Salam sejahtera dan salam manja, wahai pembaca setiaku yang asyik menunggu blog post saya. Chey. Macam sekejap je eh dan episod/minggu ke-5!
Malam semalam, para penonton dikejutkan dengan keputusan para juri. Apakah kejutan tersebut? Bacalah blog post ni sampai habis!
Kali ini sudah kali ketiga Kumpulan A bertanding di atas pentas. Tentu sekali para juri dan penonton inginkan mutu yang lebih upz dan lakonan serta pengacaraan yang hampir sempurna! Mampukah para peserta Kumpulan A menambat hati penonton dan pengadil kita?
Shah Iskandar kelihatan kacak. Dan Huda Ali sungguh seksi dan menawan malam semalam.
Akhirnya, ada juga juri jemputan jantan ataupun JJJ. Izzat Yusoff diundang sebagai juri pada malam semalam.
Pertandingan minggu ini semakin mencabar. Para peserta diharuskan untuk mengacara secara langsung secara berpasangan (lagi). Kononnya mereka mengacarakan sebuah rancangan talkshow rekaan bertajuk “Pop Skrin”.
Pasangan pertama malam itu, Yamin Yusof dan Syafiqah Shahlan. Syafiqah nampak sungguh semula jadi dan selesa sebagai seorang pengacara. Beliau kelihatan seperti sudah biasa mengacarakan acara seperti ini. Mungkin pengalaman dari sekolah? Yamin pula masih mempunyai masalah dengan diksi dan artikulasi. Mulut tu bukak sikit lah bro. Dan saya rasa kurang selesa apabila tonton Yamin menunggu/memberi reaksi apabila Syafiqah berbual serta gerak geri badannya. Macam the reactions were planted. Walaupun Syafiqah ada tersasul atau tersalah cakap perkataan, beliau pandai get over it. Syabas kepada mereka berdua!
Sharon Ismail kelihatan lebih cantik berbanding minggu lepas kerana tidak lagi memakai turtleneck. Dipadankan dengan copper sulphate crystals di lehernya, sungguh anggun!
Beliau juga memesan Yamin tentang cara percakapannya! Syafiqah pula menerima komen positif.
Minggu ini, para peserta diberikan cabaran yang agak berat sekali! Di dalam sampul surat itu tersimpan watak yang mereka harus mainkan. Menarik sekali, watak-watak minggu ini semuanya dari filem klasik purba. Hairannya, apabila Huda Ali mengatakan “Klasik Purba”, dia katakan dalam cara pelakon 60-an. Jadi, saya agak bingung seketika.
Kelainan minggu ini sememangnya menimbulkan sedikit cabaran kepada para peserta kerana mereka harus berbual dengan cara yang berlainan dan harus menghayati watak dengan lebih mendalam. Lebih banyak homework dan kajian yang mereka patut lakukan supaya lakonan mereka nampak semula jadi dan berjaya.
Adakah lakonan klasik purba ini relevan? Saya rasa memang wajar kerana para peserta ditugaskan untuk membuat kajian dan mendalami watak dan sebagainya. Namun, kalau mereka ingin meneruskan kerjaya di TV… Hmmm?
Pasangan pertama bagi lakonan babak singkat, Shida Lestaluhu dan Nurul Nadia. Nadia memainkan watak Raden Mas (hahaha Bangsawan Raden Mas) manakala Shida pula menghidupkan watak Tengku Halijah. Baru mula, si Shida dah wasted ah sebab dia terhenti seketika apabila berkata “Takkan…Pokok bergoyang kalau tidak ada angin?!” Saya rasa sayang sekali sebab tu kan nak build up kemarahan dia so…
Saya agak hampa apabila Nadia jatuh dan membelakangkan penonton! Kan boleh jatuh ke depan, dapat tengok ekspresi muka yang sedih tu. Hais. Namun saya rasa aksi tolak menolak tu agak realistik, syabas!
Secara keseluruhan, saya rasa lakonan mereka amat bagus dan intens sekali. Cuma loghat mereka bukan loghat klasik purba ah saya rasa. Macam fusion Bahasa Melayu Baku bersama Indonesia. Hmm…
Ketua juri, Khairudin Samsudin mengingatkan peserta untuk lebihkan rehearsal kerana adegan klasik purba ni bukan sesuatu yang mudah untuk dimainkan.
Seterusnya, Kamarul Arifin dan Danish Ashraf. Saya berpendapat bahawa mereka berdua agak keterlaluan dari segi pergerakan tangan, terutama sekali Danish. Si Kamarul ni simpan air liur dalam mulut ke? Idky but I’m beginning to dislike Danish’s personality as a host ah. Tapi lebih lancar kalau dibandingkan dengan Kamarul so syabas.
Watak Dara diberikan kepada Syafiqah dan watak Aduka dimainkan oleh Yamin. Saya rasa Syafiqah berjaya menghidupkan watak Dara, sampai berlinangan airmata you! Penonton dapat lihat bahawa Syafiqah dapat mengasingkan kehebatan mengacara dan lakonan. Amat versatil! Lakonan Yamin bagus tetapi saya rasa banyak yang boleh dilakukan agar lebih oomph.
Dan my Polis Bahasa kicking in. Kededua watak mengatakan “menyintai” lol. Kata dasar “menyintai” adalah sinta. Sinta tu apa? It’s mencintai. GAWD.
Khairudin kata Syafiqah awesome siol. Saya rasa Syafiqah mempunyai potensi untuk ke peringkat akhir. There I said it!
Sigh. Baru start je ni dua dah tak synchronised! Saya agak kecewa. Dan seperti dikatakan Khairudin, terserlah bahawa Nadia agak nervous! Overall, ok la eh Shida dan Nadia. Cuma last part bila Shida tepuk tangan tapi Nadia tak tepuk… Awk hahaha. Please rancang betul-betul ye.
Pasangan terakhir! Kamarul memainkan watak Hang Tuah manakala Danish pula memainkan watak Hang Jebat. Saya berpendapat bahawa sketsa ini yang paling best sekali, amat meyakinkan. Dan akhirnya, terserlah kekuatan Kamarul! Saya amat terpegun melihat Kamarul memainkan watak Hang Jebat. Nampak natural, beliau berjaya menghidupkan watak tersebut. Mungkin kerana beliau seorang Encik di SCDF so dia selalu marah budak firefighters so senang la nak rasa marah haha. Danish yang selama sememangnya lebih bagus dari segi lakonan kelihatan inferior apabila digandingkan dengan Kamarul! Step up your game people! The contestants are beginning to be real!
Secara keseluruhan, saya rasa kesemua peserta dah ada peningkatan. Standards obviously dah naik dan mereka seolah-olah sudah mula keluar dari kepompong mereka! Alhamdulillah! Dan ini memberi amaran kepada Kumpulan B ya. Kalau Kumpulan B tetap laid back, seluruh Kumpulan B boleh keluar sua. So, saya harap minggu depan mutu akan lebih upz atau setaraf ye.
Dan sekali lagi, Sharon Ismail telah membuat sumbangan kepada word of the day!
FIZIKALITI
Mata saya terfokus kepada ayat di belakang ya!
Seni warisan adalah perjuangan
Bukannya alat untuk diperdagangkan
Kamilah anak warisan zaman
Memperjuangkan apa yang ditinggalkan
All the feels.
Ramalan saya untuk minggu ini… Agak sukar ya. Ini kerana setiap peserta dah up standard mereka dan persaingan semakin sengit! Kalau saya terpaksa memilih dua peserta, saya akan memilih Nadia kerana ia amat jelas bahawa prestasi beliau agak lemah berbanding yang lain. Peserta lelaki pula Danish kerana dia masih melekat kepada personalitinya sebagai seorang individu dan bukan watak yang diberi. Siapakah yang tersingkir malam semalam? Lihatlah video di bawah ini!
Kejutan minggu ini… TIADA PENYINGKIRAN! Akhirnya, pihak penerbit sedar bahawa para peserta harus dinilai bersama dan bukan secara berasingan. Markah para peserta akan disemak bersama dan keputusan akan diumumkan minggu hadapan. Mereka yang mempunyai markah terendah akan disingkirkan. Tapi, berapa ramai peserta akan pulang rumah? 2 atau 4?
Para peserta Kumpulan B nampak terkejut dengan “keputusan” malam itu. Mereka sedar bahawa mereka harus membuat persiapan dengan lebih gigih lagi kalau ingin tetap berada dalam pertandingan ini! Tak sabar saya nak tonton episod minggu hadapan!
Saya hairan. Si Shah Iskandar dengan Huda Ali asyik suruh tweet dengan menggunakan hashtag #AnugerahSkrinSuria tapi tak baca pun. Sebab I was spamming the hashtag hahahaha. So diorang taknak bagi saya free advertisement 😦 Ye lah, semalam I duduk rumah tengok cerita ni dan #FarhanaSuria so sempat buat sesi tweet secara langsung! Tunggu apa lagi? Ikuti saya di Twitter dan Fesbuk!
Jangan lupa untuk mengundi peserta kegemaran anda di Toggle!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] kita lihat sama ada Kumpulan B melakukan lebih baik berbanding Kumpulan A minggu lepas. Seperti biasa, saya mengharapkan Kumpulan B untuk melakukan lebih baik lagi kerana […]
LikeLike
[…] Shah Iskandar tetap mengatakan nama Danish Ashraf sebagai “Denish” hahahahah padahal mamat tu dah betulkan pada episod haritu. […]
LikeLike