Salam Tahun Lompat, wahai pembaca setiaku yang tidak melompat-lompat dan terus terjeremus dalam gejala samseng! Yes, kali ini saya bakal tulis pasal Anak Metropolitan. Cerita basi hahahaha.
Saya bakal mengupas watak dan perwatakan, isu-isu dan juga persoalan-persoalan yang timbul dalam drama ini.
Malang sekali, kepada anda yang ingin catch-up drama ni, ia tiada di Toggle! Tapi kat YouTube ada. Terima kasih kepada TV Melayu Singapura kerana memuatnaikkan drama-drama ini secara haram! Saya rasa saluran YouTube ini aktif sebelum terciptanya XinMSN atau Toggle.
Pertama sekali, saya agak kecewa kerana musim ketiga tiada kaitan langsung dengan musim pertama atau kedua.
Sinopsis pendek:
Seorang murid bernama Azwan mula terjebak dalam gejala sosial samseng apabila beg beliau ditendang seorang samseng. Beliau diselamatkan oleh Hakim, seorang ketua samseng. Kumpulan samseng Hakim bermusuh dengan si samseng yang menendang beg Azwan. Lama-kelamaan, Azwan mula berjinak-jinak dengan Hakim. Temanita Azwan, Ida, amat risau dengan pelajaran Azwan. Pada masa yang sama, Emmy, seorang pelajar dari aliran Normal ingin menggoda Azwan. Beliau berkomplot dengan sisternya, Nita, untuk mencuri Azwan daripada Ida. Nita bermatair bersama Fahrin, budak Hakim. Fahrin juga menolong Emmy kerana Fahrin mahu makan wang Azwan. Fahrin mula rasa cemburu kerana Azwan sering lepak dengan Jeff, orang kanan Hakim. Untuk menambah lagi drama yang sudah wujud, Man, ketua chong kumpulan lain, selalu ada hal nak selesai dengan Hakim tapi tak selesai pun. Matairnya, Syima, sangat bodoh. TC, bekas chong kumpulan Hakim mahu menjadi chong kepada kededua kumpulan Hakim dan Man, gelojoh. Ibu Azwan tidak percaya bahawa Azwan seorang samseng. Adik-adik Hakim dihalau dari rumah makciknya dan terpaksa tinggal bersama Hakim. Hakim terpaksa mencari rezeki halal. Pada masa itu, dia terjumpa wanita soleh. Pada episod terakhir, Hakim mampos dan semua diberkas. Kecuali Azwan.
Hakim: Ketua geng
- Chong
- Seorang ketua samseng yang amat mengambil berat hal ahli samsengnya
- Feminist, tidak memukul wanita dan budak
- Tidak suka bergaduh dengan orang yang tidak bersalah
- Selalu bertindak jika diancam, tidak akan membuat kecoh tanpa sebab
- Tidak mahu menghancurkan masa depan Azwan
- Tidak mahu Azwan menjadi samseng
- Selalu fikirkan ahli samsengnya
- Sanggup berkorban demi members dan juga keluarga
- Lakukan kerja haram untuk mendapatkan wang
- Amat sayang dengan adik-adik
- Terjebak dalam dunia samseng kerana kurang perhatian di rumah, ibu lari rumah dan bapa tidak memberi kasih sayang
- Cuba mencari rezeki halal apabila mendapat tahu adil-adiknya tidak suka beliau buat kerja haram
- Sanggup memikul tanggungjawab sebagai abang walaupun tidak mampu
- Ingin keluar dari samseng namun agak susah kerana ahli samseng amat memerlukannya dan selalu harapkannya
- Ditolong Ana apabila sakit
- Selalu dengar kata-kata Ana kerana ingin berubah
- Mencari kerja halal kerana adik-adiknya
- Difitnah oleh Man, menyebabkan persahabatan beliau dan TC goyang
- Mati akibat rusuhan antara geng, dikelar oleh TC
- Tidak dibawa ke hospital, Azwan membawanya ke pintu rumah apabila perutnya dikelar zzzzz
Walaupun beliau seorang ketua kumpulan kongsi gelap, beliau masih ada sifat kemanusiaan dan hanya bertindak jika kumpulan beliau melakukan kesalahan ataupun dicabar. Seorang ketua yang prihatin dan amat tegas, beliau sebenarnya seorang yang mempunyai hati yang lembut. Hakim amat menyayangi keluarganya dan berkorban apa saja demi adik-adiknya. Malangnya, beliau tidak sempat untuk keluar dari kumpulan geng untuk menepati janjinya terhadap bapanya dan adik-adiknya. Buat temanitanya, pisang seolah-olah berbuah dua kali.
Azwan: budak sekolah
- Seorang murid sekolah menengah 4, bakal menduduki O levels tahun itu
- Ingin ke JC bersama girlfriendnya
- Mula berjinak-jinak dengan dunia kongsi gelap apabila Hakim menolongnya
- Mempunyai gf yang amat sayang dengannya
- Semenjak memasuki geng, beliau kurang memberi perhatian kepada sekolah
- Tidak sedar bahawa Emmy cuba memecahbelahkan beliau dengan temanitanya
- Memerlukan perhatian ibu bapa
- Tidak memikir masa hadapan
- Boros
- Cuba mengupah hakim sebagai bodyguard
- Tiada pendirian
- Tidak meluahkan masalah kepada rakan-rakan
- Memasuki geng kerana kesunyian
- Kurang peka terhadap muslihat “rakan-rakan”
- Diguna-guna oleh Fahrin
- Ambil berat tentang Hakim
- Putus bersama Ida kerana Ida selalu mengajaknya ke arah yang benar
- Suka kepada Emmu tapi tidak steady
- Hampir melakukan seks bersama Emmy
- Diberkas namun tidak dipenjarakan, probation je
- Balik semula dengan Ida
Watak ini merupakan seorang yang contoh mengapa remaja kini memasuki geng. Watak ini membuktikan bahawa harta benda tidak mampu menjamin kebahagiaan. Walaupun dilengkapi kad kredit, Azwan memerlukan perhatian ibu dan bapanya. Oleh kerana beliau inginkan rasakan hidup berkeluarga, Azwan memasuki geng dan menganggap gengnya sebagai keluarga. Namun, beliau tidak sedar bahawa selama ini, rakan-rakan sekolah sentiasa ada di sisinya untuk menolongnya.
Man: Ketua geng Tribal
- Chong Tribal
- Bukan Chong yang baik kerana menganggap ahli samsengnya sebagai orang suruhan
- Mempunyai Syima sebagai female counterpart
- Penakut
- Buat kecoh tanpa sebab
- Menjadikan perempuan kecil sebagai mangsa
- Tidak menghiraukan keselamatan ahli samsengnya
- Cepat marah
- Dengar akan kata-kata gfnya
- Mahu menjatuhkan Hakim
- Berkomplot dengan TC untuk menghabiskan Hakim
- Ditangkap polis
Agak nama penuh dia apa eh? TaMAN? Sebab dia macam perempuan. Seorang ketua geng yang menggunakan kuasanya sebagai seorang ketua dengan cara yang salah. Disebabkan itu, terdapat beberapa ahli samseng yang ingin keluar geng. Beliau juga sering dicabar temanitanya. Hais. Dan kenapa nama kumpulan dia Tribal? Stop appropriating other people’s culture!!! And lol dia panggil gf dia mama.
Ida: rakan steady Azwan
- Rakan sekelas Azwan
- Amat peduli akan pelajaran Azwan yang merosot
- Rakan yang peka, bertanggungjawab, rajin dan berani
- Berkongsi masalah bersama ibu
- Berdepan dengan Hakim untuk selesaikan masalah Azwan
- Berjumpa ibu Azwan untuk memberitahu masalah Azwan
- Selalu cuba untuk memujuk Azwan ke sekolah
- Pemaaf, walaupu dikeji
- Suka menolong
- Akhirnya berjaya membawa Azwan ke pangkal jalan
Ida amat khuatir akan Azwan namun Azwan tidak peduli langsung. Saya tabit keberanian beliau untuk berdepan dengan Hakim dan ibu Azwan walaupun akhirnya dimarah oleh dua-dua orang tersebut. Walaupun begitu, Ida tidak putus asa dan terus gigih untuk mengajak Azwan pulang ke pangkal jalan. Watak ini mengajar saya jikalau kita berteguh kepada kebenaran, kita tidak harus takut. (kelakar tengok Lydia Asyiqin berlakon sebab masih mentah lagi)
Emmy: minah syiok kat Azwan
- Amat terdesak dan inginkan Azwan
- Stereotaip budak aliran Normal
- Lebih mengutamakan perhubungan daripada pelajaran
- Mata duitan
- Rakan baiknya di sekolah, Rihana, selalu memberi dorongan untuk melakukan jahat
- Buat chalet untuk mengucap terima kasih kepada Azwan lol
- Selalu di kelab walaupun bawah umur
- Meminta nasihat daripada sister, Nita
- Cuba sedaya upaya untuk menggoda Azwan
- Berkomplot dengan Nita dan Fahrin
- Berjaya menodai Azwan hingga ke bilik Azwan tetapi gagal kerana ibu Azwan buka pintu
- Mula-mula hanya inginkan Azwan dan Ida berpisah namun mula ada perasaan terhadap Azwan
- Rasa serba salah kerana beliaulah yang menyebabkan Azwan memasuki geng
- Dirogol oleh Man dan budak-budaknya, Syima merakam perbuatan tersebut
- Semenjak insiden itu, beliau diganggu secara emosi, tidak hadir ke sekolah
- Mendapat pertolongan daripada Ida
- Kembali pulih
Watak yang stereotaip sekali. Emmy merupakan that minah in school yang ada kehidupan liar di luar sekolah. Pihak Suria juga berjaya menimbulkan stereotaip di mana pelajar aliran Normal dikategorikan sebagai wild dan tidak mementingkan pelajaran. Saya tidak suka dengan watak ni sebab macamlah Azwan je yang wujud dalam dunia ni. Hais. Sampai berkomplot semata-mata untuk mendapatkan Azwan. WTH? Kau pergilah target budak sekolah lain ke apa. Namun kasihan, beliau menjadi mangsa rogol akibat Nita. Walaupun dihinanya, Ida tetap menolongnya. Kelakarnya, sebelum ini, dia buat bbq party untuk Azwan?? Abeh bila kat party tu kata “sorry no bbq”????
Rihana: blogger
- Lembu dicucuk hidung
- Watak kurang penting
- Sidekick Emmy yang bersetuju dengan Emmy supaya Emmy lebih yakin dengan rancangannya
- Selalu tidur di rumah
Lagi seorang stereotaip budak Normal. Apabila Emmy ke rumahnya, dia pasti tertidur. Tak buat homework?
Syafiq: rakan baik Azwan
- Rakan baik Azwan
- Cuba menasihati Azwan namun ditumbuk
- Comel
Budak hensem macam gini tak dapat kita lihat di TV?? Mengapa!!!!
Lupa nama: rakan baik Ida
- Rakan yang menyedarkan Ida bahawa Emmy mahu mereka berdua berpisah
- Selalu menyebelahi Ida
- Tu je
Nasib baik dia ada, kalau tak si Ida tu ingatkan Emmy setakat kawan biasa!
Jeff: budak Hakim
- Orang kanan Hakim
- Bekerja untuk mencari rezeki halal
- Selalu lepak dengan Fahrin
- Melakukan apa saja demi geng
- Selalu dengar kata-kata Hakim
- Taat kepada Hakim dan geng
- Mula rapat dengan Azwan
- Menjauhakan diri dengan Fahrin kerana Fahrin sentiasa meminta wang
- Diberkas polis
Jeff amat berpegang teguh kepada pendiriannya. Dia tahu Hakim tidak suka mencari pasal dengan perkara remeh-temah dan juga wanita dan budak-budak. Dia merupakan ahli yang setia kepada Hakim dan juga tahu bahawa samseng harus membuktikan kepada orang ramai bahawa bukan semua samseng jahat dan berniat buruk.
Fahrin: rakan Jeff/budak Hakim
- Pemalas
- Makan hasil perempuannya, Nita
- Muka tembok
- Tidak setia kepada Hakim
- Mata duitan
- Menghasut Emmy untuk berkomplot dengan Nita agar Azwan memasuki geng
- Ingin menggunakan Azwan sebagai ATM
- Playboy
- Selalu tidak mengaku perbuatannya yang bodoh
- Selalu punca mengapa gengnya bertembung dengan geng Tribal
- Tangkap basah oleh Nita
- Diberkas polis
Fahrin ni… Selalu pakai kemeja. Tak pernah aku lihat dia pakai T-shirt. Hairan, padahal dia makan duit Nita je. Tapi dia ni eh degil sak. Selalu cari masalah. Seorang playboy yang telan hasil wanita. Hais.
Nita: temanita Fahrin
- Bekerja sebagai escort/pelayan di kelab malam
- Sanggup beri wang kepada Fahrin semata-mata sayang
- Seperti kakak kepada Emmy
- Memberi Emmy tips untuk menggoda Azwan
- Diperbodoh-bodohkan oleh Fahrin,selalu bagi wang/ditipu
- Tidak sedar Fahrin seorang playboy
- Kerana Fahrin, Nita dibelasah oleh Emmy
- Tidak diberkas polis kerana bukan samseng
Walaupun sudah banyak kali mengesyaki bahawa Fahrin seorang playboy, tetap sayang Fahrin. Tapi bila dah ternampak dengan mata kepala sendiri, baru sentap!!! Abeh dia ajar Emmy benda buruk, sampai gadaikan dara?!?!?!?! WTF.
Syima: temanita Man
- Asyik menyuruh Man/budak-budak Man melakukan perkara hanya untuk puaskan nafsunya
- Fikir bahawa dia matair Man, dia bigshot
- Pukul Nita teruk-teruk apabila Man memukul Fahrin kerana Fahrin telah memegang pantatnya
- Beliau yang menyebabkan budak Man diberkas polis apabila budak Man diarah untuk mencuri motosikal
- Tidak suka dilabel perempuan murahan
- Tidak suka apabila lelaki menyentuhnya
- NAMUN!!!! Merakam video insiden rogol Emmy
- Memuatnaikkan video tersebut di internet
- Amat takut apabila video itu tersebar luas di internet..?
- Mengugut Emmy untuk menipu pasal video tersebut
- Bodoh, tidak fikir jauh
- Diberkas polis
Saya tak tahu pula ada wanita zaman sekarang sanggup biarkan wanita lain dirogol dan merakam perbuatan tersebut. Astagha!!!! And lol dia panggil bf dia papa.
Masni dan Sofia: adik-adik Hakim
- Dahulunya tinggal dengan makcik kerana ibu mereka lari dari rumah
- Ibu mereka tidak mahu Masni dan Sofia bersama ayah mereka kerana tidak mahu dipengaruhi
- Dihalau oleh Kak Farah kerana tidak membayar sesen pun
- Mula tinggal dengan bapa mereka dan Hakim
- Ini membuat Hakim sedar bahawa selama ini Sofia dan Masni tinggal di rumah makcik mereka secara percuma
- Selalu memerlukan wang untuk sekolah
- Masni tidak mahu abangnya kerja haram, berfikiran lebih matang namun tidak rasional, korban wang dan makan untuk adiknya
- Sofia pula tidak kisah jika abangnya melakukan kerja haram dan tidak mahu menuduh, berfikir secara logikal
Melalui watak-watak ini, kita dapat lihat perbezaan tahap kematangan dalam adik-adik Hakim yang amat sayang kepada Hakim. Saya tak suka lah cara Sofia berlakon??? WTH. Tapi saya suka pemikiran dia sebab rasional, bukan macam Masni, merajuk tak bertempat!
Makcik: kakak kepada ibu Hakim
- Makcik Sofia dan Masni
- Amat sayang pada mereka, menjaga mereka dari kecil lagi
- Berhenti kerja setelah jatuh sakit
- Oleh kerana itu, tiada pendapatan untuk menampung pembelanjaan Masni dan Sofia
- Tidak mahu Masni dan Sofia bersama ayahnya kerana takut akan dipengaruh
- Amat terkejut apabila dapat tahu bahawa anaknya telah menghalau Sofia dan Masni
- Cuba memujuk Sofia dan Masni pulang
Makcik sayang sangat dengan Sofia dan Masni.
Kak Farah : anak makcik
- Tidak suka akan Sofia dan Masni kerana mereka tumpang secara percuma
- Bengis, cepat marah namun bersebab
- Menghalau Masni dan Sofia kerana tiada siapa yang membayar kos mereka
- Menjaga ibunya seorang diri
- Oleh kerana tidak mahu melihat ibunya merana, cuba mengajak Masni dan Sofia pulang
YAAAAAAS. Please do more dramas!! Watak ni munasabah ah. Bukannya dia halau tanpa sebab.
Roslan: bapa Hakim
- Tidak hiraukan jiran
- Pentingkan diri sendiri
- Tidak kisahkan anak-anak
- Mencuri wang anak
- Menipu hakim mengenai Sofia dan Masni, tidak membayar pembelanjaan mereka
- Garang
- Bekas banduan
- Berjanji kepada Hakim untuk memikul tanggungjawab Masni dan Sofia bersama
- Mula ambil perhatian anak-anak setelah Hakim mula berubah
Roslan tidak hiraukan anak-anaknya kerana masih sakit hati kerana bekas isterinya meninggalkannya bulat-bulat. Tapi, isterinya meninggalkannya sebab Roslan amat panas beran. Tapi, kewujudan Sofia dan Masni dalam rumah dapat melembutkan hatinya sehinggakan berjanji untuk memikul tanggungjawab anak-anaknya bersama Hakim.
Pengkhianat Tribal
- Budak-budak Man
- Selalu buat apa yang Man suruh
- Akhirnya sedar bahawa menjadi budak Man tidak membuahkan hasil
- Ingin keluar geng tribal
- Cuba memberitahu TC perkara sebenar tapi TC dah tau lol
- Diberkas polis
Inilah sebabnya mengapa seorang ketua harus mempunyai good leadership abilities.
TC: bekas chong
- Baru keluar penjara
- Memasuki penjara kerana Hakim
- Hakim telah membuat kerjanya namun dibayar lebih
- Tetapi itu semua fitnah yang dirancang Man
- Ingin selesaikan masalahnya dengan Hakim
- Setelah rusuhan antara geng, beliau ingin menjadi Chong kesdedua kumpulan
- Dia yang sebat Hakim sampai mati
- Diberkas polis lagi
Kau meringkuk dalam penjara sudah. Kata nak cuci tangan tapi tak gunakan sabun.
Ibu Azwan
- Asyik di luar negara untuk bisnes
- Suaminya pula sentiasa tiada di Singapura
- Lupa untuk memberi perhatian kepada Azwan
- Tidak percaya kata-kata Ida
- Terlalu percaya kepada anaknya walaupun ternampak Emmy dan Azwan hampir bersetubuh
- Lebih mementingkan kerjaya, selalu tiada di rumah
Please berubah. Saya sedar bahawa ibu Azwan memanggil ayah Azwan dengan nama “daddy”.
Adakah ibu Azwan dahulu watak Ruby dalam Anak Metropolitan 1? (Eh tapi Ruby mati eh?) Atau dia isteri Remy (Suzairhe Sumari). Adakah inilah kaitannya siri sebelum ini dengan siri ketiga ini? Oooohhh… #SuriaSecrets
Ana: temanita Hakim
- Jururawat yang merawat luka-luka hakim
- Mula jatuh cinta dan menginsafkan Hakim
- Ini kerana arwah abangnya dahulu samseng
- Abangnya mati akibat bergaduh
- Amat sayang kepada Hakim, disukai oleh keluarga Hakim
Kasihan, Ana tidak dapat mengubah hidup Hakim.
Isu-isu yang timbul:
- Pergaulan di luar sekolah
- Perhatian ibu bapa terhadap anak
- Pemikiran pelajar Ekspres dan Normal
- Tujuan samseng
- Sebab-sebab mengapa anak remaja memasuki kongsi gelap
- Kepentingan CCA agar pelajar tidak menyeleweng
- Kad kredit, boros
- Isu keluarga rosak
- Keluarga “sempurna” secara wang namun tidak sempurna kerana tiada kasih sayang
- Buli Siber
- Cinta antara budak sekolah
- Pergaulan antara kumpulan samseng
- Pertelingkahan di dalam kumpulan samseng sendiri (intra and inter)
- Penarikan budak baru dalam kumpulan samseng (recruitment)
- Kepayahan ahli samseng untuk pulang ke pangkal jalan
- Sokongan keluarga terhadap mereka yang dalam geng
- Kawan makan kawan
- Pangkat dalam geng
Persoalan:
- Haruskah remaja menonton drama ini?
- Remaja mengambil pelajaran dari drama ini atau drama ini merupakan pemangkin kepada mereka yang ingin memasuki geng?
- Wajarkah Suria menerbitkan drama seperti ini?
- Adakah samseng wujud seperti ini?
- Bagaimana pihak pemerintah boleh menyelamatkan belia kita daripada memasuki geng samseng?
Dahulunya dalam Anak Met 1/2, mereka sering lepak di Orchard Road. Tapi ni asyik bawah blok je… Saya agak hampa sebab tak dapat lihat banyak catfight 😦
Walauapapun, saya agak suka dengan drama ini kerana saya dapat belaja istilah-istilah baru seerti “tiak”. Mungkin saya boleh buat kajian tentang bahasa samseng? Hmm… idea! Bukan itu sahaja, saya agak geli hati bila ternampak tatu mereka. Macam beli kat kedai mamak je.
Jangan menangis! Kerana samseng tidak nangis. Beberapa tahun kemudian, Sofia dan Masni menubuhkan geng kongsi gelap feminist untuk membalas dendam! Nantikan Anak Metropolitan 4…
Anda suka yang mana?
Saya sudah tentu suka yang old school!
Oh yes, Munah Hirzi juga melakukan sebuah parody hahahaa.
Setelah menonton Anak Metropolitan, baru saya dapat jokes dalam video ini! Hahaha!
Tahniah kepada Syariq Sleeq, Erwin Shah Dawson, Nadiah M. Din, Junaidah Ikhsan, Lydia Izzati, Lydia Asyiqin, Ikah Jamil, Nufail Sazali dan lain-lain lagi kerana menjayakan drama ini!
– Pengkritik Sandiwara
[…] semalam tulis pasal Anak Metropolitan 3. Dah nampak muka Syarif Sleeq […]
LikeLike
[…] amat suka watak Risha yang dimainkan Anak Met kita aka Nessa sebab wow dia scholar la sak. Dia merupakan pelajar NUS yang rugged ah konon so I […]
LikeLike
Can u tell me whats da name actrss whos playing ana role
LikeLike
tak ingat
LikeLike
[…] Baru-baru ini di ambang socmed, warganet rancak perbualkan kedatangan musim ke-empat drama ikonik berjudul Anak Metropolitan. […]
LikeLike
[…] Mungkinkah ia flop seperti Anak Met 3? […]
LikeLike