SG Mania 2019: Kenapa?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pasti ramai yang tidak tahu bahawa Suria kini sedang mengadakan rancangan pertandingan realiti SG Mania musim ketiga. Yes, dah masuk musim ketiga.

Kami pernah tulis tentang SG Mania dulu, anda boleh klik di sini untuk membaca!

Screenshot 2019-09-01 at 9.18.49 PM

sksksksk halaman IG, @sgmania_voting, hanya untuk mengundi wujud, we have to laugh!

Kenapalah Suria suka buang masa untuk ni semua? Apalah sangat SG Mania ni? Pemenang lepas, apa yang mereka ada sekarang? Biasa-biasa je. Ade ke capai popular tahap seberang Tambak? Takde pun!

Ok lah, mari kita kenali peserta tahun ini. Sebab kita pun memang tak kenal diorang, kan?

Adeep Nahar

Suria kasi dia makan apa sampai dia setuju nak serta SG Mania setelah Gegar Vaganza?

Eka Mairina

Kita semua jatuh cinta dengan suaranya. Tapi adakah kami akan lupa bahawa warga Singapura sebenarnya xenofobik dan tidak mahu warga lain menang? Masih ingat Kunjung?

Kunjung memberi persembahan bermutu tetapi orang ramai tidak bersedia untuk penyanyi sehebatnya. Komen-komen negatif tertera di skrin TV, seolah tidak ditapis Suria. Never forget.

This is why rancangan SG Mania exist. Sebab kita tak benarkan penyanyi meletop berjaya.

Haizad Imran

Hmm.. Tak usahlah kita kacau Daddy ni.

Ikah Jamil

Penyanyi dangdut yang popular dengan rancangan kanak-kanak, K14. Kalau menang dia nak buat apa?

Izat

Tak kenal…

Kalysa

Ok, Khaleesi.

Liwani

You’re telling me, there are people out there who peduli pasal diorang?

Mohd Shahfiq

Pemenang Anugerah musim lalu dah perlukan SG Mania untuk boost kerjayanya? Sksksksks

Nor Shafiq

Ok? We bringing Anugerah 2017 now? Ni apa Anugerah All Stars ke?

Norfasarie

Bagus ada Norfasarie! Memang dah lama tak dengar dia menyanyi. Eh, dah lama tak lihat dia berlakon…

Rahila Rashun

Dangdut queen takes the crown.

Ryzall Noh

Tak nak cakap tak kenal nanti ditegur tak buat research… Padahal “artis-artis” ni semua yang tak significant… lmao!!!

Secara terus terang, “fenomena” SG Mania ni akan berlangsung semasa ia ditayangkan saja.

Apa yang akan berlaku setelah SG Mania? Apa yang akan dilakukan pemenang? Kehangatan tidak dirasa setelah umumnya pemenang. Seolah-olah rancangan ini tidak pernah wujud. Mungkin mereka akan prove us wrong? Entahlah.

Walauapapun, saksikanlah SG Mania di Suria jikalau mendak!

Dihoskan Fauzie Laily, Suhaillah Salam dan Nity Baizura, bukan setakat di studio saja tugas mereka, mereka juga akan sambung kerja di konti Ria!

Kasihannya, walaupun tiket-tiket percuma, panggung tak penuh…

Screenshot 2019-09-01 at 9.51.28 PM

Gone were the days di mana panggung dipenuhi peminat gila bawak poster all. RIP…

Screenshot 2019-09-01 at 10.04.58 PM

Hhahahahahahha kamera zoom out semata-mata untuk tunjuk sponsor…I’m-

Ok, jangan salah anggap ye. Bukannya kami tak sokong bakat tempatan. But, tanya diri sendiri, what’s there to support? Reflek.


But of course, here’s my thoughts on episode 1. Pendek je.

Persembahan terakhir oleh Ryzall Noh dan Adeep Nahar mendapat standing ovation!

Sungguh serasi dan suara mereka garau amat. Sesuai bagi lagu rok Sambutlah Kasih oleh Lovehunters ini!


Gabungan Kalysa dan Izat terserlah chemistrynya!

Namun begitu, lagu Dua Insan dendangan mereka seperti tidak kena sangat. Ia hampir sempurna tho!


Ann Hussein berkata Norfasarie dan Nor Shafiq sepasang pasangan patut dicontohi tapi kami kurang setuju.

Lagu Budi Setahun Segunung Intan membuat Norfasarie kelihatan tidak selesa, mungkin tercungap-cungap. Kedua-dua mereka seperti tak cukup latihan, sungguh awkward!


They bring the house down!

Eka Mairina dan Rahila Rashun merupakan pemenang (if there was pemenang mingguan, we all can Mimpi je) minggu pertama! Suara mereka tiada tandingan!


Lagi satu persembahan awkward…

Kenapa? Seperti terperangkap Seribu Tahun menonton persembahan mereka. Haizad Imran dan Mohd Shahfiq ni macam tak kena. Mungkin lelaki duet sama-sama memang sukar untuk kena kot? Lagi-lagi lagu cinta. Macam lah diorang ni bercinta? Tengok macam daddy dan anak ikan bernyanyi pulak…


Nasib minggu ni minggu perkenalan saja!

Ini kerana lagu Patah Hati oleh Liwani dan Ikah Jamil kurang sesuai untuk dibawakan semasa peraduan, kan? Macam karaoke pulak…


Ok, harap-harap minggu depan mereka akan benar-benar bertarung!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s