Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Ekoran aksi nekad menceroboh kandang badak kelmarin, trend melakukan aksi bodoh lagi tidak berakal mungkin menjadi trend ikutan bagi pihak Gen Z.
Baru-baru ini, muncul lagi video yang menggunakan bunyian yang sama ‘what’s (insert name) thinking about’ menunjukkan aksi yang tidak patut dilakukan.
Pengguna TikTok, xavthegoat, merakam dirinya melompat ke dalam Sungai Singapura. Warganet di ruang komen berbelah bagi, ada yang memuji adegan ini, ada yang menyoal mengapa melakukan sedemikian. Seperti tidak belajar dari kesilapan belia bernama ralphwee_.
Belia yang memuatnaikkan video ini berkata bahawa dirinya sudah pun didenda sebanyak $3000 akibat kelakuannya ini.
Bukan itu saja, Ralph juga memberi komen di TikTok ini.
Ralph menulis ‘idea baik’ dengan menyertakan emoji ibu jari. Adakah ini bermaksud Ralph akan terjun dalam sungai tidak lama lagi?
Namun, video ini bukanlah video baru. Video ini dirakam pada Januari dan xavthegoat sepatutnya muatnaikkan video penuh sekiranya meraih 10 ribu sukaan, tapi tidak.
Video itu sekadar dapat lebih kurang 5000 sukaan. Haha. Nampaknya xavthegoat memuatnaikkan video ini lagi semata-mata untuk clout.
Kami harap anak muda akan lakukan cabaran TikTok yang lebih afdal dan tidak membahayakan diri mereka. Seperti makan dengan ucapan bismillah.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: TikTok xavthegoat)