Woohoo! Peperiksaan akhir sudah pun tamat!!! Saya berjanji akan kemas kini blog dengan lebih kerap dan… Anugerah Pengkritik Sandiwara 2016 akan datang 😉
Drama yang mengetengahkan isu-isu sosial kembali buat musim keempat. Dalam kisah pertama musim terbaru Bingit bertajuk Kurnia yang dibintangi Hannah Delisha, Joe Lazarie, Hashimah Hamidon, Iskandar Syah dan Wirda Elliesa, penonton diajak bersama untuk saksikan kehidupan seorang belia bernama Ateeyah.
Kalau drama ini kisah benar, Rudy dan Rilla harus berterusan sehingga musim ke 50.
Episod 1
Inilah contoh cikgu-cikgu gila. Mentafsir karya-karya terlalu mendalam. Kadang-kala makna disebalik karya tersebut tak mendalam tau.
Tepat pada jam 5, Ateeyah akan keluar kelas kerana ibunya pasti akan menunggunya di luar sekolah. Kesian si Wirda ni. Takde watak lain ke? Wataknya sebijik macam watak Raquelle dalam drama 11 Oktober. Tapi, saya tak terkejut jika dia diberi watak yang serupa sahaja. Muka dia prototype of mean girl + witch.
Suka hati la. Yang kau kepo sangat kenapa? Zaman apa ni nak ejek orang semata-mata kerana dia nak balik tepat pada waktunya?
Setiap hari, ibunya, Halimah, akan memungutnya. Curlass Mak dia naik teksi lagi. Banyak duit?
Huh… Nak bercuti bersama tapi taknak ajak anak? Kalau dia anak tiri takpelah, boleh saya faham. Ni anak kandung tau.
Nama saja penceramah motivasi keluarga la apa la.
IS IT SAYA MENONTON 11 OKTOBER??? So Nazrin ni watak hero la eh yang akan selamatkan Ateeya kelak.
Ooooo Cikgu dan Halimah ada apa-apa hubungan ke…? Fiona ternampak makciknya bermesra dengan cikgunya. Ni mesti report kat mak ni.
Ni merepek tau. Kakak ipar dia kata adik dia, Rahman (suami Halimah) tak jumpa la apa la. Boleh hubungi melalui pelbagai wadah kan?
Ateeya seolah-olah tertekan or what apabila mendengar bunyi bising kerja-kerja ubah elok.
Tanpa membuang masa, dia angkat beg dan keluar kelas. Abang Hero cuba selamatkan keadaan.
Dah tau anak dah besar tapi masih anggap sebagai budak-budak. ????
Cakap tak serupa bikin.
Ustaz ini ingin berbincang pasal sesi akan datang. Dia kata dia free. Padahal anak dengan bini sedang tunggu kat rumah tau nak sambut hari jadi Ateeya.
Pada 9 malam, Ateeya akan mengidam air susu. Entah kenapa.
Setelah memberi ceramah di masjid, Halimah memberi ceramah sentap kepada suaminya. Padan muka. Nama je penceramah nak mempertingkatkan masyarakat tapi diri sendiri macam sial. Pentingkan kerja tak pentingkan keluarga.
Cikgu jelaskan apa yang berlaku semalam.
Ateeya menunggu ibunya di luar sekolah tetapi ibunya sedang bersua.
So cikgu ni masih simpan foto Halimah semasa dia muda sak. Pada masa yang sama, dia menunjukkan lukisan Ateeya yang melambangkan keyakinan, berdikari dan sebagainya. Merepek tau, tu lukisan aku tengok macam ngeri je.
Oh no! Ateeya hilang! Si cikgu ni tak boleh berlakon tau. URGH.
Ni merepek ah. Kat rumah ada label segala. Anak dia sakit apa eh? Abeh dalam babak lagi satu label terus takde. F for consistency.
Satu hari suntuk dia cari. Sekarang baru nak call suami dia???
Suami dia bingit dan terpaksa pulang rumah.
Wow cikgu ni berdedikasi eh?
Ateeyah tiba-tiba muncul.
Anak dia hilang tapi dia pentingkan klien. Syabas.
Ah kan anxiety attack.
Merepek tau. Si Fiona pergi report kat mak dia yang Halimah dengan cikgu bersua. Padahal berbual pasal Ateeyah tau bukan apa-apa pun.
Dia nak bersemuka dengan cikgu tapi ada hal kerja yang patut diselesaikan??? Get a life sak!!!!
Dia ni gila ke??? Dia tau anak dia tak stabil masih nak paksa-paksa segala. Kesian anak dia!!
Suami dia membuat tuduhan tanpa bukti kukuh. Dia pun menyalahkan Halimah atas kecacatan Ateeyah. Kononnya Ateeyah anak cikgu, bukan anak dia kerana keluarga dia tiada yang cacat. Semua sempurna.
Ni tau lelaki Melayu. Bila ada yang tak kena dengan anak je, mesti akan menafikan itu salah dia + kata keturunan dia semua tiada yang cacat. Harap stay educatedz sebab kebodohan semestinya runs in your family.
Dia pekik sekuat-kuat pontiakak.
Dia pun pengsan.
Episod 2
Ateeyah tertekan dan terpekik-terpekau tetapi tiada satu pun yang menolong. Semua ahli keluarganya setakat melihat sahaja.
Mujur cikgu ada.
Orang tu dah mati pun dia masih ah nak ungkit perkara ni.
Dia tak tau nak berlembut dengan anak dia yang sedang kesedihan ke?
Hmm… Halimah baru meninggal abeh dah cakap pasal nak cari pengganti? Kononnya ada juga orang yang boleh urus pakai minum Rahman ni. Rahman tak boleh jaga diri sendiri ke? Kenek harapkan wanita ke? Abeh kata Ateeyah tak boleh harap. Perempuan macam kau la kenapa lelaki masih mengguna-gunakan wanita dan masih berpegang teguh kepada prinsip tradisional suami.
Oh tidak, dia tiada perasaan.
Mak dah mati baru nak belajar masak maggie daripada roh ibu dia.
Nazrin menyuruhnya memasuki pertandingan. Wow, Nazrin. Sampai tahu alamat segala. Syabas!
Ateeyah ni semenjak pemergian ibunya dia jadi maid ke???? Kesiannya.
Kau nak kurung anak kau sampai bila????
Kenapa Ateeyah tak submit je borang penyertaan tu? Kenek ada tandatangan bapa ke?
Fiona is a loser who is scared of competition.
Rahman memberi amaran kepada cikgu agar tidak menganggu Ateeyah lagi. Cikgu pun memberi syarahan sentap kepada Rahman.
Sehinggakan Rahman tersentak.
Mengurat latew. Tak sabar nak tengok lukisan la apa la. Ke tak sabar nak draw me like one of your French girls?
Ateeyah ternampak Fiona bersentuhan dengan Nazrin. Astagha! Apa ni Suria tunjuk adegan seksual sebegini? Ateeyah rasa cemburu dan lari keluar.
Ateeyah mula stres.
Nasib abang Hero muncul untuk selamatkan keadaan. Si Fiona kat situ sempat rakam lagi. Rakan-rakan lain menonton je? Best ada free show?
Rahman terjumpa seseorang yang mempunyai anak OKU dan mula tersentak.
Ni mak dengan anak paling bodoh dalam dunia. Sudah terang Ateeyah ada masalah mental ke apa abeh diorang masih ah nak bergosip pasal Ateeyah? Akal mana letak? Padan muka kenek marah.
Mereka berjumpa di Marina Barrage semata-mata untuk berbincang tentang kesakitan mental Ateeyah. Boleh jumpa kat kedai kopi tanak tau. Suka susahkan diri pergi Marina Barrage. Tak betul.
Rahman pun membuat kajian tentang autism. Sekarang baru nak buat??
Tiada paksaan dalam agama.
Oh wow. Ateeyah menang! Dia pun berkata bahawa dia ingin ibu dan bapanya berada di sini melihatnya dan memberitahu bahawa dia ada autism. Wow, sungguh berani!
Tak faham tau Suria. Kalau kenek ada speech dalam bahasa Inggeris, >50% of the time orang Cina yang berbual. Abeh orang Cina ni berbual Inggeris macam siak je pronunciation pun macam paham.
Rahman muncul dan meminta maaf. Happy ending.
Sedutan episod akan datang…
Ok,typical Bingit ah. Ada masalah mental yang ramai tidak tahu, kemurungan, tersentak, lebih peka akan penyakit dan masalah selesai. Selalu begitu ah tiada yang lain. Cuma kali ini, kematian Halimah macam wow mendadak dan setting drama ini mengingatkan saya akan 11 Oktober which is bad lah sebab macam tiada kelainan dan pelakon Suria aka Wirda tidak diberi watak lain ke? Syabas kepada Hannah Delisha kerana saya berpendapat bahawa dia berjaya mendalami watak ini! 👏🏽
Saya rasa Suria harus teruskan menerbit drama-drama seperti ini kerana ia mampu memberi kesan terhadap masyarakat Melayu setempat. Ia dapat mengajar kita dan juga membuka mata kita terhadap isu-isu yang kita tidak endahkan sangat. Syabas Suria. Tetapi, kalau youalls perasan, kali ini macam takde drama bersiri. Pada hari Selasa ada Bingit. Hari Rabu ada Picit pulak. Tu pun drama cerita pendek.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] para pembaca setiaku. Dalam entri kali ini, kita akan memperhatikan watak Khairul dalam drama Bingit 4. Khairul merupakan seorang yang panas darah. Sukar untuk dia kawal rasa amarah dalam dirinya. Lagi […]
LikeLike
[…] sudah kali kedua bae Hannah Delisha melakonkan seorang watak yang suka melukis. Ingat cerita ni? Adakah dia memang seorang […]
LikeLike