Farhana: Episod 6 & 7

Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku! Kali ini saya bakal mengupas drama Farhana, episod 6 dan 7.

Ye, drama yang bercanggah dengan hak asasi manusia dan juga ajaran islam! Anda masih tonton lagi drama tu ke? Saya rasa ia agak predictable tapi pada masa yang sama menarik juga. Tu pasal saya masih menonton. Dah lah episod 7 ada twist! Agak-agak apa yang akan berlaku pada episod terakhir ya?

Pada episod lepas, Farhana telah menjalinkan hubungan yang baik bersama bapa kandungnya. Aaliyah pula seperti ingin berhenti kerja bersama Fauzie. Perhubungan Hakim dan Siti semakin renggang. Johan memberi peluang kerja kepada Fauzie. Hmm… Apa yang akan berlaku pada episod ini pula?


 

Episod 6

IMG_9906

Farhana dan bapanya ke kedai menjual perkakas kek. Secara kebetulan, Johan pun berada di situ. Apa tujuan Johan eh?

IMG_9907

Pengarah Siti risau akan persembahan Siti yang semakin malap. Dia bertanya jika Siti ada masalah. Siti pun memberitahu bahawa blog dia tidak mendapat hits sebanyak Xiaxue.

IMG_9908

Ni yang saya marah sangat ni. Fauzie menerima emel daripada Johan buat tawaran kerja di Dubai. Fauzie masih terfikir-fikir sama ada beliau harus menerima tawaran tersebut.

Saya agak hampa apabila membaca emel di atas. Ini kerana terdapat beberapa kesalahan tatabahasa. Imbuhan “di” sepatutnya disambungkan bersama perkataan tu. Kalau tak sambung, contoh: di (perkataan), (perkataan) itu bermaksud tempat. Adakah “sertakan”, “bincangkan” dan “pertimbangkan” nama-nama/menunjukkan tempat? Oh tidak, ia semua kata kerja.

Dan lol @ thechampionjohan@yahoo.com.sg

IMG_9910

Johan terdengar perbualan Hanafi bersama tailong. Bagus eh telinga Johan macam ada kuasa mutant. 

IMG_9912IMG_9913

Rakan kerja Hakim suruh Hakim bagi free trial kat pelanggan baru. Tapi Hakim rejek. Oh, Aaliyah sekarang nak pergi gym rupanya. Buat apa dia ke gym? Dia dah cukup  💯 saya rasa!

IMG_9915

Eh mamat yang pakai t-shirt ungu tu buat senaman untuk boncet dia la.

IMG_9917

LOL Siti. Kau dari mana? Klubbing kat France?

Masih ingat lagi tak dia mainkan watak Aley di MM2. Suka boros wang bapaknya kerana asyik klubbing pukul 4 pagi.

IMG_9918IMG_9921

Aaliyah terdengar Fauzie latih speech “kisah benar”. Fauzie bercadang untuk memberitahu kebenaran kepada Farhana. Aaliyah pun marah si Fauzie la.

IMG_9922IMG_9924

JENGJENGJENG! Chey Fauzie mimpi je la rilek.

IMG_9927

Wah wah wah. Sekarang Siti pun nak ke gym. Tapi dia act hot ah konon nak ke gym untuk ke gym dan bukan mengintip Hakim. Merepek. Kau boleh pergi gym lain kan?

IMG_9928IMG_9929

Bodoh sak bapak dia. Muka nak mintak rembat je. Anak kau nak menjelajah dunia dan mencapai cita-cita tapi kau halang semata-mata untuk membahagiakan seseorang yang kau tak kenal sangat? Buat apa? Abeh kebahagiaan Fauzie siapa nak realisasikan? Korang ada fikir dari segi jangka masa panjang tak? Ini semua jangka masa pendek punya benda tau.

IMG_9930IMG_9931

Kesian Aaliyah sengal-sengal sebab Hakim terlari fokus. Dia ternampak Siti memegang biceps rakan kerjanya hahahaha merepek sak.

IMG_9933

EH MANA-MANA HANAFI ADA JOHAN PUN ADA EH? Dia balik Singapura semata-mata untuk stalk keluarga Farhana ke?????? Unsur kebetulan off the charts.

IMG_9935

Hakim cuba memberi penjelasan tapi Siti tidak mahu percaya. Siti salahkan Aaliyah tanpa bukti kukuh. Hakim dah tak boleh tahan so dia break up.

IMG_9936IMG_9937

Wow. Aaliyah berskype bersama seorang omputeh di Australia. Aaliyah diberi tawaran kerja di Australia selama 2 tahun! Go Aaliyah.

IMG_9938

Stres.

IMG_9939

Mak dia lagi stres sak. Stres tahap terpendam.

IMG_9940

Siti dah jadi macam minah gila dan campakkan barang merata tempat. Bunuh diri sudah la kau bukannya penting pun dalam drama ni.

IMG_9943

??? Siti memberitahu Farhana bahawa Hakim sayang Farhana lebih daripada dirinya??? What??? Logik mana sak Siti ni asyik sembur je. Dia pun terus lari dari rumah. Lari la dan bunuh diri zzzz. Kalau kau nak sangat jadi perhatian orang ramai, bunuh diri dan jadi watak utama. Kau kenek ingat kau tu watak sampingan.

IMG_9946

Farhana mengadu kat mak dia lah. Mak dia kata si Siti pasti balik punya. Farhana tak bersalah pun. Siti ye melebih. Mak dia sampai rap dengan tangan-tangan sekali.

IMG_9949

Betul kata Aaliyah. Buat apa buat ni semua kalau tak suka? Semata-mata untuk bahagiakan orang lain? Tetapi diri sendiri tak bahagia?! Tapi Fauzie rasa serba salah la duh. Siapa suruh kau ikutkan sangat kata-kata bapak kau tu?

IMG_9950

Farhana mencari Siti di tempat kerjanya. Dia dapat tahu bahawa Siti sudah berpindah di studio sebagai penduduk tetap.

IMG_9951

Siti berjumpa Johan untuk memberitahu sinopsis episod 1-6. Si Johan apa lagi, ambil kesempatan ini untuk rakam suara Siti tanpa pengetahuan Siti! Apa rancangan si Johan ni?!

IMG_9952

Johan pun berkata bahawa ini satu penipuan! Siti bersetuju dan kata bahawa sudah lama dia dah nak stop benda ni tapi takde orang dengar kata-kata dia. Saya terpaksa setuju dengan Siti!

IMG_9953

Farhana berjumpa Hakim untuk tanya apa yang berlaku. Farhana menyuruh Hakim memujuk Siti.

Ekcili Siti is selfish la hahahahais. Tapi kadang-kadang selfish dia munasabah.

IMG_9954

Johan berjumpa Fauzie mengenai kontrak kerja tu. Tapi Fauzie masih belum buat apa-apa keputusan la sebab kenek bincang dengan makbapak dulu. Hais nak bincang apa? Kau nak kahwin kan?! Muka Johan terus tertukar sebab mungkin rancangan dia tak akan menjadi? Hmm…

IMG_9955

Nampaknya Salmah semakin pulih. Dia dah ingat air kegemarannya serta suaminya. Tapi bila suaminya kata dia dulu tak ingat, dia macam tak percaya. Hmm…

IMG_9956

Si Johan ni ikut Hanafi sampai ke rumah??? Abeh ternampak tailong pukul Hanafi. Dia pun tolong la. Kata akan bayar hutang. Wah bagus. Tapi ada motif ni. Konsperm!!!

IMG_9957IMG_9958

Akhirnya, Aaliyah memberi surat letak jawatan kepada Fauzie. Aaliyah accept job offer kat Australia la begitu. Fauzie macam terkejut. Sampai bila dia nak kerja bawah kau, Fauzie? Cepat-cepat ambil dia sebagai isteri lah bodoh.

Dalam episod ini, penonton dapat lihat bahawa Johan sebenarnya merancang sesuatu kerana dia terlalu involved dalam kehidupan Farhana. Fauzie pula disepit oleh banyak cabaran yang menyebabkan beliau rasa serba salah serta stres. Siti pula… Well, who cares about her? Agak-agak apa yang akan Fauzie lakukan? Go je dengan perkahwinan atau dia nak tegakkan pendiriannya?


Episod 7

 

IMG_0186

Bapa Fauzie dan ibu Farhana berbincang hal kahwin bersama keluarga mereka. Hashim memberitahu rancangan mereka yang sebenar.

IMG_0187IMG_0188IMG_0190

ALHAMDULILLAH. Akhirnya ada juga orang tua yang berfikir secara waras dan logikal. Walaupun lakonan mereka kaku macam kayu.

Tapi diorang nak teruskan sebab dah “suka sama suka”

Ye lah tu. Kau cuba dudukkan Fauzie dan tanya kalau dia betul suka ke tak? Farhana tu suka siapa? Fauzie ke Farid. So korang jangan nak asal boleh. Nak musnahkan hidup orang lain semata-mata untuk tutupkan malu?

IMG_0192

Hakim berjumpa Siti untuk meminta maaf tapi ia hanya memudaratkan lagi keadaan.

IMG_0193

Siti ternampak Farhana di bawah dan Siti ingatkan bahawa Farhana yang menyuruh Hakim meminta maaf.

IMG_0197

Tiba-tiba Farhana teringat masa lampau. Gila.

IMG_0198

Farhana dan Hakim cuba menjelaskan perkara sebenar kepada Noor.

IMG_0199

Noor pun berjumpa Siti untuk memujuknya. Kesian Siti tidur satu korner tu eh?

IMG_0200

Noor memberitahu bahawa Farhana sebenarnya sudah banyak berkorban untuknya. Dia sepatutnya berterimakasih kepada Farhana. Farhana korbankan cita-citanya untuk menjadi cef agar Siti boleh mencapai cita-citanya.

IMG_0201

k.

IMG_0204

Siti pun ke tempat kerja Farhana untuk meminta maaf. Siti memberi cokelat dan ini menyebabkan Farhana untuk teringat masa lampau lagi. Dia kata macam Farid dah mati hahahahahahahaha joke.

IMG_0205

Siti ke gym untuk meminta maaf kepada Hakim kerana dia dah lama tak dapat.

IMG_0206

Mereka bertiga berjumpa kerana buntu.

IMG_0208IMG_0207

Apa yang susah sangat? Hmm… Apa eh? Entah la aku rasa sebab Fauzie terpaksa hidup dalam sebuah penipuan dan disebabkan itu dia tak boleh capai cita-cita dia dan kebagiaan dia sebab nak puaskan nafsu orang lain. Dan takde orang nak hiraukan perasaan dia langsung eh?

Apa yang susah sangat eh? Hmm… Bodoh punya bapak.

IMG_0209

Nak kahwin olok-olok pun kenek jemput ramai orang? Pelik. Setakat keluarga terdekat sudahlah, ngok.

IMG_0210

Kan, Fauzie tak datang. Kalau roh Farid datang baru tau! Pelik eh si Noor ni. Majlis nikah tak pakai tudong liberal dia.

IMG_0211

Fauzie amat nervous la duh dan rasa serba salah. BTW, saya suka poster yang kat pintu tu. Ada nama Farid dan Fauzie. Is it wujud Farid dan Fauzie irl?

IMG_0212

HAHAHA PUTERI TERBANGUN DARI TIDUR DAN TERUS MERUMITKAN HIDUP ORANG LAIN. Tersedak si Aaliyah kat belakang.

IMG_0213

Eh eh tersasul ke?

IMG_0214

Hakim bertanya kenapa Fauzie malakukan ini semua? Fauzie berkata ini semua untuk ibunya dan juga hajat arwah Farid. Tapi dia macam teragak-agak, so kirakan tak ikhlas la kan? Lagipun, arwah Farid tak suruh dia kahwin Farhana (secara eksplisit) pun. So ni semua disalah tafsir. Lagipun, kalau kau nak mak kau pulih, kau tak sepatutnya kahwin Farhana. Kau harus menegakkan kebenaran! Supaya mak kau sedar apa yang berlaku sebenarnya! 

IMG_0215

Fauzie mengeluh pasal Aaliyah yang akan ke Australia.

IMG_0216IMG_0217

Farhana mengingatkan Aaliyah bahawa dia seorang gadis yang cantik dan harus kejarkan Fauzie sebelum terlambat. Si Aaliyah pun kata memang dah terlambat dah. Eh si Aaliyah ni pergi orang kahwin pun pakai baju kotak-kotak? Pakailah baju kurung. Kan manis?

IMG_0218

Hakim meninggalkan Fauzie keseorangan untuk membeli air buat Fauzie. Pelik eh. Fauzie diiringi Hakim seorang. Padahal Hakim orang luar, takde saudara mara ke? Takkan satu orang je yang teman Fauzie?

IMG_0219

Kan. Farid ke Fauzie?! Bingung mak dia.

IMG_0221

OH NO FAUZIE HILANG.

IMG_0223

Akhirnya!!!!! Farhana sedar bahawa Fauzie sudah lama tidak hadir dalam kehidupannya. Dia tiba-tiba tanya akan kewujudan Fauzie. Aaliyah kata dia overseas lol

IMG_0224

Pantai.

IMG_0225

Setuju. Sepatutnya kau harus hentikan benda ni semua dari dulu lagi! Bukan sekarang!

IMG_0226

Ok, Siti. BTW, baju Siti dan Hakim lawa, secocok gitu.

IMG_0227IMG_0228

Makcik kepo nak mengumpat depan-depan eh? Taknak kalah.

IMG_0229

Hahaha beli kat Orchard Road sebelah mana? Lucky Plaza?

IMG_0230

Pelik. Dari Farhana kecil, takde lelaki dalam rumah Farhana ni. Macam mana Noor ada baju lelaki serta songkok dalam almarinya? Skandal ke?

IMG_0232

Dah start la tu asyik teringat benda lama.

IMG_0233

Sister talk pasal masa depan.

IMG_0234IMG_0235

Kesian mereka ni eh. Hais.

IMG_0236

Hakim terdengar kata-kata monolog Aaliyah. Hakim nampak macam tak sedap hati lihat mereka berdua terpaksa berpisah.

Pernikahan mereka majlis nikah je ke? Takde majlis sanding? Kolong blok kosong je. Ke buat kat hotel?

tokkadifarhana

Wow! Mereka book Tok Kadi Shahrul lah!

Kan best kalau Suria ada buat crossover drama-drama eh?

IMG_0240

Eh? Dia dijemput ke?

IMG_0241

zzzz kenapa baru sekarang dia teringat balik kisah lalu? Taknak dari dulu lagi?!

IMG_0242

Hmm.. Nasib baik Farhana duduk jauh, tak dengar. Tok Kadi Shahrul sempat memberi ceramah pendek. Pasal kejujuran dan dosa bohong. Tersedak Noor dan Hashim.

IMG_0243IMG_0244

Eh eh suara makcik-makcik berkicauan!

IMG_0245

Apa Johan buat ni?

IMG_0246

OH NO! Johan mainkan rakaman suara Siti yang menjelaskan keadaan sebenar! Wow, bagus eh ada stereo lagi boleh laungkan suara. Bukan tu je, Johan edit sampai macam ada echo dan pause at the right moments agar ada unsur saspens! Syabas.

IMG_0247

Farhana terkejut dan amat kecewa. Dia pekik nama Fauzie dan terus lari rumah. Dia macam salahkan Fauzie.

Padahal dalang kepada ini semua mak kau sak, dan juga bapa Fauzie. So… Kau rilek.

Yang kesian sekali adalah Salmah kerana dia mangsa dalam senyap Dan tiada orang hiraukan kewujudan dia. 😩😭

IMG_0248

Hhahahahahahah dia lari pakai selipar. “Piak piak piak”. Kelakar.

IMG_0249

Eh, si Johan macam dah kenal ni tailong je?

XGFC6962
Oh, jadi ni la rancangan Johan. Dia tolong Hanafi langsaikan hutang-hutang sebab ada sambal kicap disebalik mi. Patutlah rasa macam pedas aje.

Nak expose kebenaran dan malukan keluarga Farhana! Tapi buat apa? Apa yang dia dapat? Setakat puas hati?


 

Ok, secara terus terang, saya agak terkejut dengan plot twist drama ini. Tak sangka Johan akan mendedahkan rahsia keluarga Farhana secara terbuka. Ingatkan dia akan memberitahu kisah benar kepada Farhana secara peribadi. Dan saya pun tidak sangka bahawa Fauzie sanggup bernikah dengan Farhana. Dia seolah-olah tiada pendirian. Terlalu fikirkan orang lain tetapi tidak fikirkan diri sendiri. Keluarga Farhana dan Fauzie pun macam takde hal je? Takde orang yang memberontak dan menimbulkan isu ini. Semuanya macam singa jinak, ok je dengan racangan Noor dan Hashim. Jikalau Noor dan Hashim cuba memberitahu Farhana perkara sebenar secara perlahan-lahan, pasti Farhana dapat menerima hakikatnya bahawa Farid tiada lagi.

Tambahan, jika mereka betul-betul nikah, apa akan jadi? Bingung saya dibuatnya.

But whatever it is, biar saya ramalkan episod akhir.

Farhana lari abestu dilanggar sebuah kenderaan. Ingatannya pulih. Dia bebaskan Fauzie. Fauzie pun kejarkan Aaliyah di lapangan terbang. Mereka confess perasaan mereka. Fauzie berjanji akan bernikah Aaliyah setelah Aaliyah tamat kontrak di Australia. Farhana laporkan isu ini kepada polis, Noor dan Hashim ditangkap polis kerana berkomplot untuk menipu Farhana serta memudaratkan lagi keadaan dementia Salmah. Salmah masih ada dementia. Siti dan Hakim bernikah. Farhana berjumpa Johan untuk berterima kasih kerana mendedahkan perkara sebenar.

Saya kurang puas hati dengan gezek episod 8. Aaliyah pegang tiket SIA dan menangis teresak-esak. Tu je???

Ikuti saya di Twitter dan Fesbuk!

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Facebook)

 

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s