Akan Datang: Devdas The Musical [DIANJAK]

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Siapa yang masih ingat filem Hindustan yang bertajuk Devdas?

Alah… yang ada Shah Rukh Khan tu! Yup, dengan Madhuri Dixit serta Aishwarya Rai tu! Ingat tak?

Yes, kisah cinta klasik India oleh Sarat Chandra Chattopadhyay, yang amat popular kini akan membuat penampilannya di Esplanade pula!

Jika anda meminati filem Bollywood dulu-dulu, dan suka filem Devdas, apa kata tonton Devdas The Musical yang akan berlangsung pada 20 hingga 22 Mac Ogos ini?

Siapa suka dengar lagu niiiii

Memanglah bukan Shah Rukh Khan dan bintang Bollywood yang akan membuat persembahan di Esplanade kelak, tapi saya pasti lagu-lagu, koreografi dan persembahan Devas The Musical mesti gempak, kan?

Kisah muzikal ini berkisar antara Devdas dan Paro, sepasang kekasih zaman kanak-kanak yang telah berpisah. Dan apabila Devdas pulang ke India, Paro ingin Devdas menikahinya tetapi orang tua Devdas tidak benarkan.

Paro mengahwini lelaki lain dan kehidupan Devdas mula penuh dengan kesengsaraan.

Tontonilah muzikal yang penuh berwarna-warni dan gemilang ini di Esplanade bulan depan!

Menurut lelaman Esplanade, muzikal Devdas ini akan ditangguh hingga bulan Ogos (14 hingga 16 Ogos). Pembeli tiket boleh mendapatkan wang anda semula dari pihak mereka atau menukar tarikh tiket mereka kepada tarikh pada bulan Ogos.

– Pengkritik Sandiwara

Bacalah lagi!

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s