Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pesta muzik serantau yang dinanti-nantikan ramai, STEREOFEST telah pun ditunda dek Novel Koronavirus yang melanda pulau ini.
Itulah yang dikatakan pihak penganjur di Instagramnya beberapa minit yang lalu.
Penangguhan itu dilakukan untuk keselamatan pengunjung, sukarelawan dan artis-artis yang akan membuat persembahan.
Para pembeli tiket akan menerima e-mel mengenai penangguhan ini.
Konsert Stereofest yang menampilkan beberapa artis rantauan seperti Noah, Elizabeth Tan, Andi Bernadee dan penyanyi setempat seperti ANBS sepatutnya berlangsung pada minggu hadapan, 22 dan 23 Febuari. Belum diketahui bilakah konsert gah ini akan berlangsung.
Menurut artikel Berita Harian, Stereofest mungkin ditangguh kepada suku ketiga tahun ini, antara Julai dan September.
Di Instagram Stereofest, ada netizens yang kecewa dan ada juga yang bersyukur kerana pesta muzik ini ditangguh.

Pengguna @biophysicalchemistry bertanyakan apa yang akan terjadi kepada penonton dari luar negara yang telah membeli tiket penerbangan dan penginapan. Sementara @f.ifa ingin tahu sama ada barisan artis akan tetap sama atau tidak.
Hmm… agak-agak artis semua sama ke tak eh?
Kesian pulak yang mereka dah beli flight semua. Haix.
Kalau dah amek cuti tu… rilek je lah. Ambil peluang ini untuk bersama keluarga dan tersayang di rumah!
Bahkan, Stereofest bukanlah satu-satunya acara yang ditangguh.
Pementasan Checkpoint Theatre, The Nuclear Family juga menghadapi nasib yang sama.
Ia akan dipentaskan tahun hadapan pada bulan Mac kelak.
Terdapat juga beberapa acara yang masih dijalankan seperti biasa tetapi langkah-langkah pencegahan diambil. Seperti mengambil suhu badan sebelum memasuki panggung.
Syarikat Pangdemonium yang bakal mementaskan The Son akan bekerjasama dengan pengurusan Drama Centre untuk memastikan keselamatan kru dan penonton.
Dalam masa genting ini, sama-samalah kita bertindak dengan penuh tanggungjawab. Jaga kebersihan anda sentiasa dan pakailah pelitup muka sekiranya rasa kurang sihat. Ataupun, duduk saja di rumah apabila sakit. Sebab kalau takde wabak pun memang harus duduk rumah je kalau sakit.
InsyaAllah kita akan dapat harungi cabaran ini bersama-sama!
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!
[…] lepas terpaksa ditunda. Lebih kurang dua minggu daripada acara kemuncak ini, para penganjur Stereofest dengan dukacita membuat pengumuman bahawa mereka harus tunda acara […]
LikeLike