Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Situasi Covid-19 mungkin menjejas kita secara mental, dan menyebabkan kita rasa beremosi. Tapi takpe, dengan persembahan dalam talian oleh P7:1SMA, anda boleh meluahkan perasaan emosi yang terpendam itu!

Gambar oleh P7:1SMA
Bertajuk JIWANG, ia sebuah filem tarian karaoke berkisar tentang kenimkatan emosi yang keterlaluan dan keinginan untuk melarikan diri. Anda boleh menikmati lagu-lagu jiwang evergreen dari era 80-90an! Jadi, apa tunggu lagi? Biarkan segala yang terperap di dalam hati mencurah melalui pengalaman ini!
Berjiwang ni kalau sorang diri memang best, tapi lagi best kalau ada teman! No hal, sis!!! Bagi setiap tiket yang dibeli, anda boleh hadiahkan lagi satu tiket kepada seseorang dengan memberikan alamat emel mereka! So… boleh berdating secara online gitew!!!!
Harga tiket pay-as-you-wish bermula pada harga $15, hingga $50 boleh didapatkan di PEATIX!
JIWANG berlangsung dari 17 Ogos hingga 17 September.
– Pengkritik Sandiwara