Belia ceroboh kandang badak demi clout di TikTok, WRS bersuara

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang badak… tular di TikTok jadinya.

Aksi nekad seorang belia menceroboh kandang badak (rhinoceros) di sebuah taman haiwan (dipercayai Taman Haiwan Singapura atau Singapore Zoo) mendapat perhatian di wadah perkongsian video, TikTok, meraih sebanyak 60,000 tontonan.

Dalam video itu, belia tersebut kelihatan seperti melompat ke dalam kandang badak dan melakukan lontaran belakang (back flip), sebelum cabut keluar dari kandang itu dalam keadaan huru-hara.

Di ruang komen, beberapa warganet memberi amaran kepadanya ini bahawa pihak berkuasa akan mendapat tahu dan dia mungkin akan disoal. Namun begitu, terdapat segelintir YPs yang memuji adegan ini, memberitahu bahawa mereka menghormati belia ini.

Video itu telahpun dipadam/diprivetkan di akaun belia ini.

Apabila dihubungi, pihak WRS (Wildlife Reserves Singapore) memberitahu bahawa mereka telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan sedang menyiasat. Dan baru-baru ini, mereka telah keluarkan kenyataan di Instagram.

Menurut RWS, ia perbuatan berbahaya, tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati haiwan. Mereka juga agar tidak meniru aksi ini kerana ia membahayakan nyawa individu.

Semoga anak muda kita tidak akan terpeleot untuk melakukan adegan seperti ini kerana ini bukan membahayakan diri mereka saja, tetapi juga haiwan yang tidak bersalah itu. Cubalah buat challenge 34+35 yang lebih elok.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: TikTok ralphwee_)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s