Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pelbagai acara menarik yang seharusnya berlangsung bagi menghiburkan masyarakat Melayu kita, namun apakan daya, Covid-19 melanda.
Jadi, apakah antara konsert atau acara yang sepatutnya merancakkan lagi hiburan Melayu setempat?
Stereofest
Pesta muzik hujung minggu yang sepatutnya membuat kemunculan pada bulan Februari lepas terpaksa ditunda. Lebih kurang dua minggu daripada acara kemuncak ini, para penganjur Stereofest dengan dukacita membuat pengumuman bahawa mereka harus tunda acara ini.
Pesta muzik yang merangkumi artis-artis setempat serta dari rantau ini (Malaysia dan Indonesia) seharusnya mengembalikan zaman gemilang muzik Melayu di mana konsert sering diadakan di Sentosa, tempat di mana Stereofest ditempatkan.
Bukan itu saja, terdapat pesta makanan ala-ala CelebFest yang diadakan di samping konsert dua hari ini.
Tambahan pula, pemenang Stereosearch, sebuah rancangan cari bakat oleh the same company, sepatutnya membuat DEBUTnya di acara Coachella Singapura ini!
Terpaksalah Rahmat Damansari tunggu lagi ye… Antara nama-nama besar yang patut membuat persembahan adalah Noah, Ayda Jebat, New Boyz, Elizabeth Tan, Andi Bernadee, Rahila Rashun, Judika dan ramai lagi.
Kami kurang pasti sama ada acara fizikal Stereofest akan berlangsung tahun depan atau acara virtual akan gantikan konsert fizikal.
Anugerah Planet Muzik
Setelah hilang pada 2019, ramai membuat spekulasi bahawa Anugerah Planet Muzik (APM) telah dibubarkan. Antara faktor utamanya ialah… bajet ler (menurut makcik bawang).
Namun begitu, pada Oktober tahun lepas, akaun Instagram rancangan yang mengiktiraf industri nyanyian serantau ini tiber aktif!
Dalam video teaser ini, akaun tersebut menulis bahawa APM akan kembali pada 2020. Dah hampir 300+ hari kami menunggu, sampai sekarang takde berita.
Yang penting, warganet Indonesia gigih beri komen untuk kembalikan rancangan berprestij ini. Ada yang ingin rancangan ini dikendalikan secara virtual.
Memang betul kata mereka, kalau negara lain boleh adakan rancangan anugerah menerusi wadah dalam talian, rentas negara, kenapa APM tak boleh?
Kita tunggu je lah 2021 nanti.
OKLETSGO
Rancangan podcast tersohor setempat sepatutnya mengadakan acara konsert (?) mereka di The Star Theatre tapi tak menjadi.
Sebagai ganti, trio ini akan bertemu dengan peminat mereka di Facebook LIVE pada 26 Disember ini.
Wabak Covid-19 telah menukar segala perancangan kita, dan seharusnya, kita sesuaikan diri dan jayakan rancangan yang ingin kita kendalikan. Bukan lupakan serta-merta saja, kan?
Agak-agak Pesta Perdana 2021 akan dianjurkan macam mana eh?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram Anugerah Planet Muzik & StereofestSG)
[…] APM pun dah kenek cancelledt! […]
LikeLike