Hetty Sarlene hamil ‘baby lockdown’!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Setelah hampir empat tahun bersama, akhirnya Hetty Sarlene dan suaminya, Daniel Oakes, bakal menimang cahaya mata pertama menjelang 2021!

Itulah yang dikongsi penyanyi dan pelakon jelita itu di Instagramnya lewat petang tadi.

Dalam catatan Instagramnya, Hetty juga mengongsi bahawa beliau sedang mengalami pening, rasa mual dan sebagainya!

Kami akan menyambut ulang tahun ke-empat minggu depan

Dan untuk membuat ulang tahun ini lebih meriah, kami ingin kongsikan berita baik bahawa kami akan menjangkakan anak pertama kami!… Berdepan dengan rasa mual, pening, mood swings, perjalanan ke tandas, lelap berkuasa dan sebagainya.

Dalam gambar yang dikongsinya, pasangan Oakes itu bercanda sambil menunjukkan gambar yang menyatakan ‘Kami tidak praktikkan jarak selamat #lockdownbaby’.


Ikuti kami di Telegram!


Amboi… sedang ramai yang menjaga jarak selamat 1 meter, ada saja pasangan yang merapatkan hubungan ye? Secara fizikal lagi. Kipidap… semoga dapat mencapai sasaran jumlah penduduk 10 juta kelak, gitew!

Kami berharap semuanya akan berjalan lancar bagi Hetty dan suami sehingga Januari nanti! Konsperm baby Oakes comel, kan? Mestilah, kacukan gitew!

Seronok pulak eh ada #lockdownbaby? Boleh cecite kat anak bila dia dah besar nanti. Bagaimana anak tu diwujudkan, sebab kebosanan dek PKP? Eh, tiber!

Tahniah buat Mr & Mrs Oakes sekali lagi!

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Instagram Hetty Sarlene)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s