Monyet Ke Barat (Monkey Goes West)

Salam sejahtera, para pembacaku! Kenapa? Terperanjat melihat dewa-dewa Cina? Takut terpengaruh dengan agama lain setelah membaca pos ini? Lemah sangat ke iman awak? Jangan merepek, pada zaman dulu, mak bapak kita pun suka menonton wayang cina di estet perumahan dan saya pasti anda pun suka menonton drama-drama Cecine yang pasal dewa-dewa/tuhan-tuhan mereka kan? So, jangan nak step “meruntuhkan iman”. Kalau takut iman tergugat then masalah sebenarnya adalah diri kau.

Pada malam semalam (19 Nov) saya telah dijemput untuk menyaksikan pantomime tahunan W!LD RICE yang bertajuk Monkey Goes West di Drama Centre Theatre. Ia merupakan adaptasi kisah klasik Journey to the West yang diberi sentuhan tempatan. Diarah oleh Sebastian Tan aka Broadway Beng dan ditulis oleh Alfian Sa’at, pementasan yang telah memenangi beberapa anugerah ini kembali untuk kali kedua!

monkey-goes-west-by-wld-rice-2016-with-masthead

Photo courtesy of W!ld Rice

Apabila mulanya pementasan ini, saya terpukau melihat setnya yang begitu gah dan teliti. Seolah-olah penonton dibawa ke atas awan! Mata saya seperti terus terpaut melihat watak Guan Yin Ma yang dimainkan oleh Siti Khalijah. Ini kerana wataknya yang paling menonjol pada saya. Hanya Guan Yin Ma yang memakai kostum warna putih manakala yang lain semua warna seakan keemasan. Di babak itu, watak Sun Wukong yang dimainkan oleh Sugie Phua, dikenakan hukuman akibat kekecohan yang dilakukannya. Beliau “dipenjarakan” di bawah gunung selama 5 abad!

Setelah itu, penonton diajak kembali ke masa kini di mana watak utama, Ah Tang yang dimainkan oleh Joshua Lim, memperkenalkan dirinya.

when I first saw the background for this scene I knew it was Jurong West and I was right I am so proud of myself I know my hood so well

Ah Tang merupakan seorang anak yatim yang tinggal bersama pakcik, makcik serta sepupunya. Ah Tan berpendapat bahawa dia tidak sehebat sepupunya, Xiao Hong (Kimberly Chan) dan rasa bahawa Aunti Fanny (Chua Enlai) dan Uncle Moo (Darius Tan) selalu tidak pedulikannya. Ah Tang pun macam merajuk ah dan membawa diri ke Haw Par Villa (HPV) untuk lepaskan rindu terhadap ibunya.

Ok, di sini saya ada keliru sedikit. Cerita ini berlaku pada zaman…? Saya rasa 80/90an la eh. Ini kerana Ah Tang dan ibunya suka ke HPV untuk beriadah. Siapa pergi HPV untuk riadah pada zaman sekarang? Dulu ye la HPV dan kebun bunga. Lagipun, rumah Uncle Moo memberikan vibes 90an ala-ala Under One Roof gitew. Tetapi kenapa jiran mereka, seorang makcik memakai tudung mengikuti tren fesyen zaman sekarang? Tambahan, Ah Tang berkata dia budak menengah 3 tetapi tidak mengenakan seluar panjang. (I know this is minor ah tapi consistency is key) (huh????) mungkin zaman dulu takde seluar panjang? Idk.

Pengembaraan Ah Tang bermula apabila dia terlelap di HPV. Apabila dia tersedar, dia terperangkap di dalam HPV kerana pagar HPV sudah ditutup. Dia membuat keputusan untuk bermalaman di HPV (setelah dinasihati para penonton) dan di situlah di mana Ah Tang berjumpa Wukong. Ah Tang menyelamatkan Wukong daripada seksaannya berada di bawah “gunung”. Untuk membalas jasa, Wukong menjadi “murid” (disciple) Ah Tang. Ini membingungkan Ah Tang namun Ah Tang #goje sebab si monyet ni nak ke barat dan Ah Tang pun nak ke Jurong West. Tambahan, Wukong boleh melindungi Ah Tang daripada raksasa-raksasa yang cuba mendekati Ah Tang. Ini kerana daging Ah Tang mempunyai kuasa keabadian (immortality)!

Dalam perjalanan mereka ke barat untuk mencari kitab-kitab suci, mereka diharungi pelbagai cabaran dan pada masa yang sama, menjalin persahabatan dengan 2 lagi watak. Watak Pigsy (Frances Lee) dan Sandy (Siti K).

Monkey Goes West 2014 pic 7.png

Photo courtesy of W!ld Rice

Saya rasa highlight of the show adalah kanak-kanak yang comel lagi berbakat ini!!! Sungguh seronok melihat mereka menari dan melakukan aksi-aksi lompat ala-ala martial arts! Macam nak culik dan kisar pipi mereka.

Ah Tang, Wukong, Pigsy dan Sandy bersama-sama memulakan perjalanan mereka ke barat dengan pertolongan para penonton. Saya amat suka sekali di mana para penonton juga diajak bersama melibatkan diri dalam pementasan ini. Ini mengingatkan saya mengenai pementasan tahun lepas, The Emperor’s New Clothes.

Mereka berempat terpaksa berdepan dengan Red Boy (Kimberly Chan), Princess Iron Fan (Chua Enlai) dan King Bull (Darius Tan) apabila ingin merentasi gunung yang sedang membakar (I wanted to say gunung yang berapi tapi tu macam volcano pulak). Di sini, Ah Tang mula sedar bahawa Red Boy, Princess Iron Fan dan King Bull mempunyai perwatakan yang sama dengan sepupu, makcik dan pakciknya. Dapatkah Ah Tang mengetepikan emosinya dan harungi cabaran ini? This is where I syorkan anda semua untuk membeli tiket untuk saksikan pementasan ini. Klik di sini untuk beli ya. Pementasan ini akan berlangsung sehingga 17 Disember so… Cepat-cepat tempah tiket anda sebelum habis dijual!

Sempena cuti sekolah ini, ajaklah anak-anak menonton rancangan ini! At the end of the show, Ah Tang sedar bahawa perwatakan Wukong (nakal), Pigsy (pentingkan diri sendiri) dan Sandy (kepala batu) wujud dalam dirinya. Namun, ketiga-tiga mereka juga mempunyai ciri-ciri positif yang boleh dicontohi. Akhirnya, Ah Tang rasa bersyukur kerana telah belajar untuk menghargai pakcik, makcik serta sepupunya itu. Jika dilihat dari perspektif berbeza, Ah Tang disayangi oleh keluarga angkatnya. Muzikal ini sesuai untuk seisi keluarga, dan seperti biasa, lawak jenaka politikal juga diselitkan!

mhw

Syabas kepada semua yang terlibat dalam pementasan yang gah dan menakjubkan ini! I bagi 5 bintang sebab sungguh menghiburkan sekali! Saya suka suka suka sangat dengan set-set yang direka oleh set designer Wong Chee Wai. Lagu-lagu yang dinyanyikan juga amat catchy. Antara kegemaran saya adalah Monkey Goes West dan Your Piggy Boo. Watak kegemaran saya semestinya Princess Iron Fann dan Auntie Fanny yang dimainkan oleh Chua Enlai. I must say he looks hot as a lady dan juga wataknya yang sering ada masalah dengan pronounciation 😉 membuat penonton tak kering gusi!

Korang better watch it ah sebab memang mampat. Kalau tak dapat tengok, then menyesal. idk if diorang coming back for a third time or not. Kalau tak betul-betul menyesal sebab kalau korang mati, tak nampak watak-watak ni semua. Tak kisah la korang masuk syurga or neraqa jaha6.

– Pengkritik Sandiwara

P.S.

difference.jpg

SUSAH LA SIAK.

 

 

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s