Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Baba Papa The Series.
Telemovie Hari Bapa yang memang perlukan drama bersirinya yang tersendiri! Ini kerana, setelah tamatnya telemovie khas yang disiarkan 2 tahun lalu, ramai penonton yang tertanya-tanya, bagaimanakah kehidupan keluarga mereka sekarang?
Semuanya mungkin terjawab dengan drama bersiri ini yang dibintangi Huda Ramdzan, Junaidi Sali, Era Farida dan Zaidi Ibrahim.
Kalau korang ingat cerita ni, pasangan ayah dan ibu (Latif & Liana) serta anak dan menantunya (Lutfi dan Izzaty) menimang cahaya mata pada masa yang sama! So sekarang drama Baba Papa nak kongsilah pengalaman mereka membesarkan anak mereka.
Tapi… drama ni pelik teramat sangat!
Baru episod pertama, dah ada banyak flashback yang memainkan semula babak-babak yang berlaku pada awal episod pertama. Kenapa eh? Takkan penonton dah lupa!
Apabila Latif dan Lutfi berbual di halaman rumah, lampu colok dinyalakan. Hmm… raya ke?
Dan kenapa istilah “pay attention” yang ditutur oleh Lutfi/Boy semasa berbual tengang kursus bayi harus diquotationskan? Pelik sangat.
Bukan itu saja, semasa kursus bayi, si tukang kursus tutur dalam Bahasa Baku!
Tapi… bila Aaron Aziz dah habis berbual, dia berbual loghat Johor-Riau pulak. Aneh betul. Lepastu, pada hari lain, dia mula dengan Bahasa Baku. Where is the consistency?????
Apa yang menarik tentang drama bersiri ini… kewujudan Rugayah (Zaleha Hamid) aka ibu mertua Liana! Bagaimanakah perhubungan di keluarga itu akan berubah di bawah satu bumbung?
Mungkinkah terdapat pertelingkahan antara 3 generasi mertua/menantu?
Ia bermula sebagai telemovie Hari Bapa tapi rupa-rupanya, watak wanita yang berkuasa!
Secara terus terang, tiada faktor yang menarik saya menonton drama ini. Walaupun sepuluh episod sudah berada di Toggle/MeWATCH, sis tak akan binge sebab cerita ni slow gila.
Bagus eh Suria? Setiap hari ada drama baru gitu. Forensik, Tekan Minyak 2, Kapel Kosmo dan Baba Papa.
Wow, wawasan 2020 ke? Jangan Januari je hot, nanti dah tak hot…
– Pengkritik Sandiwara