Kupasan Pementasan: The Importance of Being Earnest oleh W!LD RICE

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Wabak koronavirus tidak menghambat hati peminat teater untuk menonton pementasan terkini W!LD RICE, iaitu THE IMPORTANCE OF BEING EARNEST yang baru dibuka minggu lalu!

Bahkan, panggung di Funan itu hampir penuh dengan penonton yang memberi tepukan gemuruh kepada pelakon yang menjayakan karya Oscar Wilde itu.

Apakan tidak? Kesemua yang terlibat, termasuk para pemain biola dan cello Concordia Quartet, mampu memikat hati penonton!

Melihat all-male cast dalam kisah klasik cinta-cintun ini amatlah segar sekali. Sememangnya menarik melihat Ivan Heng, Hossan Leong, Chua Enlai dan Gavin Yap yang masing-masing memainkan watak perempuan TANPA memperagakan diri mereka sebagai seorang wanita. Itulah tafsiran pengarahnya, Glen Goei.

Sebagai tribute kepada kebijaksanaan Wilde, tercetusnya idea untuk menggunakan pelakon lelaki untuk menghidupkan watak wanita.

Memang tidak boleh dinafikan bahawa lakonan barisan pelakon amatlah mantap dan jalan cerita ini mencuit hati! Apatah lagi apabila terdedahnya plot twist di akhir cerita ini, sungguh mengejutkan sekali!

Apa yang saya suka tentang persembahan The Importance of Being Earnest adalah betapa kemas dan simple sekali pementasan ini. Jika dibandingkan dengan persembahan oleh W!LD RICE yang lain yang selalunya penuh gah dan props yang merecikz, kali ini, semuanya biasa-biasa saja!

Walaupun begitu, kesan pementasan ini tetap mendalam dan kerelevanannya tetap terasa!

Selain terhibur dengan lakonan yang hebat, penonton juga dapat menikmati gesekan biola yang teramat merdu dan mendayu-dayu seolah-olah berada di awang-awangan! Tak ke gitu, uolls?

Busana yang diperagakan oleh mereka juga agak memukau! Dan terdapat sedikit kelainan antara watak lelaki dan watak wanita, tapi sedikit saja.

Dan, individu yang benar-benar harus dipuji ialah, pengasas dan pengarah artistik, Ivan Heng.

Menurutnya, beliau telah cederakan kakinya sehari sebelumnya namun itu tidak menghambat dirinya untuk teruskan persembahan! Walaupun berkerusi roda, beliau teruskan berlakon.

Sejujurnya, beliau seorang penghibur yang komited, berwibawa dan berbakat sekali. Keadaannya tidak sesekali pun menjejas lakonannya. Kalau apa pun, berada dalam kerusi roda membuat lakonannya sebagai Lady Bracknell lebih meyakinkan!

Secara keseluruhan, The Importance of Being Earnest amat menghiburkan, mencuit hati dan lain daripada yang lain. Isu-isu yang dikupas masih dibicarakan sehingga sekarang. Ye lah, kalau cakap pasal kahwin je, pasti ada orang tua di luar sana yang bantah. Atau ada anak muda tu kata tunang dah tak perlu lagi… kan?

Persembahan ini akan berlangsung sehingga 8 Mac! Dapatkan tiket anda sekarang!

Bak kata Ivan Heng, selagi ada yang ingin menonton, selagi itulah mereka akan teruskan persembahan mereka!

Semoga beliau cepat sembuh!

4/5 ⭐

– Pengkritik Sandiwara

P.S.

Mungkin ramai yang risau kerana dengan keadaan yang telah mencecah JINGGA, ramai yang teragak-agak nak keluar rumah. Tapi usah bimbang, suhu badan para penonton akan diperiksa sebelum ke dalam panggung Ngee Ann Kongsi! Malah, syarikat pementasan yang lain juga lakukan sebegini.

Jangan lupa untuk jaga kebersihan diri! Itu juga penting ya. Tapi kalau anda rasa betul-betul sakit jangan lah keluar. Tak kisah ada wabak ke tak kalau sakit duduk rumah lah kan?

Bacalah lagi!

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s