Kapel Kosmo: Epidos 1

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Beberapa minggu yang lalu, diumumkan di rancangan Manja bahawa Suria akan bawakan drama berjudul Couple Cosmo yang menonjolkan pasangan ikonik daripada drama-drama Suria.

Maklumlah, kan diorang nak sambut ulang tahun yang ke-20, jadi mereka bawak balik watak-watak yang telah memberi kesan kepada industri TV tanahair!

So kirakan… macam ada cross-over effect lah kononnya dalam drama Hollywood gitu, ala-ala Crisis of Infinite Earth. Cuma… Ini bukan cross-over kot tapi drama yang menampilkan pasangan terkemuka di Suria!

Antara pasangan yang menjadi watak tetap dalam drama ini… Happy & Fifi (Tammie Chew dan Shahril Wahid) dari Menantu International, Remy & Ruby (Suzairhe Sumari dan Nina Halim) dari Anak Metropolitan dan Marzuki & Sofea (Jasmani Basri dan Rahimah Rahim) dari Atas Heights.

Ini bermakna, ada 6 orang watak penting dalam satu drama, jadi bagaimana drama ini menonjolkan kesemua 3 pasangan ini secara sama rata, eh?

Kehidupan ketiga-tiga pasangan ini bertembung somehow tapi sama ada masalah setiap watak akan memberi kesan sesama watak belum pasti lagi.

Tak terlupa watak Tipez dari Aduh Bibikku! yang dimainkan oleh Atyy Malek.


Lakonannya mantap banget! A true talent.

Dalam episod pertama saja, drama Couple Cosmo juga membawa balik pasangan dikegemari ramai dari drama 2×5 Dol! Alah, yang manje dan gedik tu! Haizad Imran dan Norfasarie aka Hairi & Jun!

Siapa lagi pasangan meletop Suria yang akan drama ini tampilkan untuk mengimbau drama-drama popular Suria?

Namun, persoalannya… Mampukah drama ini memberi kesan yang setimpal dengan drama-drama ikonik Suria?

Adakah dengan menyatukan watak-watak ikonik dalam satu drama merupakan formula baru untuk membuat sesebuah drama itu ratings tinggi?

Adakah penonton akan tertarik untuk menonton drama yang penuh dengan watak-watak ikonik semata-mata? Atau penonton sukakan menonton drama yang telah hit kerana inti drama yang menarik, yang membuat watak-watak itu dikegemari ramai?

Mungkin dengan meletakkan watak-watak ini di dalam satu cerita yang lain, dinamik watak itu akan berubah? Dan secara tidak langsung membuat drama ini terlalu berkecelaru? Ini kerana terlalu banyak strong characters dan setiap watak mempunyai masalah masing-masing! Too many!

Apakah pendapat anda? Dapatkah drama ini mencapai ratings merecikz seperti drama-drama asal mereka? Atau ia too much flavour?

Yang penting, Suria selalu ketandusan idea apabila it comes to title!

Couple Cosmo? World tau nak letak Cosmo!!! URGH. Acah-acah DC lah kan? Watak-watak dari ‘dunia’ berbeza bertembung dalam satu drama.

Abeh tajuknya semua English? Mampuslah Bahasa Melayu Singapura… Ada hati nak kupas isu pengunaan Melayu dalam masyarakat tapi media sendiri pun tak guna 100%. Pui.

– Pengkritik Sandiwara

Bacalah lagi!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s