Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Malam semalam, kami telah lihat 3 peserta dari SG Mania 2019 bertarung di pentas Mediacorp.
Bagi pusingan pertama ini, peserta akan secara solo dulu, kemudian secara bertiga. Setelah itu, hanya dua peserta akan mara ke pusingan “Face-Off” di mana mereka akan menyanyikan lagu yang sama secara solo dan peserta yang lagi hebat akan berjaya ke pusingan seterusnya.
Jika pada episod minggu lepas kita sudah melihat mereka perkenalkan diri masing-masing melalui duet, kini penonton boleh mendengar mereka secara solo.
Minggu ini merupakan giliran Eka Mairina, Mohd Shahfiq dan Norfasarie untuk menunjukkan kebolehan mereka kepada panel juri dan penonton! Tak pasti kenapa kumpulan “Kembara” menjadi ikon minggu ini. Lit rally.
Persembahan pertama oleh Mohd Shahfiq dengan nyanyian Ilham Pujangga begitu lunak. Performance wise, adakah benar artis tempatan kita bersedia untuk bertarung bersama penyanyi dari Malaysia?
Jikalau itulah tujuan rancangan ini, untuk merancakkan lagi industri muzik setempat dan membantu penyanyi ini menembusi pasaran di seberang Tambak?
Dendangan Norfasarie dengan lagu Kenangan Lalu kelihatan kemas dan classy, lengkap dengan busana yang anggun sekali.
Tapi peliknya, mulutnya dibuka besar, seolah-olah mencuba enunciate lirik dengan betul. Tapi secara terus terang macam tak dengar apa-apa pun… Geraknya juga kelihatan tidak semula jadi. Dia yang buat, penonton yang gelisah. Tapi music arrangement boleh tahan menarik!
Kami semua masih ingat mengapa Eka Mairina memenangi Anugerah pada tahunnya itu. Suaranya yang lontar mampu membuat seluruh panggung berdiri bulu roma mereka! Dapat mengubati rindu mendengar suara lantangnya!
Bukan itu saja, terasa emosi yang diluahkan oleh Eka Mairina apabila dia menyanyikan lagu ini! Sungguh tangkap feels, gitew!
Akhir sekali, mereka bertiga bersama-sama menyanyikan lagu Duit!
Sungguh seronok melihat mereka menyanyi bersama tapi mereka tak bergerak sama-sama. Takde koreografi ke? Tu yang awkward tu… Seolah-olah sedang tonton persembahan di balai rakyat yang berharga $2 tiketnya. Setakat tepuk-menepuk dan berdiri tercegak di situ. Takde mutu. Dah lah Norfasari pakai baju merah/putih. Hari Kebangsaan bulan lepas lah…
Sekali lagi kami ingin menanyakan, adakah mutu sebegini kami ingin bawakan ke pentas serantau? Cube pikiak sikit.
Eka Mairina dan Norfasarie mara ke pusingan Face-Off. Aik, pemenang Anugerah 2017 dan takde kick lagi ke?
Lagu yang mereka harus nyanyikan adalah Gerhana.
Dah terang lagi bersuluh. Nyanyian Eka Mairina yang begitu gempak dan merecik lebih bertenaga dan dapat membuat penonton rasa terpukau berbanding persembahan Norfasarie yang amat manja sekali seperti menukar makna di sebalik lagu Gerhana itu.
Dan seperti yang dijangkakan, Eka Mairina merupakan pemenang minggu ini! Kepada #TeamEkaMairina terus menyokong Eka Mairina hingga ke pusingan akhir ok! Mari hidupkan zaman La Dida Dida kembali!
Kepada Mohd Shahfiq dan Norfasarie, usah risau. Ada pusingan Wildcard, kan? So, mungkin boleh membuat persembahan yang lebih berkesan nanti, ya?
Siapa pula yang akan berada di pentas minggu depan?
–Â Pengkritik Sandiwara
(Peringatan: Ini sekadar pandangan peribadi, bukan komen bernas oleh seorang pakar muzik mahupun vokal. Sekiranya anda ada pandangan berbeza, tidak puas hati atau tersinggung, boleh saja menulis pandangan anda di wadah yang sesuai)