Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Dekad ini baru saja bermula namun syarikat teater setempat telah pun gigih mengumumkan barisan pementasan yang akan mereka persembahkan pada 2020. Fuh lagi gempak berbanding Wawasan 2020 Malaysia!
Antaranya, W!LD RICE.
Setelah kejayaan pembukaan mereka di Funan, W!LD RICE mengumumkan empat pementasan yang bakal menemui anda awal tahun ini.
Pertama sekali, THE IMPORTANCE OF BEING EARNEST oleh Oscar Wilde sempena ulang tahun ke-20 W!ld Rice.
Antara pementasan komedi yang popular, Glen Goei akan memperkenalkan barisan pelakon yang semuanya… JANTAN walaupun cerita ni pasal cinta-cinta. Eh, tiber!
Ia akan berlangsung dari 7 Febuari hingga 8 Mac.
Setelah itu, giliran GRANDMOTHER TONGUE pula untuk menghiburkan penonton sekali lagi.
Ia mengisahkan seorang cucu dan nenek yang cuba berkomunikasi walaupun mereka tidak bertutur bahasa yang sama. Macam mana tu?
GRANDMOTHER TONGUE bakal berlangsung dari 2 hingga 19 April.
Menjelang Raya, peminat teater akan disajikan dengan AN INSPECTOR CALLS!

Kalau korang tengah makan syiok-syiok dengan keluarga abeh tetibe ada inspektor nak selidik tak tentu pasal tentang pembunuhan seorang gadis, gelabah tak? Confirm frust tonggeng kan?
Nak tahu apa jadi tak? Ha… tengok lah pementasan ini yang akan berlangsung dari 7 hingga 24 Mei.
Dan akhir sekali, HOTEL!
HOTEL mencerminkan pembangunan dan perubahan Singapura sepanjang berdekad lamanya dari sudut pemandangan penginap di dalam sebuah Hotel. Jika anda menonton pementasan ini, harap dinasihati ya. Sebab anda harus tonton bahagian satu dan dua!
Ia akan berlangsung pada 11 Jun hingga 12 Julai.
Dan itulah antara pementasan W!LD RICE yang akan menemui anda pada separuh pertama 2020. Cepat beli tiket sebelum harga istimewa lesap!
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!
[…] dua persembahan OOS, kisah yang mencerminkan kepupusan dialek/loghat di Singapura, Grandmother Tongue, akan berlangsung pada 14 hingga 31 […]
LikeLike