Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Ke seberang
Apabila mendapat tahu bahawa Fauziah Nawi diundang untuk berlakon dalam telefilem Hari Raya Haji di Suria yang dijayakan di Malaysia… fuh banyak duit!
Ye lah, bukan calang-calang pelakon wei diorang amek berlakon dalam Tiga Hari Ke Korban. Fauziah Nawi adalah ibu segala ibu dalam dunia drama Melayu. Bukan itu saja, perfileman kat Malaysia pasca-Covid. Bestnye bawak rombongan.
Tapi tak kisahlah cerita ni dirakam kat mane, soalannya, best ke tak?
4 beradik klisye
Meh, konsep 4 beradik di mana si sulung amat bertanggung jawab pernah kita lihat. Si sulunglah yang akan gelabah tak tentu pasal nak uruskan adik-adiknya. Macam Kak Ros dalam Upin dan Ipin. Dua-dua set adik-beradik ni anak yatim piatu lagi.
Walau begitu, kisah empat beradik ni tak serupa nasib Upin dan Ipin.
Amelia (Suhaillah Salam), Izzad (Shah Iskandar), Sarah (Tysha Khan) dan Adam (Hasif Nasir) merupakan empat beradik yang akan balik kampung ke Malaysia untuk berjumpa neneknya kerana secara tiber, neneknya tidak akan ke Singapura tahun ini.
Oleh itu, mereka merancang untuk memberi kejutan kepada neneknya di kampung. Pada masa yang sama, neneknya juga telah menempah empat ekor kambing untuk disembelih atas nama mereka.
Dan di sinilah persoalan pertama saya.
Mereka semua dah besar panjang, si Amelia kerja peguam, tapi tak pernah terlintas dalam fikiran nak buat sembelih sendiri ke? Skrip kata dulu mak bapak dia dah meninggal tak sempat buat korban. Huh? Macam lah 4 beradik ni kecik lagi.
But takpe, ni kan drama so unsur ni disengajakan untuk mencipta jalan cerita.
Mesej-mesej kurang bermakna
Malang sekali, dalam drama ini masih wujud stereotaip wanita.
Amelia bertanyakan kepada Sarah bilakah Sarah akan tahu masak, kemas rumah dan lain-lain yang kononnya sewaktu dengan tugas-tugas yang harus dipikul seorang anak gadis.
Tapi kenapa Amelia tidak tanya soalan yang sama terhadap Izzad (yang dah tua dan tak kahwin-kahwin) dan Adam?
Selain itu, di akhir cerita ini, Izzad mendedahkan bahawa dia giat lakukan online trading. Berkepok duit dia kasi nenek dia. Kononnya setiap malam dia buat benda ni sampai kaya raya.
Walhal kita tahu risiko online trading ni seperti yang disaksikan dalam drama Bidadari.
Bukan itu saja, hampir semua watak tidak menyokong gaya hidup Adam. Seorang belia yang pentingkan kesihatan alam! Sampai sanggup mengadakan bantahan di sekolah.
Apakah mesej yang ingin disampaikan kepada penonton melalui peristiwa-peristiwa ini?
Penggunaan bahasa
Mendengar cara Suhaila Salam, Shah Iskandar dan tentunya Fauziah Nawi menuturkan skrip amat semula jadi.
Takde telo ‘Suria’nye. Maksud saya, tak dengar macam budak IC T berbual Melayu semasa peperiksaan lisan. Lancar dan fasih.
Tapi kalau dengar watak dua beradik yang lain tu, ada rasa kejanggalannya. Terlalu Melayu Suria/baku.
Ada skrip ni yang seperti ini – ‘nanti Adam akan cari kambing-kambing’ or something like that.
Penggunaan ‘akan‘ terlalu formal dalam perbualan antara cucu dan nenek. Boleh tukar jadi “Adam cari kambing-kambing tu nanti”.
Adam juga menggunakan istilah universiti untuk mengganti ‘sekolah’.
“Dah lambat nak pergi universiti” apabila merebut ke tandas. Huh?
Perspektif segar Fauziah Nawi
Apa yang menarik sekali adalah penonton tidak menitiskan airmata semasa menonton Tiga Hari Ke Korban.
Kalau kau nangis tu over lah…
Penonton dapat menonton lakonan Fauziah Nawi yang lain. Seorang pelakon versatil yang bukan saja boleh menyentuh jiwa, tapi mencuit hati juga!
Kelakar bahan jenaka beliau. Dari kata laluan wifi tanyaorangkampung hingga ke batuk-batuknya dek makan durian terlebih.
Tambahan pula, dapat tonton Shah Iskandar dalam telefilem Suria. Dah lama tak muncul kat TV SG, kan?
Secara keseluruhan, telefilem ni bolehlah ok. Ending dia cam convenient. Apa terjadi kepada tetamu homestay? Terbengkalai…
Unsur korban ketara dalam diri watak nenek tapi tak begitu ketara dalam empat beradik tu.
Cuma, tajuknye mengelirukan. 3 Hari Ke Korban, time promo selalu post. Aku adalah kira 3,2,1. Tapi tetap takde.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: The Moving Visuals Co.)