WILD@Home On Demand

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Terlepas menonton pementasan WILD RICE yang ditayang secara percuma tempoh hari, atau terlambat nak beli tiket? Kini anda boleh saksikannya di wadah digital!

Sempena sekolah cuti Julai ini, WILD RICE akan tayangkan Mama White Snake dan Monkey Goes West dari 20 hingga 26 Julai di saluran YouTube mereka.

.
Monkey Goes West

Untuk menemani si cilik dan memperkayakan pengalaman menonton muzikal ini, terdapat juga ‘Buku Lembaran Kerja‘ atau activity book yang boleh mereka lakukan sambil menonton muzikal ini pada cuti Julai nanti.

Bolehlah korang melakukan aktiviti ini bersama anak-anak di rumah!


Selain itu, syarikat teater ini juga mengumumkan perancangannya untuk melancarkan WILD@Home On Demand, sebuah program baru yang akan membawakan antara teatter terbaik kepada penonton semasa pandemik wabak Covid-19 ini.

Dengan daya usaha ini, para penonton dapat menikmati penerbitan WILD RICE secara on demand dengan sumbangan yang kecil. Setiap tempoh penyewaan digital selama 48 jam berharga US$10.

.
Merdeka / 獨立 / சுதந்திரம்

Setiap sumbangan akan disalurkan kepada WILD RICE untuk memastikan kelangsungan syarikat ini serta melindungi kehidupan artis dan pekerja mereka.

Pada 30 Julai hingga 10 Ogos, orang ramai boleh menonton Merdeka / 獨立 / சுதந்திரம், karya Alfian Sa’at dan Neo Hai Bin, secara on demand.

Pada 20 hingga 30 Ogos pula, karya Oscar Wilde, The Importance of Being Earnest boleh ditonton secara on demand.

.
The Importance of Being Earnest


Pementasan ini akan ditayangkan di saluran Vimeo mereka.

Jadi… kalau korang antara yang mengadu tak dapat tengok atas alasan tak sempat beli tiket… dah takde sebab untuk tidak menonton tau!


Dalam masa-masa tidak menentu ini, WILD RICE terus bertekad untuk membawa artis dan penonton bersama menerusi pengalaman teater.

“Sekiranya karya kami telah membawakan kegembiraan semenjak mulanya pandemik, kami harap anda akan pertimbangkan menderma kepada WILD RICE atau organisasi seni yang lain di Singapura,” kata Ivan Heng, pengasas syarikat ini. Jika anda berminat untuk menderma, anda boleh lakukanya di lelaman mereka: http://wildrice.com.sg/donate.

Ayuh sokong seni tanah air!

Pengkritik Sandiwara

(Gambar-gambar oleh WILD RICE)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s