Xiaxue dikecam keras netizens antarabangsa dek ‘fobia gendut’?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Infleuncer perintis Singapura, Xiaxue, sekali lagi dilanda kontroversi!

Kini, bukan sahaja netizens Singapura dan Malaysia yang menghantarkan komen-komen kesat kepada wanita berambut merah jambu ini, tetapi juga netizens dari negara asal suaminya, iaitu tanah terunggul – Amerika Syarikat.

Ini kerana, Xiaxue telah mengongsikan gambar di Instagram Storynya. Di dalam Story tersebut, kononnya komen yang ditulisnya berbaur kebencian terhadap individu yang berisi.

Dalam Story itu, Xiaxue mengongsi gambar La’shaunae sambil menulis:

“Menjadi berisi atau gemuk adalah satu perkara tapi ini dah melampaui itu. Kebanyakan mereka yang terlampau obes tidak mencecah umur 40…. Mereka yang terlalu obes (seperti wanita ini) tidah harus dilihat sebagai menarik kerana kematian dan penyakit tidak menarik tanda noktah.”

La’shaunae di Twitternya menulis:

Kenapa orang kurus taksub dengan memberitahu saya secara tidak langsung bahawa saya tidak menarik terhadap mereka dan oleh itu tidak berhak kasih sayang, kerjaya, dilihat dan memberitahu saya umur yang saya akan mati? Ok Cik Cleo

Gambar ini dimuatnaikkan ke lelaman Instagram oleh Instagram sendiri.

Ramai netizens antarabangsa menggelar Xiaxue “fatphobic” dan kelakuan Xiaxue itu “fat-shaming”. Pada masa yang sama, ada juga yang menyokongnya kerana mengatakan “unpopular opinion” ini. Dan menyoal mengapa “skinny-shaming” tidak seheboh seperti fat-shaming.

Xiaxue juga menerima banyak pesanan peribadi langsung (DM) dan tidak pedulikan mesej tersebut.

Dia juga telah memuatnaikkan Story di mana dia mengata bahawa ada perbezaan antara “gemuk” dan “terlampau obes”.

Di Twitter pula, ramai yang berharap syarikat-syarikat yang berkolaborasi dengannya akan membatalkan kontrak mereka dengannya. Pendek kata, warga Twitter ingin CANCEL Xiaxue kerana menurut mereka, sudah tiba waktu kerana Xiaxue sudah tidak relevan lagi.

Tahniah Xiaxue, kebencian kau telah menempatkan kau di peta dunia. Kepada semua jenama yang berkerjasama dengannya… Adakah anda ingin dia menyokong produk anda? Malu

-nrsyazbh

Yoooo saya berharapa zina inilah era di mana “kerjaya” Xiaxue tamat kerana dia mungkin fikir dia zina besar di Asia, dia belum lagi merasai influencer antarabangsa lagi. Kami dah penat. Akhiri dia dah.

– @ohheyain

Apakah pendapat anda?

Adakah tindakan Xiaxue itu kurang wajar kerana menghina mereka-mereka yang berisi atau Xiaxue hanya mendedahkan perkara sebenar di mana ramai individu tidak berani bincangkan?

Bacalah lagi!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s