Aaron Aziz gesa warganet usah perlekeh dan sebar aib Aliff Aziz?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pelakon asal Singapura, Aaron Aziz menggesa orang ramai agar jangan membuka aib individu yang sudah taubat, dalam video IGTVnya semalam.

View this post on Instagram

Ketawakan orang yg jatuh bukan akhlak yg Baik.

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

Walaupun tiada nama yang disebutkan dalam video lebih seminit itu, memang tidak boleh dinafikan bahawa individu yang diperbincangkannya ialah penyanyi yang sering dilanda kontroversi, Aliff Aziz.

Baru-baru ini, Aliff Aziz mengaku bersalah atas dua tuduhan dan akan kembali ke mahkamah pada bulan September untuk mendengar hukuman yang akan dikenakan ke atasnya, lapor BERITAMediacorp.

Seperti dikatakan Aaron Aziz, Aliff akan dikenakan hukuman pada ‘bulan sembilan’ dan orang ramai sepatutnya henti mempersendakan aib Aliff Aziz dan elak daripada menyebarkan akhbar itu.

“It’s not funny,” ujar Aaron.

Kalau gitu… Haruskah wadah berita setempat hentikan membuat liputan bagi kes Aliff Aziz? Apakah luahan anda?

Yang penting sekali, anak Pak Aziz UNITE!

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Instagram Aaron Aziz//Straits Times)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s