Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sempat tak tonton Forensik semalam, sebuah drama spin-off Code of Law?
Dibintangi Sharon Ismail, Fauzie Laily, Yuslina Yusof dan Erwin Shah Dawson, Forensik merupakan kisah yang tidak dikupas dalam Code of Law namun akan diketengahkan dalam drama ini.
Secara terus terang, episod pertama agak mendak. Mungkin kerana ingin memperkenalkan watak masing-masing. Tapi terserlah watak Razali dan Juliana akan ada unsur cinta…atau apa-apa yang berkaitan dengannya.
Selain itu, sepertinya ada tapis (filter) yang digunakan, jadi apabila menonton macam weird sikit sebab warna TV brown-brown gitu.
Jalan cerita mungkin agak ok tapi cara mereka berbual Melayu agak ganjal sekali. Memang bukan bahasa baku tapi tak kena lah. Ok tu je for episod pertama. Mungkin nanti episod akan datang akan lebih meletop?
Wawasan2020 gitew.
– Pengkritik Sandiwara