Anugerah Planet Muzik kembali… tahun depan

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

ugh1.gifugh3.gif

Awal bulan lepas, kami di Pengkritik Sandiwara mengumumkan bahawa Mediacorp Suria, Ria dan Warna mungkin akan bubarkan Anugerah Planet Muzik… selamanya.

Ini kerana walaupun sudah jejak September pada masa itu, tiada pencalonan atau bau APM 2019. Dan mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, APM telah pun dibubarkan kerana tak buat duit.

Tetapi, Suria, Ria dan Warna telah memuatnaikkan video petang tadi memberitahu orang ramai bahawa APM akan kembali.

Setelah desakan oleh pembaca Pengkritik Sandiwara dan betapa hampanya orang-orang di Nusantara ini dengan pembubaran APM, pihak Mediacorp akhirnya kembalikan APM.

Ini sejajar dengan Wawasan 2020 yang dinanti-nantikan kerajaan Malaysia.

Setelah post bertajuk “Anugerah Planet Muzik dibubarkan?” tular, nampaknya pihak Mediacorp menilai semula keputusan mereka dan mendengar kata-kata Pengkritik Sandiwara untuk teruskan legasi APM ini.

Ini kerana, APM adalah satu-satunya wadah untuk iktiraf bakat nyanyian Melayu Singapura.

Tapi… soalannya. Bila? Awal 2020? Pertengahan? Ke lambat? Hmm…

Jikalau mengikut trend, dalam musim abad sebelum ini, APM berlangsung untuk 9 tahun berturut-turut sebelum ambil off pada 2010.Dan kemudian 8 tahun pula dan off tahun ini. Adakah musim abad ke-3 ini penonton akan menikmati 7 tahun APM?

Kita nantikan je lah.

Kepada artis-artis di luar sana, cepat-cepat hantar pencalonan bila dah boleh ok?

– Pengkritik Sandiwara

 

 

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s