Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Ikon TikTok yang sinonim dengan jeritan BISMILLAH, OCEAN WOTAAAAAH akhirnya jelaskan gelagatnya yang kecoh-kecoh.
Menurut kenyataan video yang dikongsi semalam di wadah TikTok, Fyan tidak akan lagi membuat watak atau personaliti yang suka berteriak tidak tentu pasal. Malahan, Fyan akan mengongsi video di mana dirinya akan menjadi sebagai dirinya yang sebenar!
Fyan juga berkongsi bahawa apabila berada di tempat awam, ramai orang memetik gambarnya dan memekik “bismillah ocean water” apabila ternampaknya. Fyan jelaskan dirinya tiada masalah kesihatan mental dan personaliti sekadar lakonan. Dia cuma ingin dapatkan reaksi orang awam. Dan oleh kerana tindak balas orang awam agak menggerunkan, Fyan memutuskan untuk tidak lagi berkelakuan sebegitu.
Dalam video itu, Fyan kelihatan sebak dan sedih, hampir menangis.
Bukan setakat itu, pelajar ITE itu turut menukar nama TikToknya kepada fyanofficial untuk merasmikan perubahan ini. Sebelum ini, Fyan juga sempat menggalakkan gaya hidup pemakanan vegan.
Fyan mengaku bahawa jumlah tontonan mungkin akan merosot setelah insiden ini tapi dia tidak hiraukan itu semua kerana kini, dia dapat menonjolkan personaliti sebenarnya!
Mungkin ada pengajaran di sebalik peristiwa ini. Sekiranya Fyan benar-benar mempunyai keadaan mental, adakah wajar untuk melayan orang lain dengan memekik apabila berjumpa di tempat awam? Renungkanlah…
Kepada peminat setia Fyan, usah risau! Fyan masih menerbitkan video pendek ala mukbang! Cuma kali ini, Fyan tidak memekik dalam video-videonya.
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: TikTok fyanofficial)
[…] Kami harap anak muda akan lakukan cabaran TikTok yang lebih afdal dan tidak membahayakan diri mereka. Seperti makan dengan ucapan bismillah. […]
LikeLike