Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Semalam, ramai orang yang “terkejut” (atau tidak) dengan keputusan DJ yang popular dengan segmen Misteri Jam 12 yang telah wujud lebih dari sedekad, dengan keputusannya untuk meninggalkan Ria, 89.7FM.
KC telah mengumumkan keputusan ini di saluran YouTubenya, secara ‘LIVE’ kepada peminatnya. Dalam video tersebut, KC mengambil kesempatan maal hijrah secara satu sebab mengapa dia akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada dunia radio.
Dalam video tersebut, dia jelaskan bahawa dia akan mulakan rakaman secara “LIVE’ di rumahnya sendiri dan akan tukar nama rancangan itu. Bukan lagi Misteri Tengah Malam atau MTM. Dia ingin saranan pendengarnya untuk nama baru ini. Rancangan baru ini akan disiarkan mulai hari Isnin.
KC juga menyatakan bahawa radio adalah tempat KC berjumpa isterinya, Fiza O, dan juga belajar pelbagai ilmu yang menolongnya untuk mencapai apa yang dia ada sekarang. KC kelihatan sungguh beremosi dan menitiskan airmata apabila menyingkap tentang kerjayanya di radio.
Di Instagram pula, mantan DJ Mediacorp itu mengumumkan bahawa kerjaya YouTube dan Spotifynya akan mula. Di situ juga KC mengalu-alukan penaja dan mereka-mereka yang inginkan pakej jualan khidmatnya.
Selain itu, lelaman patreonnya juga telah ditubuhkan sekitar jam 2 petang.
https://www.patreon.com/kcchampion
Menurutnya di Facebook, sumbangan di Patreon bermula serendah $1. Setiap sumbangan akan membantunya untuk terus berkarya di Spotify dan YouTube.
Sebelum ini, DJ KC juga telah memberi hints kepada peminatnya bahawa dia kemungkinan besar akan tinggalkan radio. (idk where’s the post is, deleted? idk)
Rakan seperjuangannya, Dzar Ismail turut mengongsi IG story orang ramai yang menyokong keputusan KC sekiranya KC ingin bekerja secara solo.
Selain itu, KC juga telah tukar pekerjaannya kepada Penerbit Video atau Video Creator di Facebook dan Instagramnya.
Fiza O pula menyiarkan gambarnya bersama suaminya, di mana Fiza mengongsi tentang suaminya yang sudah tidak lagi bekerja dengan Ria dan akan menceburi perniagaan terbitannya dan socmed.
Fiza O juga sempat selit dan berkata dirinya masih seorang penerbit dan juruhebah di Mediacorp, dan mengendalikan rancangan sarapan pagi.
Fiza O mengendalikan rancangan “Selamat Pagi Ria” bersama DJ muda, Hans Ashrie setiap pagi Isnin – Jumaat.
Jadi, mulai minggu depan, siapa yang akan kendalikan slot Geng Burung Hantu?
Mungkinkah dengan kehadiran rancangan misteri KC di Spotify dengan secara konsisten sekarang, dapat merangkul tangga nombor 1 yang kini milik Ok Let’s Go, yang dikendalikan oleh Dzar Ismail, Dyn Norahim dan Raja Razie?
Bolehkah DJ KC secara sendiri mencapai tahap kejayaan mereka bertiga yang sudah mempunyai fanbase yang ramai dan membuat gig juga?
Pada malam Maal Hijrah 1441 ini, marilah kita berdoa agar kerjaya KC akan berjaya dan radio tidak akan malap. Sebab sekarang hot seller dah takde, boleh ke radio terus hidup kalau bukan naungan azan..? Eh, tu Warna 94.2FM…
– Pengkritik Sandiwara
[…] Ashrie, Adi Rahman juga akan kendalikan MJ12 selama sejam sahaja. Bukan macam time dulu di mana DJ KC Champion adakan MJ12 selama 2 […]
LikeLike
[…] jejak langkah suaminya, Fiza O memeranjatkan ramai warganet akan pengumumannya yang bakal meninggalkan udara Ria 89.7 […]
LikeLike