Nathan Hartono, bukan Taufik Batisah, penyanyi NDP 2020

Segelintir warganet hampa apabila muzik video NDP 2020 muncul kerana muka penyanyi pujaan ramai, Taufik Batisah tidak kelihatan.

Reaksi ini disusuli gambar yang dimuatnaikkan NDPeeps di Fesbuk mereka di mana mereka menanyakan warganet agar meneka penyanyi yang akan mendendangkan lagu tema NDP 2020. Di ruang komen, ratusan pengguna Fesbuk menyangka bahawa pemenang Singapore Idol musim pertama akan menghiasi lagu tema NDP sekali lagi.

“Eh apa seh. Aku fikir Taufik, adalah aku tunggu. Tapi Nathan Hartano pulak. Memang no ah siak,” ujar Siti Norkhiriyah, seorang jurutera, 28 tahun.

“Memang cik dah agak mesti Taufik Batisah. Tapi tu lah, kita merancang, Allah menentukan. Cik memang redha lah kalau bukan Taufik,” jelas Cik Mastura Suhaimi, 53 tahun. Dimaklumkan bahawa Cik Mastura telah menghabiskan lebih $100 menghantar SMS untuk mengundi Taufik ketika pusingan akhir Singapore Idol 1.

.

Lagu yang agak selow-melow nyanyian Nathan Hartono itu dikatakan untuk memberi semangat kepada rakyat Singapura dalam krisis wabak Covid-19 ini. Bertajuk ‘Everything I Am’ atau ‘Semuanya Aku”, ia dikarang Joshua Wan. Video ini mencerminkan tema keluarga, kebersamaan, kebaikan dan kesyukuran.

“Tak kisah lah siapa yang nyanyi, lagu NDP sekarang dah takde feel,” luah Ahmad Muaz, 21 tahun.

Apa pendapat anda tentang lagu tema NDP tahun ini?

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar oleh NDPeeps Facebook dan YouTube)

This story is fake.
Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s