Zee Avi ingin pakai ‘busana setempat’ di Coachella Singapura

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Malam semalam, penyanyi antarabangsa Zee Avi menulis tweet mengenai persembahan yang bakal berlangsung di Sentosa.

Dalam tweetnya, penyanyi lagu tular ‘Kantoi’ bertulis, “MEMANGGIL KESEMUA STAILIS DAN PEREKA DESAIN SINGAPURA

Saya akan membuat persembahan bagi StereoFestSG pada Febuari! Saya nak peragakan rekaan setempat anda!

Hentak saya! <3″

Difahamkan, penyanyi kecil molek itu akan membuat persembahan pada hari kedua Coachella Singapura, pada 23 Febuari.

Agak-agak, pereka mana yang akan bekerjasama dengan penyanyi asal Malaysia ini?

Ada seorang pengikut yang bercadang rekaan Ong Shunmugam!

Comel dan ranggi! Kita nantikan sajalah apa yang akan diperagakan Zee Avi kelak. Anda ada cadangan tak yang sepadan dengan Zee Avi ni?

Selain penyanyi “Semalam I call you, you tak answer”, Andi Bernadee, 4U2C, Noah dan ramai lagi akan membuat persembahan di acara penuh gah yang berlangsung selama dua hari itu.

Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s