How To Break A Window II cetus persoalan panas

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sabtu lepas (19/2), Min sempat menonton persembahan triple bill oleh T:>Works yang mengetengahkan tiga karya yang diterbitkan dalam pertandingan 24 jam.

Tiga persembahan itu adalah Green Leaves, Kudumbam dan #WomenSupportingWomen.

Persembahan ini diadakan di 72-13, tapi Min tonton melalui Zoom saja.

Green Leaves

Ditulis dan dilakonkan oleh Yin Mei Lenden-Hitchcock, karya Green Leaves ini adalah pemenang peraduan penulisan cerpen 24 jam ini.

Memang menarik menonton pementasan teater-aeriel ini buat pertama sekali.

Walaupun badannya diselubung kain hijau, melakukan aksi memanjat, memintal dan menyangkut, skrip yang dilafaz Yin Mei Lenden-Hitchcock penuh perasaan!

Dalam monolognya demi mencari erti hidup dan pendirian, banyak persoalan yang dikemukakan yang akan kekal relevan dalam hidup wanita (terutamanya) tidak kira zaman dan usia.

Kudumbam

Karya Melizarani T.Selva menimbulkan persoalan penghijrahan, perhubungan keluarga, agama dan anak angkat.

Kudumbam menyoal apakah individu-individu di dalam sesebuah rumah itu secara automatik dianggap sebagai keluarga atau sekadar orang-orang yang hidup bersama di bawah satu bumbung?

Isu perkauman juga disentuh dalam aspek yang berbeza. Kita sering marah apabila kita mangsa perkauman tetapi tidak sedar bahawa kita jugalah memangsakan kaum lain.

Meja yang mereka bongkar itu seolah-olah metafora kepada pementasan itu.

Si anak tidak tahu mengapa si bapa ingin bongkar meja itu tetapi dia lakukan saja. Ini mencerminkan bagaimana si anak juga tidak tahu bahawa si bapa punyai anak angkat tetapi terima hakikatnya.

#WomenSupportingWomen

Amanda Chong telah menyentuh jiwa ramai wanita dan gadis di luar sana dengan #WomenSupportingWomen.

Kisah tentang pemerkasaan wanita melalui wadah dalam talian dek Covid telah menjadi satu pertempuran hangat antara dua watak wanita.

Karya ini dihidupkan oleh Tysha Khan dan Jo Tan, dan lakonan mereka memang patut dipuji.

Mereka bincangkan tentang hak istimewa (privilege) lelaki, mendaki tangga sosial, pewakilan minoriti tapi watak Jo Tan (peguam Cina) tidak sedar bahawa watak Tysha Khan (Sara) seorang wanita Melayu.

Walaupun mereka minoriti (wanita), Sara tidak pernah akan dilayani sama kerana keMelayuannya.

Perbualan mereka menjadi pertengkaran apabila Sara mengingatkan kembali detik-detik watak Jo diperkosa tetapi tidak melaporkan kepada pihak berkuasa hanya kerana ingin kekalkan kerja dan naik pangkat.

Sekiranya dia memberitahu perkara sebenar, mungkin si perogol akan diberkas kerana adanya bukti dari pihak lain?

Kalau senyap kerana takut, ok kan? Tapi senyap kerana untuk kebaikan/niat lain, ok tak?

Maaf cakap tapi menonton #WomenSupportingWomen mengingatkan Min tentang wanita-wanita yang membela OKLETSGO semasa saga mereka sedang tular.

Ok, Min ade soalan. Kenapa Sara kenek bayar yuran sekolah? Mak dia jual minuman kat gerai, kenapa susah sangat dia nak dapat Mendaki TTFS?


Secara keseluruhan, Min enjoyz tonton How To Break A Window II. Sungguh kagum bahawa karya yang mencetus persoalan ini semua dihasilkan dalam 24 jam.

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: T:>Works)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s