Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku yang bijak menggunakan media sosial! Bukan macam watak-watak kepo dalam drama comel lagi mencuit hati, Kisah Tok Kadi.
Sudah berbuih mulut saya kata bahawa drama ini amatlah menghiburkan dan pada masa yang sama, ada saja pengajaran yang boleh kita raih daripada menonton drama ini. Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat apa yang berlaku dalam episod 4 ini!
Episod 4
… Tok Kadi nikahkan orang depan nasi ambeng? FYI, pasangan pengantin yang pakai baju kuning lemak tu. Dah tua berumur pun masih ada jodoh. Alhamdulillah. Jadi, episod ini, kita bakal melihat kisah cinta orang tua, bukan anak muda ya.
Hahaha. Semenjak video tolak motosikal tu, ramai orang yang bercakap pasal Siti dengan Ustaz Shahrul! Bila menjalani kursus pun ada orang nak mengumpat sebelah dia. Abeh si Siti eksyen marah konon. Padahal suka kan? Abeh dia terus angkat kaki. Bagus lattew.
Unsur kebetulan on point, dia terserempak Shahrul di luar bangunan tersebut. Dia pun berminta maaf. Shahrul pun berkata ini semua takde pape, standard lah orang post benda merepek kat media sosial. Menjemput fitnah dan penipuan.
Kes minggu ini, Mbak Yanti merupakan seorang janda dari Jogja. Beliau seorang usahawan yang mempunyai spa di Batam. Beliau bercerai kerana bekas suaminya lelaki curang. Beliau menyekolahkan anaknya di Singapura kerana hatinya dah terpikat kat pakcik Singapore la.
Wah wah wah. Humairah nak beli snood untuk memikat hati Shahrul ke..? Sebenarnya, dia sukarelawan di masjid so kenek pakai tutz ah. Sambil menyelam minum air la kan, sis?
Ini pula Daud dan rakannya. Daud ingin berkahwin dengan Mbak Yanti namun anaknya, Rosli, tidak membenarkannya bernikah lagi. Dia mengadu kepada rakannya.
Daud juga sedang mencuba hobi baru, dia meminta pertolongan daripada Siti untuk tunjuk ajar. Kenapa Siti ada di mana-mana?
Semasa Daud dan Siti sedang godeh-godeh kamera, Makcik Tumour ternampak mereka macam “mesra” semacam. Jadi, dia pun petik gambar dan sebarkan kepada rakan-rakan! Tak patut…
Makcik Tumour pun menunjukkan gambar kepada Rahmah dan sebarkan gosip liar! Padahal dia cemburu seh. Dia yang syokkan si Daud tu. Abeh sengaja nak bikin cerita? Merepek. That’s not how you win a man, sis.
Rahmah pun memberitahu bahawa wanita tadi merupakan jiran kampung dahulu. Dah ada group FB segala. Dengan cara itulah mereka mengeratkan silaturahim.
Oh yes, ‘Like” saya di Fesbuk.
Ibu Shahrul pun timbulkan isu video di lelaman internet yang viral. Video anak dia tolak motor haha. Rahmah memang tak berkenan dengan Siti kerana Siti agak ganas (sbb dia bawak motor???). Shahrul pula menjawab Siti sebenarnya ok je. Ciptaan Tuhan apa la, hmm. Boys will be boys.
Tak sangka Rahmah akan stereotaip wanita motor eh. Dia kan cikgu! So, dia sepatutnya lebih tahu tentang ini semua ah. Zzzz!
Bila si Shahrul kata nak jumpa Humairah, terus Rahmah tukar mood eh.
Berseronok?? Eh rude eh dia bilang anak dia sekali.
Eh eh manisnya. Humairah berjumpa Isa untuk ambil kasut boot untuk pinjamkan kat budak-budak masjid. Hmm… Sanggup pinjamkan boot eh?
Tapi tu boot Shahrul… Menyampah aku tengok.
Daud suruh kawan dia melamar??? Kenapa tak suruh anak dia je eh? Atau saudara mara?
Daud pun mengajak Shahrul untuk melamar bersama ibunya. Tapi ibunya taknak sebab bukan ahli keluarga, setakat rakan kat kampung dulu. Shahrul ni baik sangat la.
LOL. Mbak Yanti menerima lamaran tersebut. Dia tak bawak wakil pun. Independent woman katakan. Abeh tukar kain sebagai hadiah? Hahahaha.
Hahaha. Oh, Humairah kenal anak Mbak Yanti. Bagus la. Semua kenal satu sama lain.
Bodoh sak Makcik Tumour ni. Nak kasi orang pokok herba sebagai hadiah harijadi. Apa kau gila ke. Macam kau jinx dia jatuh sakit so dia akan guna pokok herba ni.
Alamak! Mbak Yanti ternampak mereka bersama dan terus memetik gambar. Taknak confront?
Mbak Yanti berjumpa wakil Daud untuk memberitahu bahawa dia ingin batalkan perkahwinan tersebut. Jangan bertindak terburu-buru Mbak! Shahrul, cepat azankan!!
Anak Daud takut bahawa duit bapaknya akan lesap. Sama macam kawan dia punya pakcik punya atok punya kawan, berkahwin dengan perempuan Batam dan duit semua habis.
Anaknya kecewa kerana bapanya menyuruh orang luar menguruskan majlis perkahwinannya. Daud pun satu, tak melibatkan ahli keluarga!
Anaknya tanya jika wanita dalam gambar yang tersebar luas itu bakal isteri bapanya. Tapi bukan! Tu Siti…
Isa dan Shahrul cuba untuk menaikkan balik semangat Daud agar memujuk Mbak Yanti. Daud tidak mahu kerana sudah beribu kali telefon dan hantar mesej. Shahrul dan Isa pun mencadangkan untuk video call.
…
Mbak Yanti pun mengeluh kepada Humairah.
Padahal dia tak kenal Humairah pun. Bagus eh bilang orang yang kau tak kenal isi hati kau.
Setelah mendengar penjelasan daripada Daud, Mbak Yanti pun memaafkannya dan menerima Daud balik.
Daud syiok-syiok video call sampai terjatuh dari kerusi hahaha.
Mereka semua di rumah Daud untuk berbincang pasal majlis Daud dan Mbak Yanti. Daud pun menjelaskan isu sebenar. Wanita dalam gambar yang tersebar luas itu bukan bakal isterinya, itu Siti, rakan kursusnya.
Siti rasa kecik hati, dia pun angkat kaki. Eh, Siti ni senang kecik hati dan angkat kaki eh? Perangai sak. Dia fikir dia siapa.
Makcik Tumour ternampak pokok herba di luar rumah Daud. Dia marah lah lol. Nak tau kenapa saya panggil dia Makcik Tumour? TEngok tu tudung dia, besaq kan??? Simpan jin kot…
ABEH SEDIH?? MEREPEK.
Eh eh ustaz ni nak ajak Siti dating ajak je la zzzzzzz.
uh oh uh oh uh oh oh no no
Hmm.. Setakat kenal macam tu abeh nak teman Mbak Yanti pergi rumah bakal suami…
Cemburu ke Humairah? Takpe, kau dah menang hati mak Shahrul.
Makcik Tumour salahkan Mbak Yanti atas kekecohan yang berlaku antara Daud dan Mbak Yanti. Si Daud pun katalah yang dia viralkan gambar dia dengan Siti boleh? So dua-dua sama saja.
Pernikahan tetap akan langsung ya.
Anaknya bertanya jika pernikahan akan dilakukan di Singapura atau Jogja. Daud nak tengah-tengah laut…? Macam-macam.
Di sini kita lihat bahawa orang-orang lelaki dan wanita dipisahkan kerana kehadiran seorang ustaz di situ.
Boat apa? Sampan? Berapa orang maximum sebelum karam?
EH EH DAUD TERUS PENGSAN? Sama macam episod lepas, pengantin lelaki pengsan?? Zzzz….
Hahaha Makcik Tumour nak bagi air kepada Daud tapi sedar bahawa bakal isteri ada dekat situ. So, dia pass Air Anugerah kat Mbak Yanti.
Oh… Daud pengsan sebab ini masa untuk Product Placement.
Can’t believe Suria has stooped so low for such things.
Ceramah minggu ini: salah faham, hormat antara satu sama lain, komunikasi dll
Ini pun berkaitan dengan media sosial!
Hahaha Shahrul seasick la.
Eh make up si Mbak Yanti ni ada seaweed?? Buruk sak. I’ve seen better ones.
Hahahaha Rahmah tanak pandang Shahrul dengan Siti pun. Jijik la kan?
Eh eh Shahrul, ternampak apa tu?
Oh Humairah ada di atas rupanya. Dia bertanya Isa jika dia ternampak tergedik-gedik depan ustaz tak? Hahaha tak lah, sopan je.
SI SITI TU TERGEDIK-GEDIK! MENYAMPAH.
Isa cuba memberi pendapat kepada Humairah tetapi Isa sendiri tidak memahami perangai ustaz apabila topik cinta merupakan topik utama…
Saya hairan tengok si Shahrul ni. Diaa setiap minggu ceramah pasal rumahtangga tapi diri dia takde matair pun. Ingatkan sebagai ustaz, pendirian dia akan lebih kukuh, tapi sama juga. Bila ternampak betina, iman tergugat dan otak keliru. Jantan katakan!
Bukan itu sahaja, saya tengok Shahrul ni banyak masa eh sebagai seorang Tok Kadi? Selalunya, Tok Kadi akan datang, nikahkan pasangan pengantin dan terus belah. Dalam episod ini, beliau sempat makan nasi ambeng dan bergambar/menggatal. Hmm… Dia femes tapi takde booking ke?
Si Siti ni kenapa eh? Dia suka ustaz Shahrul kan? Tapi bila orang cakap dia matair ustaz abeh marah ah? Habistu cepat marah pulak tu… Dalam satu episod je dah dua kali dia angkat kaki. Kenapa saya benci watak bernama Siti eh? Drama Farhana pun sama juga. Watak Siti menjengkelkan!
Humairah pula malu-malu? Cepatlah, kau dah ada added advantage tau? Mak Ustaz sukakan kau so kau go je!
Anda #TeamSiti atau #TeamHumairah?
Selain itu, saya tengok setiap episod semua watak macam kenali satu sama lain je. Kecik sangat ke Singapore ni?
Setelah lama bertunggu, kita dapat lihat kekecohan pihak pengantin lelaki! Malangnya, masalah yang timbul semua berpunca daripada wanita hahaha. Adakah drama ini berbaur seksis?
Saya agak tak suka dengan jalan cerita kali ini. Namun, saya suka dengan pengajaran yang penonton perolehi! Kita pelajari bahawa kita harus menggunakan wadah media sosial dengan bijak dan bertanggungjawab. Jangan hanya petik gambar dan muat naik kepada lelaman sesawang sebelum selidik perkara sebenar. Ini boleh menimbulkan fitnah dan konflik antara dua pihak. Tambahan, saya bingung. Kenapa kini ramai orang suka ambil gambar sesuatu dan muat naik gambar tersebut dengan kapsyen yang seolah-olah mereka tidak boleh buat apa-apa.
Kalau boleh amek gambar, takkan tak boleh pergi ke orang tersebut dan selesaikan masalah secara direct? Contoh, seorang yang kurang puas hati dengan burger McDonald’s memetik gambar dan mengadu di fb tentang burger yang takde sos. Tapi tidak bilang pekerja di McD bahawa takde sos. Hairan.
Sebagai pengguna media sosial, kita harus berhati-hati apabila bercakap. Ini kerana kata-kata kita boleh ditafsirkan secara negatif atau dianggap kurang sesuai oleh sesetengah orang. Pada masa yang sama, anda juga mempunyai hak untuk berbebas untuk berkata apa-apa. Jadi, pandai-pandai awak la eh tangani masalah awak. Macam saya, saya kata blog ni merepek dan bukan untuk orang warak. Oh yes, ikuti saya di Twitter!
Akhir sekali, jangan beli Air Anugerah. Air paip lagi murah.
Dalam episod hadapan, kita bakal mengenali dengan watak Nurul Nabila! Tak sabar!
Peliknya, sinopsis yang ditulis di lelaman Toggle salah!
Shahrul gets a letter asking him to pullout from his next solemnization. It involves and elderly couple. The anonymous letter explains that the foreign bride to be is too young for the elderly groom. Will Shahrul agree to solemnize the couple?
Hmmm… Letter apa? Pullout apa?
Kepada anda yang tidak tahu, saya sudah mula menulis fanfiction!
Kenapa gambar latar belakang Fifty Shades of Grey? Sebab buku tu kan fanfiction Twilight. So, saya nak fanfiction saya sehebat #50SOG. Klik di sini untuk membaca fanfiction pertama saya!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
Siti marah apabila orang cakap pasal dia dengan ustaz Sharul…….tapi bila jumpa ustaz dia cakap nasib baik back shot……bukan front shot……wow social media sekarang back shot orang dah boleh kenal……lagi satu ada watak kawan Daud tapi tak ada nama…….
LikeLike
Kenapa dengan watak kawan Daud tu? Dan kenapa banyak tanda noktah? …………
LikeLike
Kawan Daud tu tidak ada nama anyway ada talking part and not to mention singing….
LikeLike
Jadi..?
LikeLike
[…] ustaz kata cuma James Bond merisik. Abeh dalam episod 4 dia “melamar” orang Indonesia […]
LikeLike