Don’t Call Him Mr. Mari Kita hidupkan legasi Zubir Said

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Tepukan paling gemuruh bergema di panggung Wild Rice sebaik saja persembahan Don’t Call Him Mr. Mari Kita tamat dengan lagu ikonik lagi bermakna, Semoga Bahagia.

Sepanjang konsert yang diterajui Julian Wong itu, penonton disajikan dengan muzik dan irama yang digubah Pak Zubir Said. Ada lagu yang kita kenal amat sangat, ada segelintir yang telah lama tidak kedengaran, ada juga yang tidak pernah didengari sesiapa pun.

Persembahan arahan Ivan Heng tidak saja menceritakan perjalanan kerjaya penggubah lagu kebangsaan Singapura, tapi juga sejarah politik yang dialami pulau ini menerusi naik turun kerjayanya di negara ini.

Julian bersama penyanyi yang lain, Hannah Nordin, Malcolm Lim dan Rohaniah Sa’id menyentuh jiwa penonton dengan lantunan suara mereka yang lunak sambil menghiburkan penonton dengan gerak tari yang mengasyikkan.

Bukan sekadar itu, Julian juga menceritakan kajian yang dilakukannya demi menjayakan persembahan ini, sekaligus membuat penonton menghargai konsert ini dengan mendalam lagi. Selain itu, Julian juga menerangkan erti coretan Pak Zubir Said, memberi sudut pandangan yang berbeza untuk lagu-lagu Pak Zubir.

Bukan saja perjalanan muzik Pak Zubir dikongsi, malah perjalanan muzik Julian juga diceritakan. Salah satu pemain muzik di pentas merupakan murid Julian sendiri, iaitu Din Safari. Antara tiga pemuzik yang lain adalah Leonard Mikhail (Mik),Riduan Zalani dan Ryan Sim.

Menarik sekali, ketiga-tiga penyanyi di pentas adalah anak didik Julian.

Julian juga berkongsi bahawa gurunya, Iskandar Ismail, merupakan murid Pak Zubir. Dan oleh itu Julian amat menghargai hubungan tidak langsung yang wujud antara dirinya dan Pak Zubir.

Apa yang ketara bagi saya adalah penterjemahan Majulah Singapura. Ia amat berbeza dengan apa yang dibaca di buku muzik semasa di sekolah rendah dan juga di kaca TV. Ia lebih tepat dan bermakna. Secara peribadi, ‘Onward Singapore’ tidak pernah rasa sesuai.

Kalau nak tahu penterjemahan Inggeris yang dilakukan Wild Rice, apa kata anda beli tiket di Sistic sekarang? Gunakan kod promo PSMARIKITAWR untuk dapatkan diskon sebanyak 10% bagi Cat 1 dan 2!

Bagi yang mudah beremosi atau menitiskan airmata, jangan lupa bawak tisu banyak-banyak ok! Mata pasti akan berlinangan tatkala terdengar Suhanna, lagu yang ditulis untuk cucunya. Kalau semangat patriotik uolls mudah triggered, lagu-lagu seperti Semoga Bahagia dan Majulah Singapura sudah tentu akan menyentuh jiwa uolls.

Nak dengar lagi lagu-lagu Pak Zubir setelah menonton persembahan ini? Boleh saja ke Spotify.

.

Malam tadi, konsert ini turut dihadiri Puan Sri Dr Rohana Zubir, anak perempuan Pak Zubir yang turun jauh dari Kuala Lumpur.

Puan Sri Dr Rohana Zubir (tengah) diiringi Ivan Heng (kiri) dan Julian (kanan) di pentas Wild Rice. Set konsert ini seakan banggunan Panggung Negara.

Seperti mana Majulah Singapura bak doa bapanya untuk negara ini, beliau juga mendoakan kejayaan untuk syarikat Wild Rice yang bersungguh-sungguh melestarikan karya-karya bapanya itu.

Don’t Call Him Mr. Mari Kita sebuah persembahan yang harus anda tonton bukan saja kerana ia mengisahkan kehidupan Pak Zubir, ia juga mengajar anda sejarah serta politik, kepentingan Bahasa Melayu di Singapura, menanam rasa patriotisme dalam diri anda. Semuanya sambil diiringi susunan muzik yang menyayat hati dalam bentuk teater, hasil dramaturg Alfian Sa’at.

Jadi… tengoklah! Ia akan berlangsung di Funan hingga 23 Julai ini.

KEMAS KINI

Persembahan Don’t Call Him Mr. Mari Kita dibatalkan sehingga 17 Julai atas sebab ahli-ahli pasukan mereka dijangkiti wabak Covid-19.

Wang akan dikembalikan kepada pembeli tiket untuk tempoh masa ini dan mereka digalak untuk membeli tiket untuk persembahan antara 19 dan 23 Julai kelak.

Harap maklum.

Terkini: Don’t Call Him Mr. Mari Kita dilanjutkan sehingga 26 Julai.

Tiket-tiket boleh mula dibeli pada 15 Julai nanti.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Wild Rice)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s