tutorial tudung, dia tak akan pandang Ainah ke? Dia akan terus buat bodoh dengan Ainah walaupun Ainah cuba sedaya upaya untuk menarik perhatiannya dengan PERSONALITInya yang manis, gedik-gedik mentel, comel dan lucu? Nampaknya, seorang ustaz tertarik dengan seorang wanita atas sebab LUARAN dan FIZIKAL seseorang! Hanya kerana Ainah memakai tudung pada hari itu, dia terus syiok eh? Nampaknya, si Kamil ni betul-betul ada fetish tudung ni…

Men are trash.

Hanya kerana seorang wanita tidak memakai tudung, dia tidak worthy ke?

IMG_1945

Adakah Ainah akan memakai tudung yang dihadiahkan daripada Kamil untuk memuaskan fetish/kehendak Kamil untuk melihat Ainah dalam tudung?

IMG_1946

Mat Kental dan Riyan bersaudara. (Tak pasti how, mungkin sedara je)

Patutlah perangai semua sama. Burung yang sama bulunya, terbang bersama.

IMG_1948

Makwenya bawah umur dan belum boleh bernikah dan perlu izin ibu bapa. Mereka sedang berbincang dengan Shahrul untuk cuba uruskan “masalah” ini. Abeh si Mat Kental tu macam implying that susah nak dapatkan izin daripada ibu bapa makwenya sebab bapaknya sakit. Aku adalah fikir sakit kronik dalam koma or what abeh mak dia pulak dah mati. PADAHAL BYPASS. Pui. MEREPEK!!!!!!!!!

IMG_1949

Kau tengok. Bypass je kot???? Masih boleh duduk, berbincang dan menjalani hidup seperti biasa. Lame sak si Mat Kental tu kasi alasan tak munasabah langsung????

Dan seperti dijangkakan, ibu bapa si Makwe tu tidak setuju dengan keputusannya untuk menikah. Ini kerana dia masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah di hadapannya.

Saya ingin tahu apakah yang sedang Makwe ni buat? Sekolah? Kerja? Dia ingin kahwin cepat agar dapat meringankan beban ibu bapanya. Kononnya tanggungannya akan beralih kepada suaminya. Ermzzz… Perangai Melayu kolot tak fikir masa depan. Nak kahwin je. Macam lah kahwin selesaikan masalah????? Work.

IMG_1950

Dua orang besan ini bertemu di pasar dan mengongsi tentang masalah anak-anak mereka. Dan puncanya adalah bekas tunang Mai, Riyan.

Ibu Mai cuba menasihati suaminya dan sentapkan dia. Pada mulanya, dia berdegil tetapi setelah ditegur isteri berkali-kali, dia terpaksa dengar cakap isterinya.

IMG_1953

Mereka berbual pasal wang. Mereka fikir jangka masa pendek tetapi tidak untuk masa hadapan.

IMG_1954

Bapak Mai macam bodoh tau???? Dia masih nak hiking dengan Riyan abeh percaya Riyan bahawa Riyan ke Jakarta untuk bisnes dan tidak akan ganggu perkahwinan Shahrul dan Mai. Cetek sak pemikiran dia.

IMG_1955

Choices.

IMG_1956

LOL. Dia pancut dalam setelah atau sebelum direjek eh?

Saya tidak akan cakap tentang shotgun marriage kerana saya telah pun bincangkan isu ini dalam entri-entri yang lepas. Pendek kata, kita harus hentikan this vicious cycle dalam masyarakat kita.

IMG_1957

Mai dan Ainah sudah pun mendapat ruang pejabat baru. Semuanya terima kasih kepada Isa. Namun, Mai masam muka sebab Isa yang bilang pasal Riyan kepada Shahrul.

IMG_1958

Hahahahahha. Takkan pasal ni diorang nak bedek eh???? Gila.

IMG_1959

Apakah yang harus mereka lakukan?

IMG_1960

Adegan tak penting. But, Isa mentel dengan wanita lain.

IMG_1961

Shahrul nasihat agar mereka nikah setelah bayi selamat dilahirkan. Oh no! Mana nak letak muka?

IMG_1962

Hmmm… Kamil ni menunggu seseorang rupanya.

HAHAHAHAHAHAHAH kesian Kamil direjek! Si Ainah pun satu?? Kasi mixed signals abeh in the end tak nak terima cinta Kamil? Abeh si Kamil pun satu????? Cara dia sampaikan luahan perasaan dia pun macam krik krik…

Ni la perempuan. Nak ke tak nak, dia sendiri tak tau.

IMG_1968

Kisah pasangan minggu ini berakhir dengan syarahan sentap oleh Shahrul. Mereka berdua kini sudah bertaubat (lol) dan menghadiri kelas-kelas agama hahaha.

 

IMG_1969

Ibu Shahrul dah masuk untuk beri nasihat.

IMG_1970

????????????? Macam mana dia tahu pejabat baru Mai??? Stalker sak!!!!!!

IMG_1971

Abeh dia mula berganas!!! Si Mai pun satu cakap masih ada perasaan tapi akan cuba lupakan. Dah jadi isteri orang pun masih tauuuuu.

IMG_1972

Malangnya, Shahrul hanya terdengar the first part di mana Mai kata dia masih ada perasaan untuk Riyan. Hampa sungguh Shahrul.

IMG_1973

Isa tumbuk Riyan. HAHAHAHAHHA padan muka. Terkejut Shahrul. Mai pun. Tapi si Riyan ni keluar dan ketawa je. Suka perhatian yang diberi padanya.

Apakah yang akan terjadi kepada masjid yang dibina Shahrul dan Mai? Bagaimanakah akan mereka menyelesaikan masalah ini. Adakah kejadian ini akan menjadi viral dan tersebar kepada masyarakat Melayu melalui Twitter? Apa pula kesudahan cinta yang tak terjawab antara Kamil dan Ainah. Siti pula? Bila nak mampus?

Semuanya (mungkin) akan terjawab pada episod terakhir Kisah Tok Kadi musim kedua inggu hadapan!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s