Azam & Johan: Episod 1

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Cringe-fest.

Begitulah situasinya bagi 15 minit pertama drama terbaru Suria yang berjudul Azam Dan Johan, di mana episod pertamanya disiarkan semalam.

Kenapa cringe-fest? Hais… editingnya je dah merepek tak masuk akal. Konon stadium tu ada ramai penonton bersorak sambil menonton mereka bermain pertandingan bola sepak, tapi babak penonton dan babak padang tu di lokasi yang berbeza!!!! So korang cuba bayangkan bila kononnya kamera tunjuk penonton bersorak pastu kamera tunjuk padang yang lain… Pelik.

Bukan tu saja, para pemain bola sepak ni dekat sangat antara satu sama lain. Padahal padang tu BESAR kot!! Aku yang tak tengok bola sangat tahu yang mereka tidak sepatutnya berdiri terlalu dekat!!! Rimas aku tengok.

Dibintangi bakal ahli politik, Erwin Dawson dan Salif Hardie sebagai watak utama, drama ini berkisar tentang dua adik beradik yang mempunyai impian yang serupa. Iaitu untuk menjadi pemain bola sepak negara (or whateva). Drama yang disiarkan setiap Selasa ini turut dijayakan oleh Susan Lankester, Abdullah Ahmad, Farhana M Noor, Noh Irwan Amran, Danish Ashraf, Johan Jaafar, Awal’liyah Ja’afar, Syed Azmir dan ramai lagi. 

Johan membeli sebuah motosikal walaupun ibunya melarang membawa motosikal. And of course, ini drama Melayu so Johan dan abangnya, Azam, mengalami kemalangan jalan raya apabila mereka sedang berada di jalan raya.

Si ibu frust kerana mereka Johan rahsiakan motosikal sehinggakan kemalangan berlaku. Johan cedera sedikit tapi Azam… Dia lumpuh! Oleh kerana itu, amarahnya terhadap adiknya meluap-luap kerana kini Azam tidak dapat menjadi pemain bola sepak! Oh no!

Let’s predict jalan cerita ni from here. Si Johan akan berlatih untuk menjadi seorang pemain bola sepak sehebat abangnya. Azam akan rasa geram dan tidak ingin membimbing adiknya. Tapi lama-kelamaan, sedar akan potensi adiknya dan mula mengajar langkah-langkah rahsia! Kumpulan mereka, Dovers United, menang World Cup. Done.

Mungkin dalam pada itu, mereka akan tersuka perempuan yang sama. Kumpulan lain cuba recruit Johan?

Empat episod pertama sudah berada di Toggle, mungkin kalau korang nak tahu, boleh tengok dulu?

Apa pendapat korang? Best tak drama ni?

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: MeWATCH Suria)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s