Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Nampaknya, hasrat untuk terus memberi pengiktirafan kepada penyanyi tanah air hanya akan terus menjadi hasrat saja. Ini kerana, majlis gilang-gemilang Anugerah Planet Muzik mungkin tiada tahun ini, dan dihentikan mulai tahun ini..?
Diadakan kali pertama pada 2001, APM memberi penghargaan dan pengiktirafan bukan hanya kepada penyanyi setempat tapi penggiat muzik serantau dari negara jiran, Malaysia, Indonesia dan Brunei.
Semenjak itu, APM diadakan setiap tahun dari 2001 hinggalah 2018, kecuali 2010 (jika tidak salah dan iirc, atas sebab kewangan). Adakah sebab mengapa ia tidak akan diadakan lagi sebab wang juga? Atau kerana Mediacorp tak cukup kakitangan sebab KC pun baru berhenti kerja? Hmm…
Alangkah kasihannya kerana tiada lagi acara yang menyambut karya dan seni setempat!
Dah lah AnugerahHitz.Sg pun setakat je, dah dihentikan. APM pun ikut serta?
Tekaan kami bahawa Ayda Jebat akan membuat persembahan Temberang di APM 2019 tidak akan menjadi kenyataan, ya? Oh tidak! No streak…
APM yang turut diadakan di Malaysia (2003 & 2008) dan Indonesia (2009) juga memberi penghargaan kepada pemuzik yang bukan dari rantau ini, seperti Maher Zain.
Secara terus terang, anugerah paling bodoh dalam rancangan ini. Kenapa beri perhatian kepada artis bukan Nusantara?
Tapi takpelah, ada juga penghargaan kepada artis Nusantara yang telah menjelajah satu dunia, cocok dengan nama rancangan ini Anugerah Planet Muzik.
Tidak boleh dinafikan ada beberapa isu dan ketidakpuashatian yang timbul semasa APM! Artis yang sama je buat persembahan, pengacara yang try too hard untuk jadi kelakar dan macam-macam lagi.
But oh wells!
Walaupun APM telah dihentikan, ramai peminat yang menanti-nantikan APM 2019 dan memberi komen di Instagram mereka!
Bahkan, ada yang menanyakan pencalonan APM 2019 serta memberi saranan!
Kalau dalam this period tahun lepas, dapat rasa kehangatan APM, tapi tahun ni senyap. Tu pasal lah ramai orang tertanya-tanya…
Hais, apa nak buat? Jadi kalau takde APM, macam mana nak beri wadah artis tempatan untuk tembusi pasaran serantau? Sia-sia je Gegar Vaganza SG Mania 2019!
Mungkin satu hari nanti APM atau rancangan seakan APM akan muncul untuk memberi pengiktirafan kepada karya setempat yang semakin maju!
Impian kami untuk melihat Agnes Monica atau Agnezmo untuk mendapat Anugerah Rentas Planet tidak tercapai…
Semoga artis tempatan terus berjuang dan menempah nama di rantau ini.
Dirgahayu Melayu!
– Pengkritik Sandiwara
[…] hilang pada 2019, ramai membuat spekulasi bahawa Anugerah Planet Muzik (APM) telah dibubarkan. Antara faktor […]
LikeLike