Wayang Sekarang: Sangkar

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Filem MMA pertama Malaysia, Sangkar baru saja disiarkan di pawagam sempena Merdeka. Dan ramai orang mengatakan filem lakonan 2 hero Malaya Zul Ariffin dan Remy Ishak, merupakan satu filem yang tidak harus dilepas!

Saya bagi 7/10 bintang!

Saya menonton filem Sangkar tanpa sebarang harapan. Saya juga tidak sempat menonton trailernya. Oleh demikian, saya kurang pasti apakah jalan ceritanya.

Saya cuma sangkakan bahawa ia sebuah filem mengenai Adam (Zul Ariffin) dan Johan (Remy Ishak), yang bukan saja musuh dalam gelanggang tinju, tapi juga di luar sangkar!

Itu memang benar, tapi itu bukanlah isi kandungan filem ini. Malah, saya rasa saya akan kategorikan filem ini sebagai filem dakwah!

Dalam mencari cara untuk menebus kesilapannya, Adam membantu keluarga Johan. Pada mulanya adiknya Johan, Lea (Mira Filzah) tidak inginkan bantuan Adam tetapi lama-kelamaan jatuh cinta.

But let’s all agree, the love tension antara Adam dan Johan lebih mengasyikkan, bukan? Babak mereka berquickie di tandas awam tu… fantasi orang ramai!

Kepada yang ingin menonton, saya ingin ingatkan bahawa ia filem MMA, jadi banyaklah aksi tumbuk-menumbuk bertubi-tubi sehingga berdarah. Amat menggerunkan!

Seperti yang dikatakan tadi, filem ini seperti dakwah kerana ia mengingatkan orang ramai tentang agama Islam dan juga mengajar orang ramai untuk sering berbaik, menebus dosa dan jangan jadi seperti kacang lupakan kulit. Ia sebuah filem keluarga yang sesuai untuk setiap lapisan umur!

Selain unsur MMAnya, saya berpendapat filem ini agak biasa-biasa aja. Jalan ceritanya bukanlah sesuatu yang baharu. Namun, gabungan gempak 2 orang jejaka idaman ini membuat filem ini begitu seronok untuk ditonton!

Remy Ishak dan Zul Ariffin begitu serasi berlakon sebagai musuh, teman, dan juga selaku jurulatih dan pelatih!

Kakak-kakak (dan abang-abang huhu) di luar sana pasti akan menjamu selera mata menonton filem ini kerana bukan saja nampak mereka berdua tidak berbaju, tapi filem ini penuh dengan lelaki kacak berbadan sasa! Lecak satu panggung dibuatnya.

Cuma, saya kurang pasti. Adakah Johan itu juara berturut-turut kerana ia sebuah pertarungan yang fixed atau sebab dia benar-benar menang?

Adam hutang apa? Sampai beribu ringgit?

Kenapa bila ada samseng gaduh, mereka berdua ikut serta? Dah gila eh?

Adam boleh cari cara lain untuk dapatkan duit, seperti akaun onlyfans #eh, tapi asal dia nak bertarung je?

Apa rules perlawanan ini? Harus menang setiap pusingan, jadi kalau 3/5 pusingan menang, dia menang? Atau akhir pusingan, sesiapa yang tak boleh berdiri menang?

Dalam satu babak di kedai warung, salah satu calefare pandang ke arah kamera. SMH!

Persoalan utama saya, adakah Adam akan terus menampung kos perubatan Johan? Sampai bila?

Di akhir filem, watak Adam mendapat closure dengan mengunjungi ayahnya di penjara. Mungkin setelah memaafkan dirinya atas kesilapan terhadap Johan, Adam akan menebus setiap kesilapannya bermula daripada ayahnya, pakciknya dan sebagainya?

Kepada yang dah tonton, takde maknanya Team Biru atau Team Merah ni, kan?

Macam banyak sangat wayang untuk ditonton eh? Dendam Pontianak/Revenge of the Pontianak juga ada Remy Ishak. Merecik sungguh!

Minggu depan ada filem Wangi, lakonan Nabilah Huda, Erra Fazira dan Sharnaz Ahmad!

Anda suka tak filem Sangkar ni? Cecite sikit dengan saya lah!

– Pengkritik Sandiwara

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s