Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Untuk membuka musim 2021, Wild Rice bakal menjayakan tiga pementasan asli di teater mereka tersendiri dari Januari hinga Mac tahun depan.
Pengasas Pengarah Artistik syarikat itu, Ivan Heng, berkata: “Dalam ketidaktentuan ini, kami hanya boleh umumkan tiga terbitan pertama 2021.”
Tiga pementasan yang dimaksudkan itu ialah Grandmother Tongue, The Amazing Celestial Race dan The Other F Word.
Setelah dua persembahan OOS, kisah yang mencerminkan kepupusan dialek/loghat di Singapura, Grandmother Tongue, akan berlangsung pada 14 hingga 31 Januari.
Ditulis dan diarah olehThomas Lim, persembahan yang sepatutnya berlangsung pada April tahun ini telah meraih empat pencalonan dalam Anugerah Teater Life! Straits Times 2017.
Korang pasti tahu tentang 12 haiwan dalam kalendar Cina, kan? Apa kata ajak si kecil belajar budaya Cina menerusi pementasan The Amazing Celestial Race sempena Tahun Baru Cina Febuari nanti?
Terbitan arahan Glen Goei ini menggantikan pantomime tahunan Wild Rice yang terpaksa ditiadakan tahun ini dek Covid-19.
Seperti pantomime mereka sebelum ini, kami pasti The Amazing Celestial Race yang berlangsung dari 19 Febuari – 21 Mac ini konsperm penuh tawa dan pelajaran!
Ditulis dan dilakonkan Miriam Cheong, The Other F Word, sebuah pementasan yang candi dan mencabar akan memberitahu anda apa ertinya menjadi gemuk dalam dunia yang taksub dengan kekurusan.
The Other F Word, yang diarah Aidli Mosbit, akan meneroka perhubungan berat badannya dan bagaimana badannya dilihat, terutama dalam industri seni di mana saiz badan sering didiskriminasi.
Dipentaskan pada 21 hingga 28 Mac, persembahan ini akan menyoal apakah tabu gemuk sebenarnya? Bagaimana masyarakat melihat dan melayan badan yang gempal? Bagaimana harus kita berbincang tentang berat badan dan kesihatan dengan lebih baik tanpa rasa taksub terhadap kekurusan?
Tiket-tiket bagi penjualan awam akan bermula 24 Disember di Sistic. Cepat beli untuk elak kekecewaan!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Wild Rice)